25 May 2021

IKHLAS


 ●  Ikhlas merupakan pembuka pahala, amalan penolak bala'. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an dalam *(Surah Al-Bayyinah : Ayat : 5).*


وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

●  Pada hal mereka tidak  diperintah melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan Sembahayang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama  yang benar.

●  Oleh kerana itu, tazkirah hari ini, ingin berkongsi sedikit tips bagaimana mencapai keikhlasan dalam melakukan amalan, di antaranya : Hadirkan niat kerana Allah SWT dalam setiap amalan yang dilakukan meskipun kecil.

●  Tanamkan perasaan benci dalam hati untuk mengharapkan pujian manusia.

●  Perbanyakkan muhasabah diri.

●  Biasakan diri melakukan ibadah (yang sunnah sunnah) secara bersendirian.

●  Lazimkan mengucapkan alhamdulillah serta beristighfar.

●  Tanamkan sifat sabar dalam diri.

●  Menjauhkan diri dari sifat berbangga dengan diri.

●  Perbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dijauhkan diri kita dari pada sifat riak dan takabbur.

.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيم


●  Ya Allah... Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan kezaliman, dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah daku dengan pengampunan dari sisi-Mu serta kasihanilah diriku, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha penyayang.



2 comments:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!