09 August 2022

Tenang. Kamu Mampu.



Sebelum kau nak mengeluh tentang sakit dan pedih yang sedang ditanggung, lihat dulu nilai syukurmu yang telah dipanjatkan. 

Ketahuilah bahawa Allah itu takkan sesekali membebani hamba-hambaNya, malah setiap sesuatu yang diizinkan Dia untuk berlaku itu pasti punya hikmah di sebaliknya. 

Iya, hari ini memang jelas kau tak mampu hayati apa impak dalam kehidupanmu.

Tetapi ketahuilah nanti ada senyuman yang menyinarkan asbab sakit dan pedih kau pada hari ini. 

Ingat, jangan berburuk sangka pada Allah. Kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya. 

𝗍𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀 - π—„π–Ίπ—†π—Ž π—†π–Ίπ—†π—‰π—ŽπŸ˜‰

πŸ₯€☕️ 

Selamat pagi.

07 August 2022

Keep Doa.



Maybe sesuatu itu DITUNDA kerana mahu disempurnakn.

DIBATALKAN kerana hendak diganti dgn yg utama.

DITOLAK kerana hendak diganti dgn yg lebih baik.

Allah never put in situation that 
you can't handle. So bersangka baik dan jgn pernah putus asa dgn rahmat Allah.

Keep dua & sabr

πŸ₯€☕️ 

Selamat pagi.

06 August 2022

Bersyukur...


Ada hari yang kita perlu berhenti sekejap. Melihat ke belakang dan bersyukur. 

Iya, bersyukur dengan apa yang telah Tuhan beri sepanjang hidup kita sehingga ke hari ini. 

Ucap dengan lidah kita, “wahai Allah, terima kasih atas segalanya.” 🀲🏻

πŸ₯€☕️ 

Selamat pagi.

03 August 2022

Penyakit hati


Penyakit hati ini banyak.
Dalam kehidupan kita seperti hasad,
Cemburu..dendam,
Dengki..membenci,
Dan banyak lagi.

Bila hati tak bersih ni mulalah ada macam-macam perasaan yang negatif.
Hati yang tak senang melihat kebahagiaa dan kejayaan orang lain.
Amat suka membandingkan dirinya dengan orang lain.

Jika ada, bersihkanlah hati dan bersangka baik selalu.
Payah??
Tepuk dada tanya diri bagaimanakah hati aku sekarang.
Okay ke tak okay.

Selamat pagi.

29 July 2022

Redha


Redha bukan bererti diam tanpa tangisan. 

Tangisan yang gugur tidak menafikan redha kerana Rasul teragung Ψ΅Ω„Ω‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ„ΩŠΩ‡ ΩˆΨ³Ω„Ω… juga mengalirkan air mata.

Redha apabila menerima ketentuan Allah tanpa membentak dan memberontak. 

Menerima perancangan Allah dengan bersangka baik pada Allah. 

Menerima tanpa apa jua respond yang negatif. 

Meyakini Allah Maha Mengetahui, Maha Berhikmah, Maha Bijaksana dan Maha Penyayang.

Moga Allah jadikan kita di kalangan yang redha agar layak dipanggil dengan gelaran annafsul mutmainnah.

Redha, by Ustaz Abdul Kadir al Joofree

❤️☕️

Selamat pagi.


28 July 2022

ZERO TO AMAZING | KHAS UNTUK WARGA UTARA!

 


ZERO TO AMAZING


Kami akan membongkarkan RAHSIA BAGAIMANA UNTUK MENJADI 'TENANG TAPI MENANG' DALAM MENGHADAPI CABARAN YANG SEMAKIN MENCABAR HARI INI!





Program Zero To Amazing  (Hidup Luar Biasa) Insya-Allah akan mampu mengubah Mindset anda sebagai Seorang Winner Mindset! Sales Meningkat dan Hidup Pun Semakin Bahagia.


PROGRAM INI DIREKA KHAS UNTUK ANDA SEBAGAI SEORANG : 

USAHAWAN

FOUNDER

LEADER

SELLER

STAFF

STOKIST

AGENT

DROPSHIP YG MEMPUNYAI TEAM

SEDANG BEKERJA

ATAU

INDIVIDU YANG INGIN ’TRANSFORM' DIRI KE LEVEL YANG SETERUSNYA!


