11 May 2021

SIFAT MAHMUDAH PERLU ADA PADA DIRI

 


TAUBAT ( Membersihkan Hati)


KHAUF ( Takut kepada Allah)


ZUHUD ( Menggunakan nikmat Dunia sekadar yang perlu)


SABAR ( Menahan diri daripada keluh kesah pada suatu musibah)


SYUKUR ( Memuji setiap nikmat daripada ALLAH)


IKHLAS ( Setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan ALLAH )


TAWAKAL ( Menyerah diri sepenuhnya kepada ALLAH)


MUHABBAH ( Sentiasa ingat kepada Allah)


REDHA ( Tenang hati terhadap apa yang datang daripada ALLAH)


ZIKRULMAUT ( Sentiasa ingat mati dan memperlengkapkan diri untuknya)


{Hargailah diri kita sendiri, kerana tiada sesiapa yang akan menghargai sebelum kita}


Inilah sifat mahmudah yang patut ada pada diri kita. Susah di miliki payah dijaga. Hanya punya yang mujahadah. Ikhlas itu jiwa yang murni, rahsia ALLAH didalam hati. Terlalu sembunyi tapi dapat di kesan. Jika disuluh dengan saksama. Nista dan puji tiada beza. 


Redha sifat hati yang suci. Ujian yang tiba rasa gembira atau tiada apa terasa. Kerana menerima anugerah Tuhannya.


Sifat sabar sedikit berbeza. Ujian yang menimpa sakit dirasa. Tapi dapat ditahan perasaannya. Hanya bermain didalam sahaja. Diluar tidak nampak terang nyata.


Bahagia itu bukan terletak pada kuantiti harta, tetapi terletak kepada kualiti jiwa. Kualiti jiwa pula terletak pada sifat-sifat mahmudah yang ada pada jiwa kita. Dan antara sifat mahmudah yang sangat penting ialah sifat syukur. Sifat syukur di ulang sebanyak 60 kali didalam Al-Quran.


Jiwa yang bersih akan selalu menebarkan kebaikan dan pengaruh positif dilingkungan sekitarnya. 


"Tidak ada sesuatu yang lebih berat pada timbangannya (kebajikan) seorang mukmin pada hari Kiamat daripada akhlak yang mulia" (HR At Tarmizi)


SEMOGA BERMANFAAT 🥰



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!