31 October 2019

Menghampiri Hari Terakhir Oktober 2019...


Amboi, lain macam je tajuknya. Uhuk uhuk. 

Pengakhiran Oktober 2019, bermakna kita tinggal dua bulan lagi menuju tahun 2020. Bermakna kita kita semakin menjauhi masa lalu, dan kita semakin mendekati kematian. 

Alamak. 

Bulan November yang akan menjelang, membawa satu makna dalam kehidupan seharian kakitangan kerajaan macam saya. Apa dia? SKT!!!!!

Bulan November la bulan yang paling sibuk sebab masing-masing sibuk nak dapatkan statistik peribadi untuk dimasukkan dalam laporan penilaian tahunan. Sekiranya gagal disediakan, ia akan menyebabkan markah penilaian lambat diberikan sekaligus menjejaskan proses kenaikan gaji tahunan (KGT). 

Bulan November juga saya akan sedikit sibuk apabila training ESQ akan diadakan hampir setiap minggu. Saya cuba untuk menghadiri setiap training yang diadakan namun sekiranya ada halangan, saya masih redha. 

*senyum kecil* 

Bulan Oktober dan bulan-bulan lain yang ditinggalkan, penuh dengan suka dan duka. Moga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan yang seluas langit dan bumi untuk kita semua. 

Aamiin. 

18 September 2019

I HATE UiTM - WHAT?


Hari ni saya naik bas macam biasa. Dan macam biasa juga mata ni meliar ke kiri dan ke kanan. Dan mata ni tertancap ke satu pemandangan yang.... 

  I HATE UiTM

Saya nampak perkataan di atas dalam Whatsapp Status orang di hadapan saya. Tergamam saya seketika. 

Apa ni, dik? Kenapa nak kena benci tempat kalian belajar? Tempat kalian menimba ilmu? Dalam keadaan baru 3 minggu semester baru bermula? 

Saya yakin, pasti ada sesuatu yang membelenggu anak muda itu. Namun itu bukan menjadi alasan untuk anda membenci tempat anda belajar. Itu juga bukan lesen untuk awak menunjukkan rasa benci itu kepada umum. 

Ya, saya tahu, awak tulis di Whatsapp Status. Awak kena faham sesuatu. Status Whatsapp dibaca oleh orang yang simpan nombor telefon awak. Dan awak jangan yakin yang awak tahu semua orang yang simpan nombor awak. Kalau awak tahu sekalipun, awak takkan tahu hati mereka. Boleh jadi mereka akan screenshot status awak dan majukan ke pihak yang berkenaan. Masa tu awak nak cakap apa?

Dan awak juga kena ingat. Status Whatsapp apabila ditulis secara direct, fontnya sangat besar, sehingga saya yang duduk agak jauh daripada awak pun boleh nampak status awak. Itu baru saya. Kalau orang yang berkenaan, awak nak cakap apa?

Kalau betul awak benci UiTM, lakukan dengan cara yang betul. Kalau betul dah betul tak nak belajar di sini, senang je. Ambil borang berhenti belajar, isi dan lengkapkan. Hantar pada pihak yang berkenaan. Tiada siapa yang akan marah awak, dik. 

Bukannya meroyan di Status Whatsapp macam tu. Tak elok dik. Bahasa melambangkan personaliti kita. 

(Bayangkan pensyarah awak yang baca status tu, dan tanya awak terang-terangan di dalam kelas. Masa tu awak nak cakap apa?)

Eh, penat pula membebel ni.

12 September 2019

Training ESQ Angkatan 112 : Comeback!




Alhamdulilah, berlangsung sudah training ESQ Angkatan 112 yang diadakan di IDCC, Shah Alam pada 7 hingga 9 September 2019 yang lalu. Training yang dihadiri lebih 250 peserta ini turut dihadiri oleh insan istimewa, iaitu... 


Alhamdulilah, Dato' Seri Mahadi juga berkesempatan menghadiri training ini. Terima kasih di atas kesudian Dato' Seri. 