Jangan lepaskan peluang, 

Tempat sangat terhad. 


Bagi anda yang daftar boleh terus klik link ini, khas untuk anda warga utara 


▶️ www.wasap.my/60133097710/zerotoamazing

▶️ www.wasap.my/60133097710/zerotoamazing

▶️ www.wasap.my/60133097710/zerotoamazing


Ayuh daftar!




27 July 2022

Hanya Pada Tuhan


Ada orang simpan semua duka dia hanya dengan Tuhan.

Tahan, cuba bertahan walau terasa sangat lemah tapi selalu luah pada Tuhan.

Bercerita pada-Nya apa yang dia sedihkan.
Berbisik pada-Nya apa yang dia rasakan.

Air matanya selalu jatuh, dalam sujud yang panjang. 
Di tengah malam kesunyian. Sendirian.

Doanya mungkin perlu mengambil masa yang lama untuk dikabulkan.

Impiannya mungkin begitu banyak Allah tangguhkan.

Tapi hatinya tak pernah putus asa pada rahmat Tuhan yang Maha Rahman.

Bila lemah, nangis, doa terus pada-Nya.
Bila letih, nangis, doa lagi tanpa putus.
Bila sedih, nangis, doa lagi untuk terus senyum.
Bila duka, nangis, doa lagi untuk terus berjalan pada-Nya.

Tanpa sedar.
Itulah kebahagiaan dan ketenangan sebenar Allah titipkan.

Mohonlah pada Allah, terus menerus tanpa henti, tanpa jarak. Percayalah. DIA selalu ada setia bersama.

Never give up with His mercy.

❤️✨

Selamat pagi.

25 July 2022

Indah Hanya Luaran


Indah yang kau lihat itu cuma luaran, sedangkan pahit di dalamnya kau tidak ketahuan. 

Siapa tahu suatu masa dulu dia sakit menderita untuk keluar dari masa lalunya. Lalu hari ini dia sudah berjaya keluar dan kecapi bahagianya sendiri.

Begitu juga dengan dirimu, pasti ada cerita pahitnya yang tersendiri bukan ? Dan hanya kau yang mengerti betapa sakitnya untuk berjuang mengejar bahagia itu. 

Perihal rebah itu sudah lali. Kadang sedikit langkah lagi untuk kau sampai ke puncak, namun rebah di pertengahan jalan. Sakit! 

Tetapi melihat yang lain bahagia, kau juga mahu seperti itu, malah kau tidak berputus asa untuk mulakan langkahan itu lagi. 

Di akhirnya nanti, Allah kurniakan juga bahagia buatmu. Bahagia yang terlayak setelah berjuang sekian lama. Sungguh! Itu akan menjadi detik terindah sekali. Percayalah!

πŸ₯€☕️

Selamat pagi.

22 July 2022

Rezeki


Rezeki banyak cabangnya.
Bahagia itu rezeki, sihat itu rezeki, masa berkualiti itu rezeki, keluarga bahagia itu rezeki, pekerjaan yang bagus itu rezeki.

Ramai orang fokus rezeki pada duit saja, hakikatnya makna rezeki ini amat luas.Hal yang baik-baik datang kepada kita itu juga rezeki.

Maksudnya rezeki itu apa yang kita nikmati.Ada yang sedikit, ada yang lebih, ada yang tak bernasib baik tapi Allah beri dari sudut yang lain.

Betapa banyaknya nikmat kadang kita tak sedari.
ALHAMDULILLAH.

Selamat pagi.

20 July 2022

Belajar Mencintai



Belajarlah mencintai takdir hidup kita. Saat kita berusaha lalu berjaya, saat kita merancang namun terhalang, saat kita meminta tetapi hampa, bahkan pada setiap saat dan ketika, yang kita suka atau tidak suka, percayalah pada hikmahnya. Pasti ada!

Belajarlah erti sebenar iman. Ia bukan sekadar percaya wujudnya satu Tuhan, bahkan pada banyaknya cabang ketentuan. 

Pada setiap nikmat yang diterima, ada amanah yang dibawa bersama. 

Pada setiap kekecewaan yang dititipkan, ada perlindungan dan ada ganjaran. 

Pada setiap kehilangan yang diratapi, pasti ada pengganti.

