10 May 2021

NASIHAT LUQMANUL HAKIM

 

PENAWAR HATI..PENYEJUK MATA


Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya.


Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. 


Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.


Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. 


Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. 


Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.


Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.


Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, 


Sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.


Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.


Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah.


Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.


SEMOGA BERMANFAAT 🥰



Dengar Lagu | Aku Tanpa CintaMu 2021 - Faizal Tahir & Mirwana


Memang minat versi lama lagu ni. Nyanyian Mirwana & Jay Jay. Tapi versi yang ini tidak kurang menariknya. Dengan video klip yang menyentuh hati. 


Tiba-tiba teringat Arwah Adik Amir pula tengok video ni.  




MENGGAPAI REDHA ALLAH




Firman Allah yg bermaksud:


Dan carilah pada apa yg telah dianugerahkan Allah kpdmu(kebahagian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah(kpd org lain) sebagaimana Allah berbuat baik kpdmu dan janganlah kamu berbuat kerosakkan dimukabumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai org2 yg berbuat kerosakkan (Al Qashaas ayat 77)


Memang menjadi fitrah manusia mendambakan diri mencari kebahagian hidup.


Mereka akan berusaha sedaya upaya demi utk mencapai kebahagian hidup baik didunia mahupun diakhirat.


Bagi mereka yg inginkan kebahagian didunia dan diakhirat mereka akan memastikan dlm perjalanan hidup mereka akan berusaha bersungguh2 dgn mengerjakan segala bentuk suruhan Allah dan Rasul Nya.


Meskipun berat dan penuh dgn onak dan duri mereka tetap berusaha kerana dipengakhirannya segala kesusahan dan kepayahan itu akan digantikan dgn berjuta kebahagian sebagaimana yg telah dijanjikan Allah swt.


Namun yg anehnya walaupun telah diberikan peringatan didlm alquran ada juga dikalangan manusia yg mencari kebahagian menerusi jln yg tidak diredhai oleh tuntutan agama.


Mereka tidak peduli pendapatan dari sumber haram atau halal.


Yang penting kebahagian utk menjadi manusia yg mempunyai byk harta serta disanjungi oleh manusia.


Mereka lalai utk mengingati Allah kerana lbh suka kpd kehidupan dunia serta mengutamakan hawa nafsu.


Firman Allah yg bermaksud:


Mereka rela berada bersama org2 yg tidak pergi berperang dan hati mereka telah tertutup sehingga mereka tidak memahami (kebahagian beriman dan berjihad) (At Taubah ayat 87)


Justeru itu jgnlah dikejar kesenangan dunia kerana ianya tidak akan pernah habis dan puas kerana ditakuti kita lupa utk mencari kebahagian diakhirat.


Jangan kita gadaikan kebahagian kekal diakhirat dgn kebahagian dunia yg singkat kerana susungguhnya apabila dibandingkan dgn apa yg ada diakhirat, maka kebahagian didunia ini tidaklah seberapa......


RENUNG2KANLAH


SEMOGA BERMANFAAT 🥰



09 May 2021

ESQ Digiworld : Inner Power Dengan Harga...

 





365 hari dalam setahun, berapa hari dari nya kita bersemangat, optimum dan efektif? Berapa hari darinya kita termotivasi? 

Agar 365 hari kita manfaatkan sungguh2. 

165 DAILY INSPIRATION adalah Foundation atau Tapak Asas yang Sungguh Penting! Yang bakal memberikan Motivasi dan Inspirasi setiap hari.... 

Pakej Combo 165 Daily Inspiration mengandungi 7 Modul Dengan 202 Video yang diolah khas untuk Membangunkan Keyakinan dan Mindset. 

SALAH SATU DARI 7 MODULES ADALAH INNER POWER.

Bukan 10, Bukan 20 tapi 30 Video Dr Ary Ginanjar akan anda dapatkan!

Dalam 30 Episod melalui Inner Journey, anda akan menemukan Fitrah Suara Hati, yang membuatkan hidup anda lebih bererti. Anda juga akan lebih memahami belenggu-belenggu yang menutupinya. Proses Zero Belenggu adalah cara untuk mengurangkan atau menghilangkan Belenggu agar Fitrah itu nanti bersinar. Proses ini lebih dikenali dengan nama Zero Menacle Process atau ZMP. 

Jika anda pernah menghadiri ESQ Training, Inner Power adalah Topic di hari pertama training Namun disampaikan dgn cara yg berbeza... 

Segera klik link di bawah utk menikmati harga Promo utk Masa yg Terhad. 

KLIK SINI

Ujian...

 

Setiap ujian itu pasti ada kebaikan dan ia bergantung sejauh mana kita menilai ujian tersebut. 