Suasana di dalam dewan training. 

Dah lama tak jadi ATS sejak sentiasa bertugas di luar dewan sebagai crew Card Center, kali ni saya bagaikan melepas rindu. Mana tidaknya, dah lama kan. Mestilah teruja, seronok dan berdebar dalam masa yang sama. 


Pagi. Taklimat ringkas pada ATS sebelum menyambut dan menyantuni peserta, bakal alumni ESQ Angkatan 112. 



Training disampaikan oleh Jurulatih / Speaker Berlesen dari Dr Ary Ginanjar Agustian, Tuan Firdaus Djamaris. Guru saya sepanjang tempoh 10 tahun ini. 


Apa yang menariknya tentang training ini ialah ia adalah sebuah 'Life-Time Investment'. Bermakna, anda hanya perlu menjadi peserta sekali sahaja dan anda akan menerima akses untuk mengikuti kelas yang sama (level yang sama) secara percuma. Dan mereka di belakang dewan ini adalah antara mereka yang menggunakan sepenuhnya kemudahan itu untuk caj semula (recharge) ilmu yang sedia ada.




Berbeza dengan program lain, program ini merupakan experience training. Menggunakan tiga elemen asas pembelajaran iaitu Visual, Audio & Kinestatik (VAK) training ini membuatkan anda tidak akan duduk di tempat yang sama dalam tempoh yang lama. Ini yang saya suka!



Special sangat training kali ini kerana ia turut dihadiri Nubhan, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia. Beliau sanggup datang dari Seremban bersama isteri tercinta semata-mata untuk menghadiri program ini. Tahniah! 


Oh ya, dia memang tinggi. Saya terpaksa berjengket ketika ambil gambar ini. Tinggi benau abam ni haih! 


Orang ambil gambar dia, dia pun sibuk nak ambil gambar kita. Haduh la!



Training seterusnya akan diadakan pada 2 hingga 4 November ini di Flamingo Hotel, Ampang. Bagi mereka yang berminat, boleh terus klik di SINI untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. 

Jumpa anda di sana! 

20 June 2019

Meroyan Di Chicken Rice Shop?


Sekarang ni, ABM hanya akan masuk ke blog ni bila nak membebel. Haduh. Sila la baca bebelan ABM yang.......... yang itu la. 

Semalam, ABM terjumpa satu video di Twitter, di mana seorang anak yang bawa ibunya ke Chicken Rice Shop di Putrajaya. Namun dek kerana tidak mendapat layanan yang sepatutnya, wanita ini mengambil keputusan untuk rekod 'kebiadapan' staf di situ. Dan berjanji untuk memviralkan video tersebut. 

Video tu viral, ya. Wanita tu dapat perhatian, ya. Tapi perhatian yang wanita itu dapat sungguh di luar jangkaannya. 

Masing-masing mengecam wanita itu yang 'tidak reti sabar', 'pemarah', ' tidak tahu peraturan CRS yang macam McD' dan sebagainya. 

Apa reaksi ABM? 

Kalau ABM jadi wanita tu, senang je. Kalau tak puas hati dengan layanan sesuatu kedai, keluar dari situ dan jangan datang lagi. ITU SAHAJA! Tak payah susah-susah nak meroyan depan kedai, semua orang tengok dan akhirnya, memalukan diri sendiri. 

Dan dengan membuat video tersebut dan marah-marah, wanita itu sebenarnya menunjukkan yang dia tidak selayaknya dihormati sepatutnya. Dia tidak menghormati orang lain, tidak menghormati pekerjaan orang lain. Tidak juga menghormati pelanggan di sana. Respect is earn, not get. 

Kepada kakak tersebut (ke makcik?), sudah-sudah la tu meroyan. Ingat apa jadi pada makcik yang meroyan dapat duit raya hanya RM5 daripada anak saudaranya? Makcik nak jadi macam tu ke? 

Sekian bebelan ABM hari ini. Assalamualaikum. 

