02 July 2021

🍀 Rahmat Allah SWT 🍀

 


🍀 Rahmat Allah SWT 🍀


Siapa sangka Rahmat di sebalik segala Musibah. Dalam Hadis Siapa yang ingin Allah beri kebaikan, Allah beri musibah. 


Siapa tahu kegembiraan yang Allah sediakan di sebalik kesedihan.


Anak paling degil, kemudian hari menjadi anak paling berjaya dan yang menjaga orang tua ketika hari tua dan sakit.


Anak yang aktif bakal menjadi pendakwah di seluruh dunia.


Lambat dapat anak rupanya Allah ingin beri anak hebat dan Daie atau tiada anak tetapi seperti ada ribuan anak dalam dunia.


Lambat kahwin, rupanya Allah ingin beri yang terbaik dan bahagia sampai syurga.


Susah cari kerja dan susah dalam pekerjaan rupanya Allah ingin beri jadi usahawan berjaya.


Selalu sakit kerana Allah ingin beri syurga paling tinggi.


Rasulullah Saw paling susah tetapi menjadi asbab hidayah seluruh alam


- Ustaz Ebit Lew



3 comments:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!