Ia benar-benar suatu janji. Lalu, apa yang ingin dikeluhkan lagi?

πŸ₯€☕️ 

Selamat pagi.

19 July 2022

Ruang Waktu


Sampai pada satu masa, kau terasa mahu mengalah. Sebab terlalu penat dengan laluan yang penuh dengan duri duri tajam ini. 

Bukan tak bertahan, malah sudah selalu bertahan dan terus bertahan. Tetapi tiba satu detik, kau tak boleh nak menipu lagi untuk selalu tersenyum.

Hakikatnya kau sedang menanggung perit dan sakit. Senyum yang selalu digariskan itu cuma tawar dan tiada rencah kemanisannya lagi. 

Pada masa itu, kau perlu beri ruang waktu untuk diri kau sendiri. Tak perlu memaksa jika sudah penat. Pilihlah untuk merehatkan diri, tetapi jangan sesekali berhenti. 

Kerana berhentinya kamu hanya perlu bila jasad itu sudah mati. 

Dan kau - tak layak untuk menjadi insan yang lemah. Do remember that!

πŸ₯€☕️

Selamat pagi.

12 July 2022

Berhati-hatilah...



Sebaik mana kita dengan seseorang, berhati-hatilah dalam berkongsi cerita.Kadang kita bila tak tahu ke manakah lagi tempat mengadu, kita akan mencari seseorang untuk meluahkan segalanya.

Tak salah kerana ianya salah satu cara untuk meringankan keserabutan yang menghimpit.Namun biar berpada jangan sampai terlalu banyak aib yang dicerita.

Putaran masa kadang elok saja, kadang amat kejam.Kepercayaan semalam dikhianati hari ini.Yang erat menjadi dingin, yang baik menjadi mala petaka.

Berhati-hatilah, kita ada Allah tempat mengadu.

Selamat pagi.


04 July 2022

Syurga Bukan Percuma


Syurga bukan percuma . 
Tetapi percayalah , orang paling miskin dalam dunia ni pun boleh beli . 

Kerana harganya bukan pada harta , tetapi taqwa .

πŸ₯€☕️ 

Selamat pagi.

25 June 2022

Limited Edition



Tak semua benda harus dipaparkan pada dunia. Cuba jadi yang limited edition.

Cukup dengan pesanan. Jaga harga diri. Orang yang dihormati tu, bila kita tengok dia, muka dia nampak tenang, terpancar kesolehan dan bila dia berbicara, lidahnya menuturkan seribu satu ilmu.

Bukan yang punya beribu likers dan followers tapi membawa konten yang merapu.

Maafkan salah silap diri ini atas teguran.

Secebis kata inilah yang termampu untuk mencantas duri kemungkaran.

πŸ₯€☕️

Selamat pagi.

23 June 2022

Paling Bahaya


Perasaan yang paling bahaya adalah iri hati. Emosi yang melahirkan kebencian. 

Tak boleh tengok orang lain lebih walau pun sikit. Bukan ke siapa siapa, kadang ke adik beradik pun tak boleh lebih daripada dia. Tak tenteram hidup dia. 

Jiran yang tak ada kena mengena pun dia tak boleh kalah. Sibuk lah dia nak menangkan diri sendiri. 

Begitulah sikap orang yang ada iri hati. Lama kelamaan dia sendiri yang akan membunuh kebahagiaan dalam hidup. 

Maka sebab itu, tak perlu berlumba dengan orang lain. Tenang sahaja dengan rezeki yang Allah beri. Hidup ikut kemampuan diri. 

πŸ₯€☕️ 

Selamat pagi.

17 June 2022

Chess


Hidup ,

Macam main chess .
Ada orang umpama king , ada umpama knight , ada juga orang umpama pawn .

Tapi , when the game is over , semua buah catur disimpan dalam kotak . Dan kotak ditutup .

πŸ₯€☕️ 

Selamat pagi.

16 June 2022

Bersabar Dalalm Berdoa


"BERSABAR DALAM BERDOA."

● Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda :

● Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.

● Lalu baginda ditanya oleh seseorang : Apa maksudnya meminta dicepatkan...? Jawab baginda : Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya : Aku telah berdoa, Aku telah berdoa tetapi Aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa. (HR Muslim).

❤️✨

Selamat pagi.