10 June 2019

Tantrum Sebab Kalah?


Sambil-sambil menjeling kawan sebelah dok cakap sensorang sebab tengok website makanan (ewah!), hati terdetik untuk membebel lagi.

Kuat membebebebebebebel je kan sekarang ni. Ikat mulut tu kang baru tahu. Hahahahaa

Baru tadi ABM tengok di Twitter, tentang tantrum seorang anak kecil. Ceritanya macam ni, ada sekumpulan budak-budak ni berkumpul sebab nak main beyblade. Hanya dua orang yang bermain manakala yang lain hanya jadi penonton.

Nak dijadikan cerita, beyblade salah seorang daripadanya terkeluar daripada gelanggang permainan tu. Dia punya reaksi?

Over. Dia boleh dok angkat gelanggang tu sambil hentak-hentak kaki menangis bagai. Makin dipujuk, makin kuat tangisnya. Hamboi, tak boleh terima kekalahan ke?

Jangan macam tu, dik. Biasalah adat permainan tu. Ada yang menang, ada yang kalah. Kalau dah kalah harini, mungkin esok kalah lagi. Eh, silap! Mungkin esok menang pula. Siapa tahu?

Belajar tangani kekalahan dengan bijaksana, bijaksini, bijaksitu dan bijaksanun. Ye, awak memang budak-budak lagi. Tapi kalau tak belajar dari sekarang, mungkin ia akan jadi satu kebiasaan buruk yang sukar dibendung.

Tantrum ketika kalah sebab nak menang,
Tak mustahil boleh jadi opportunis di masa akan datang.

Padanya, 'matlamat menghalalkan cara.'

Tak boleh begitu, dik. Jadi opportunis ni bahaya terutamanya bila disalahguna. Bahaya tu bahaya.

Penat la pula ABM membebel ni. Esok-esok la sambung lagi. Assalamualaikum.

31 May 2019

Buang Straw dan Mood Republik


Hati terdetik ingin meluahkan sesuatu pada hari ini.

Pertama, pasal penggunaan straw plastik. Kedua, pasal Mood Republik.

Wow! Panas betul kedua-dua isu ini ek? Ye la. Isu ini, terutamanya isu straw, memang popular sepanjang bulan Ramadan ni.

Salut kepada mereka yang membawa bekas sendiri, botol minuman sendiri untuk membeli juadah di bazar Ramadan. Saya akui, ada beberapa orang di kalangan kawan saya yang mengamalkan Go Green sebagai gaya hidup mereka. Sedikit sebanyak, ia mempengaruhi saya untuk menjalani gaya hidup seperti mereka.

Ya, saya tak marah. Malah saya menyokong walaupun saya belum lagi mengikuti seratus peratus gaya hidup sebegitu.

Bekas tupperware pun baru beli satu. Straw besi pun baru beli minggu lepas. Slow-slow, eh?

Namun, apa yang membuatkan saya triggered pagi ini ialah apabila saya buka Twitter, ada satu video di mana ada orang ingin mengamalkan gaya hidup sebegini. Ya, saya tak marah. Cara dia buat tu yang saya marah.

Kau taknak guna straw plastik. Kenapa kau ambik straw tu at the first place? Tu satu.
Kau buang straw tu ke hutan, untuk digantikan dengan straw besi. Itu dah apahal doh?

Ha, kan dah keluar bahasa rempit. Hahahaha

Nak amalkan, amalkan betul-betul. Jangan kau setakat 'amalkan' di sosial media je. Buat video macam tu. Buat kena kecam je. Siapa yang malu?

Saya ada RT video tersebut. Boleh tengok di Twitter saya.

Okey, dah habis bebel pasal straw. Sekarang nak bebel pasal Mood Republik pulak.

Dari dulu lagi saya memang tak berapa berkenan dengan konsep Mood Republik buat event. Buat orang tunggu sampai bersesak-sesak bagai, taburkan duit dan orang ramai berebut-rebutkan duit tu, juga suasana yang kurang mesra pengguna.

