20 May 2022

Teguh Berjalan Di Atas Batu Ujian


Keyakinan yang cukup tinggi bahawa Allah tak akan sia-siakan kita membuatkan kita teguh berjalan atas batu-batu ujian. 

Batu-batu yang keras. Besarnya menghempap. Kecilnya tajam melukakan. Luka kecil dan besar. Kadang berdarah sekejap, ada juga yang berdarah lama. 

Ada pula luka ujian yang dah semakin pulih, luka kembali. Tak kurang ada luka yang baru nak kering, ditusuk berdarah semula. Ada luka yang dahulunya kecil, sekarang makin membesar dan mendalam tikamannya. 

Begitu pun ujian yang kita terima, semuanya untuk membina keyakinan kita bahawa Allah itu ada. Dia yang mahukan kita berdepan dengan ujian itu. Itu cara Tuhan bercakap dengan kita. 

Nak bandingkan ujian kita dengan para Nabi, lebih berat ujian mereka. Inilah cara Tuhan ‘santuni’ mereka, dengan ujian yang maha berat. Supaya yang diuji mengambil pengajaran hidup bahawa kita perlu bergantung segala harapan cuma dengan Dia. 

Sampai nanti hati yang penuh luka ujian ini kita serah sepenuhnya kepada Dia. Kita pulangkan semula hati dengan kesan luka yang kita jahit sendiri, kita ubati sendiri. 

Tanpa ada rengus dan dendam. Namun yang cuma ada adalah senyum tanda kita redha atas setiap ujian. 

Kawan-kawan, bercakaplah pada diri sendiri;

“Allah kan ada.”

𝗍𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀 - 𝗄𝖺𝗆𝗎 𝗆𝖺𝗆𝗉𝗎😉

🥀☕️

Selamat pagi.

1 comment:

  1. betul tu.. Allah ada.. Semoga kita semua dibawah lindunganNya

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!