01 June 2022

Pada Kau Yang Pernah Kecewa


Kalau kau pernah dikecewakan sebelum ini.

Tolong tanamkan dalam diri kau untuk tidak buat benda yang sama pada orang lain. Tolong beritahu pada diri kau, jangan sekali-kali berdendam dan melunaskan dendam itu pada orang lain. Jangan sekali-kali.

Dan jangan disebabkan hanya seorang, kau menganggap tiap-tiap orang itu begitu. Hanya semata hilang keyakinan pada seorang, kau mengabdikan kitaran kesakitan ini pada mereka yang ikhlas berjuang.

Semua orang yang pernah mengalami, tahu akan kesakitan ini. Dan ia mengambil masa berbulan waima bertahun-tahun untuk kau benar-benar move on.

Tapi untuk terus menerus menyakiti orang lain, ini bukan caranya.

šŸ„€☕️

Selamat pagi.

3 comments:

  1. Maafkan mereka dan terus berbuat baik. Itu sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. ya..yakinlah ayat "Semua lelaki/perampuan sama saja" adalah auta semata-mata.hihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!