Jujur. Saya tak pernah ke event macam tu. Hanya sekadar memerhati di media sosial. Itu sahaja. Namun lama-kelamaan, keluhan dan rungutan daripada mereka yang pernah terlibat dengan event sebegitu mula beredar di media sosial.

Macam-macam la. Macam-macam. Sampai dah tak larat nak ingat.

Yang kelakarnya, setiap tahun rungutan yang hampir sama. Apa mereka ni tak ambil iktibar? Tak perhalusi teguran demi teguran yang dibuat?

Saya yakin lepas ni mereka mungkin akan block saya daripada semua media sosial mereka. Tak kisah pun. Saya tetap akan boleh baca segala rungutan, keluhan mereka ini, selagi mereka berasakan mereka teraniaya dan perlukan pembelaan.

Banyak pula saya bebel hari Jumaat ni. Dah la. Stop dulu. Nanti kalau ada bahan lagi saya bebel lagi. Eh.

03 April 2019

Suatu Malam Yang Damai...


Suatu malam yang damai. 

Seorang student perempuan masuk ke dalam library. kemudian dia berlegar-legar di kawasan barrier gate dalam keadaan mencurigakan. 

Di sebelah luar, ada seorang lelaki lebih kurang sebaya dengannya. Berlegar di kawasan barrier gate seperti gadis tadi.

Gelagat mereka mencuri perhatian kami. Sempat aku memberi amaran : satu kad hanya untuk seorang! 

Namun gadis itu berdegil. Dia memberikan kadnya untuk digunakan lelaki itu. 

Sebaik lelaki itu masuk, kami memanggil keduanya ke kaunter. Rakannya yang lain, kami suruh naik dulu.

"Boleh saya tengok kad matrik awak berdua?" 

Si gadis memberi kadnya. Si lelaki mengatakan kadnya tertinggal. 

Tanpa buang masa, aku ambil buku Rekod Salah Laku dan minta mereka berdua isi ruangan tersebut.

Si gadis mengisinya tanpa sebarang masalah. Tiba giliran si lelaki, dia mula gelisah. ruangan diisi hanya separuh. 

"Kak, saya tak ingat no matrik saya."

Aku pandang si lelaki, aku pandang ruangan yang separuh diisi. "Saya perlu maklumat yang lengkap untuk saya hantar ke HEP."

Buntang mata si gadis. Aku hanya senyum. Kawan di sebelah dah stanby.

"Awak bagi saya IC awak. Biar saya semak dalam sistem guna nombor IC." kata kawan sebelah. 

Dia pergi ke kawan sebelah dan hulur IC. Data mula disemak.

"Data awak tak ada dalam sistem ni. Awak betul ke pelajar sini?"

"Ya, saya pelajar sini. Baru daftar minggu lepas." 

Last pelajar dapat kad matrik adalah dua minggu lepas gais. (dari tarikh itu) 

Aku semak kembali Buku Rekod Salah Laku. "Awak cakap dengan saya kad awak tertinggal. Mana satu yang betul ni?"

"Saya pelajar sini, kak. Baru daftar. Kad tak dapat lagi."

"Dah tu kenapa awak tulis kat sini nombor matrik awak 2018?"

Suara aku dah keras semacam. "Jawab saya!"

"Kalau macam tu, saya panggil polis bantuan la. Senang awak cerita terus dengan diorang." kawan sebelah bagi cadangan. Aku diam, setuju. 

"Boleh?"

Akhirnya si gadis bersuara perlahan. "Sebenarnya, dia bukan student sini."

That's it! Aku pandang si gadis. Si lelaki, biar kawan sebelah yang uruskan. Si gadis aku bebelkan sampai hampir menangis. 

Ok. Yang itu aku tipu. Aku diam je la. Tahan marah. Yang kena marah, si lelaki yang kena bebel dengan kawan sebelah.

