Jika disakiti, maafkanlah.
Maafkan orang yang menyakiti biarpun amat sukar untuk kita melakukannya.
Selagi sakit belum reda, kebencian tetap ada.
Inilah ujian yang perlu kita hadapi.
Kecewa, benci, sakit hati.
Perasaan yang amat sukar dikawal.
Pertamanya kita maafkan diri kita kerana susahnya untuk kita bersangka baik.Bila rasa reda, hati akan menjadi sejuk dan boleh menerima kesakitan itu.
Bila kita tak memaafkan orang, kita juga yang merana.Hati takkan tenang, tidur malam pun takkan lena.Asyik melayan sakit di dada.
Buanglah segala marah, benci itu jauh².
Sukar, kena usaha.
Jangan dibiarkan.
Jika tidak sama² akan menanggung akibatnya.
Percayalah, kita memaafkan orang ini hati akan tenang selalu.
Fikiran akan menjadi lapang.
Dada pun takkan rasa sesak menahan perasaan.
Mulakan sesuatu kehidupan kita dengan selalu bersangka baik, memaafkan dan saling menyayangi.
Aamiin 🌹
Memaafkan tu boleh
ReplyDeleteTapi nak melupakan tu susah
mmg susah nk maafkan kalo org sakiti hati tp tula..memberi kemaafan adalah lebih baik
ReplyDeleteMoga kita sentiasa ddidalam golongan yang sentiasa sabar dan dilindungi dari hati yang tak baik, nauzubillah
ReplyDelete