25 July 2022

Indah Hanya Luaran


Indah yang kau lihat itu cuma luaran, sedangkan pahit di dalamnya kau tidak ketahuan. 

Siapa tahu suatu masa dulu dia sakit menderita untuk keluar dari masa lalunya. Lalu hari ini dia sudah berjaya keluar dan kecapi bahagianya sendiri.

Begitu juga dengan dirimu, pasti ada cerita pahitnya yang tersendiri bukan ? Dan hanya kau yang mengerti betapa sakitnya untuk berjuang mengejar bahagia itu. 

Perihal rebah itu sudah lali. Kadang sedikit langkah lagi untuk kau sampai ke puncak, namun rebah di pertengahan jalan. Sakit! 

Tetapi melihat yang lain bahagia, kau juga mahu seperti itu, malah kau tidak berputus asa untuk mulakan langkahan itu lagi. 

Di akhirnya nanti, Allah kurniakan juga bahagia buatmu. Bahagia yang terlayak setelah berjuang sekian lama. Sungguh! Itu akan menjadi detik terindah sekali. Percayalah!

πŸ₯€☕️

Selamat pagi.

2 comments:

  1. Untuk capai bahagia, bayak pahit yang perlu ditempuh

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi. Kenangan pahit dalam hidup akan jadi pemangkin untuk kita jadi lebih kuat hadapi dunia. Moga yang baik-baik untuk kita semua.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!