Saat diri hilang arah tanpa tujuan,
Saat diri resah dipagut penyesalan,
Saat diri tersungkur jatuh kerana ujian,
Bangunlah mencari TuhanMu; kerana hanya Dialah yang bisa menjadi penyelesai kepada segala kekusutan yang melanda fikiranmu. Saat kau lemah, dia ada untuk menguatkan dan membangkitkan.
Usah menjauh, tetapi mendekatlah kepada Tuhan. Kerana Allah terlalu nantikan hamba persis kamu. Yang sedang terkontang kanting hilang punca. Jadi - bangunlah mengadukan segala cerita kepadaNya. Sungguh! Kau kan ketemu jalan dan ketenangan.
🥀☕️
mantap..
ReplyDelete