Habis je kena bebel, aku cakap dengan si gadis, "Lepas ni kalau korang buat lagi, kitorang tak cakap banyak. Kitorang panggil polis bantuan je terus." 

Muka si gadis terus pucat. Mereka berdua kemudian diarahkan keluar dari perpustakaan.

Diorang keluar je, kitorang gelak. Bukan sebab dapat kenakan orang, tapi sebab nak kawal kemarahan yang mendatang. Takut juga termarah orang seterusnya pula. Bahaya.

Apapun, itu bukan alasannya untuk kita langgar peraturan. Setiap apa yang ditetapkan, ada sebab dan kegunaannya. Dan melanggar peraturan hanya akan mendatangkan mudarat.

Sekian. 


08 March 2019

12 Kaum yang Dibinasakan Allah Dan Disebut Kisahnya Dalam Al Quran


Dalam Al Quran, banyak sekali diceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah karena mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut adalah kaum-kaum yang dibinasakan.

1) Kaum Nabi Nuh

Hasil carian imej untuk kisah nabi nuh

Sumber gambar : Google

Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh
(QS Al-Ankabut : 14).



2) Kaum Nabi Hud


Sumber gambar : Google


Nabi Hud diutus untuk kaum 'Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa 
(QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

3) Kaum Nabi Saleh

Hasil carian imej untuk kisah nabi saleh

Sumber gambar : Google

Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).


4) Kaum Nabi Luth


Sumber gambar : Google

Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, yaitu hanya mau menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Kendati sudah diberi peringatan, mereka tak mau bertobat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyu'araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5) Kaum Nabi Syuaib


Sumber gambar : Google


Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendati mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (QS AlHijr: 78, Alsyu'araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6) Firaun


Sumber gambar : Google

Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berhasil diselamatkan. Hingga kini masih bisa disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).


7) Ashab Al-Sabt


Sumber gambar : Google

Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestina). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A'raaf: 163).

8) Ashab Al-Rass


Sumber gambar : Google

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

9) Ashab Al-Ukhdudd


Sumber gambar : Google

Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9).

10) Ashab Al-Qaryah


Sumber gambar : Google

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).

11) Kaum Tubba'


Sumber gambar : Google

Tubaa' adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan air (QS Addukhan: 37).

12) Kaum Saba


Sumber gambar : Google

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Karena mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma'rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).  

Sumber : Republika.co.id


17 February 2019

ESQ PTP Angkatan 109 di SACC, Shah Alam


Banyak sebenarnya yang ABM ingin kongsikan tentang apa yang berlaku seminggu dua ini. Tu yang banyak entri dalam masa sehari ni. Kalian.. tak kisah kan?

ESQ Personal Transformation Program telah diadakan pada 9 hingga 11 Februari yang lepas di SACC, Shah Alam. Lebih 450 peserta telah mendaftar dan hadir selama 3 hari bagi merasai sendiri pengalaman menghadiri program yang hebat ini. ABM sebagai salah seorang crew yang terlibat turut berbangga melihat komitmen mereka.



Khusyuknya makcik sorang ni. Tekun buat kerja! 


Sebahagian daripada mereka yang hadir. Penuh ruangan! 


Crew yang bertugas di dalam dewan. ABM bertugas di luar. Sebab tu la, tudung pun lain warna. 


Semangat betul kami apabila ke depan untuk menyanyikan Jalur Gemilang. Eh? Ada kelibat seseorang la. Weh! Itu Kak Ina! 

Seronok sungguh ABM bila dia datang untuk sama-sama jadi ATS. Dah lama menyepi, sekali datang, zasss!!! 


Salah satu aktiviti yang terdapat dalam program ini. Berbeza dengan program lain di mana peserta hanya duduk diam di atas kerusi, peserta akan dilibatkan dengan pelbagai aktiviti fizikal sesuai dengan kemampuan dan semangat mereka. 

Ingin join? Program seterusnya akan dipandu sendiri oleh pengasasnya, Dr Ary Ginanjar Agustian. Sila klik SINI untuk maklumat lanjut.



Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI