29 July 2022

Redha


Redha bukan bererti diam tanpa tangisan. 

Tangisan yang gugur tidak menafikan redha kerana Rasul teragung صلى الله عليه وسلم juga mengalirkan air mata.

Redha apabila menerima ketentuan Allah tanpa membentak dan memberontak. 

Menerima perancangan Allah dengan bersangka baik pada Allah. 

Menerima tanpa apa jua respond yang negatif. 

Meyakini Allah Maha Mengetahui, Maha Berhikmah, Maha Bijaksana dan Maha Penyayang.

Moga Allah jadikan kita di kalangan yang redha agar layak dipanggil dengan gelaran annafsul mutmainnah.

Redha, by Ustaz Abdul Kadir al Joofree

❤️☕️

Selamat pagi.


28 July 2022

ZERO TO AMAZING | KHAS UNTUK WARGA UTARA!

 


ZERO TO AMAZING


Kami akan membongkarkan RAHSIA BAGAIMANA UNTUK MENJADI 'TENANG TAPI MENANG' DALAM MENGHADAPI CABARAN YANG SEMAKIN MENCABAR HARI INI!





Program Zero To Amazing  (Hidup Luar Biasa) Insya-Allah akan mampu mengubah Mindset anda sebagai Seorang Winner Mindset! Sales Meningkat dan Hidup Pun Semakin Bahagia.


PROGRAM INI DIREKA KHAS UNTUK ANDA SEBAGAI SEORANG : 

USAHAWAN

FOUNDER

LEADER

SELLER

STAFF

STOKIST

AGENT

DROPSHIP YG MEMPUNYAI TEAM

SEDANG BEKERJA

ATAU

INDIVIDU YANG INGIN ’TRANSFORM' DIRI KE LEVEL YANG SETERUSNYA!


Jangan lepaskan peluang, 

Tempat sangat terhad. 


Bagi anda yang daftar boleh terus klik link ini, khas untuk anda warga utara 


▶️ www.wasap.my/60133097710/zerotoamazing

▶️ www.wasap.my/60133097710/zerotoamazing

▶️ www.wasap.my/60133097710/zerotoamazing


Ayuh daftar!




27 July 2022

Hanya Pada Tuhan


Ada orang simpan semua duka dia hanya dengan Tuhan.

Tahan, cuba bertahan walau terasa sangat lemah tapi selalu luah pada Tuhan.

Bercerita pada-Nya apa yang dia sedihkan.
Berbisik pada-Nya apa yang dia rasakan.

Air matanya selalu jatuh, dalam sujud yang panjang. 
Di tengah malam kesunyian. Sendirian.

Doanya mungkin perlu mengambil masa yang lama untuk dikabulkan.

Impiannya mungkin begitu banyak Allah tangguhkan.

Tapi hatinya tak pernah putus asa pada rahmat Tuhan yang Maha Rahman.

Bila lemah, nangis, doa terus pada-Nya.
Bila letih, nangis, doa lagi tanpa putus.
Bila sedih, nangis, doa lagi untuk terus senyum.
Bila duka, nangis, doa lagi untuk terus berjalan pada-Nya.

Tanpa sedar.
Itulah kebahagiaan dan ketenangan sebenar Allah titipkan.

Mohonlah pada Allah, terus menerus tanpa henti, tanpa jarak. Percayalah. DIA selalu ada setia bersama.

Never give up with His mercy.

❤️✨

Selamat pagi.

25 July 2022

Indah Hanya Luaran


Indah yang kau lihat itu cuma luaran, sedangkan pahit di dalamnya kau tidak ketahuan. 

Siapa tahu suatu masa dulu dia sakit menderita untuk keluar dari masa lalunya. Lalu hari ini dia sudah berjaya keluar dan kecapi bahagianya sendiri.

Begitu juga dengan dirimu, pasti ada cerita pahitnya yang tersendiri bukan ? Dan hanya kau yang mengerti betapa sakitnya untuk berjuang mengejar bahagia itu. 

Perihal rebah itu sudah lali. Kadang sedikit langkah lagi untuk kau sampai ke puncak, namun rebah di pertengahan jalan. Sakit! 

Tetapi melihat yang lain bahagia, kau juga mahu seperti itu, malah kau tidak berputus asa untuk mulakan langkahan itu lagi. 

Di akhirnya nanti, Allah kurniakan juga bahagia buatmu. Bahagia yang terlayak setelah berjuang sekian lama. Sungguh! Itu akan menjadi detik terindah sekali. Percayalah!

🥀☕️

Selamat pagi.

22 July 2022

Rezeki


Rezeki banyak cabangnya.
Bahagia itu rezeki, sihat itu rezeki, masa berkualiti itu rezeki, keluarga bahagia itu rezeki, pekerjaan yang bagus itu rezeki.

Ramai orang fokus rezeki pada duit saja, hakikatnya makna rezeki ini amat luas.Hal yang baik-baik datang kepada kita itu juga rezeki.

Maksudnya rezeki itu apa yang kita nikmati.Ada yang sedikit, ada yang lebih, ada yang tak bernasib baik tapi Allah beri dari sudut yang lain.

Betapa banyaknya nikmat kadang kita tak sedari.
ALHAMDULILLAH.

Selamat pagi.

20 July 2022

Belajar Mencintai



Belajarlah mencintai takdir hidup kita. Saat kita berusaha lalu berjaya, saat kita merancang namun terhalang, saat kita meminta tetapi hampa, bahkan pada setiap saat dan ketika, yang kita suka atau tidak suka, percayalah pada hikmahnya. Pasti ada!

Belajarlah erti sebenar iman. Ia bukan sekadar percaya wujudnya satu Tuhan, bahkan pada banyaknya cabang ketentuan. 

Pada setiap nikmat yang diterima, ada amanah yang dibawa bersama. 

Pada setiap kekecewaan yang dititipkan, ada perlindungan dan ada ganjaran. 

Pada setiap kehilangan yang diratapi, pasti ada pengganti.

Ia benar-benar suatu janji. Lalu, apa yang ingin dikeluhkan lagi?

🥀☕️ 

Selamat pagi.

19 July 2022

Ruang Waktu


Sampai pada satu masa, kau terasa mahu mengalah. Sebab terlalu penat dengan laluan yang penuh dengan duri duri tajam ini. 

Bukan tak bertahan, malah sudah selalu bertahan dan terus bertahan. Tetapi tiba satu detik, kau tak boleh nak menipu lagi untuk selalu tersenyum.

Hakikatnya kau sedang menanggung perit dan sakit. Senyum yang selalu digariskan itu cuma tawar dan tiada rencah kemanisannya lagi. 

Pada masa itu, kau perlu beri ruang waktu untuk diri kau sendiri. Tak perlu memaksa jika sudah penat. Pilihlah untuk merehatkan diri, tetapi jangan sesekali berhenti. 

Kerana berhentinya kamu hanya perlu bila jasad itu sudah mati. 

Dan kau - tak layak untuk menjadi insan yang lemah. Do remember that!

🥀☕️

Selamat pagi.

12 July 2022

Berhati-hatilah...



Sebaik mana kita dengan seseorang, berhati-hatilah dalam berkongsi cerita.Kadang kita bila tak tahu ke manakah lagi tempat mengadu, kita akan mencari seseorang untuk meluahkan segalanya.

Tak salah kerana ianya salah satu cara untuk meringankan keserabutan yang menghimpit.Namun biar berpada jangan sampai terlalu banyak aib yang dicerita.

Putaran masa kadang elok saja, kadang amat kejam.Kepercayaan semalam dikhianati hari ini.Yang erat menjadi dingin, yang baik menjadi mala petaka.

Berhati-hatilah, kita ada Allah tempat mengadu.

Selamat pagi.


04 July 2022

Syurga Bukan Percuma


Syurga bukan percuma . 
Tetapi percayalah , orang paling miskin dalam dunia ni pun boleh beli . 

Kerana harganya bukan pada harta , tetapi taqwa .

🥀☕️ 

Selamat pagi.