Redha itu sukar.. sabar adalah jalan terbaik. 


Ujian menjadikan kita lebih matang dan DOA adalah sumber kekuatan kita.


Dari ALLAH swt kita datang dan kepadaNYA jualah kita akan kembali.


Jadilah Seperti Jantung Yang Tak Terlihat... 


Tetap terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hajat. 

Jadilah seperti air.. 

Tetap mengalir walau ada batu yang menghalang


Ingatlah... 

Cukuplah hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mengenali dan Maha Mengetahui segalanya tentang hal ini.


Cukuplah hanya ALLAH swt bagiku..



Doaku Hari Ini | 9 Mei 2021

 


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

:two_hearts:Yaa Allah.
Kami berlindung pada Mu dari kekejaman manusia yang kejam, dari rekaperdaya manusia yang dengki, dari kezaliman manusia yang zalim.

Yaa Allah.
Kami memuji Mu di atas pujian semua yang memuji.

Yaa Allah.
Bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat Mu, yang memungkinkan kami mencapai redho Mu. Bantulah kami mentaati Mu, Dan melazimkan ibadah pada Mu, Mengharapkan ganjaran Mu dengan kurnia pertolongan Mu.

Yaa Allah.
Kasihanilah kami, palingkanlah kami dari maksiat pada Mu, Tuntunlah kami pada apa yang bermanfaat bagi kami, Selama Engkau menghidupkan kami.

Yaa Allah.
Dengan kitab Mu, legakan dada kami.
Dengan bacaannya, ringankan beban kami. Kurniakan pada kami keselamatan agama dan diri kami.

Yaa Allah.
Jangan terlantarkan kami dari semua orang yang menjadi kerinduan kami. Sempurnakanlah kebaikan Mu pada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umur kami yang telah lalu.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

08 May 2021

RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI

 



● Pada umur 20 tahun "di luar negeri" dan "kampung halaman" tiada beza (tidak kira di mana pun kita boleh menyesuaikan diri) 


● Pada umur 30 tahun, "siang" dan "malam" tiada beza (tidak tidur satu malam pun tak mengapa) 


● Pada umur 40 tahun, "berpendidikan tinggi" dan "berpendidikan rendah" tiada beza (kadang-kadang yang berpendidikan rendah mungkin lebih mewah atau kaya) 


● Pada umur 50 tahun, "cantik" dan "hodoh" tiada beza (walau bagaimana cantik pun semuanya sudah luntur, kendur dimakan usia)


● Pada umur 60 tahun, "pegawai tinggi" dan "pegawai rendah" tiada beza (sama-sama dah pencen, taraf dan status sama sahaja)


● Pada umur 70 tahun, "rumah besar" dan "rumah kecil" tiada beza (gout, penyakit tua, tak boleh jalan, banyak duduk dan baring sahaja)


● Pada umur 80 tahun, "banyak duit" dan "tiada duit" tiada beza (gigi dah takde, banyak makanan tak boleh makan) 


● Pada umur 90 tahun, "lelaki" dan "perempuan" tiada beza (dua-dua pun dah takde tenaga)


● Pada umur 100 tahun, "tidur" dan "bangun" tiada beza (lepas bangun tak tau nak buat apa) 


Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhilah hidup ini dengan seadanya dan gembira. Suatu hari nanti kita semua sama sahaja tidak ada bezanya.



Syafaat....


 Manusia sangat memerlukan syafaat apabila mereka dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak.


Tiada seorang manusia pun yang terlepas daripada melakukan dosa kecuali Nabi Muhammad SAW.


Syafaat bererti memohon pertolongan pada saat memasuki syurga Allah SWT.


Ada beberapa syafaat yang boleh diperoleh manusia dan salah satunya adalah syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.


Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا


Maksudnya:


“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”


[Riwayat Muslim (384)]


Allah SWT berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”


(Surah al-Ahzaab, ayat 56)


Begitulah hebatnya amalan berselawat. Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam



07 May 2021

Hati...

 

Hati yang selalu bersih membuat hidup kita lebih bahagia tidak pernah kecewa dengan ujian, fitnah atau iri dengki kepada orang lain dan selalu memandang jernih setiap masalah, sehingga pasti akan tenang penuh ketenteraman jiwa dalam menjalani hidup.


Dimulakan Dengan Bismillah....sudahi Dengan Alhamdulillah....Begitulah Sehari Dalam Hidup Kita

Mudah Mudahan Dirahmati Allah....


Mulakanlah sesuatu Dengan Niat Yang Satu

Untuk Mendapat KeredhaanNya..


Semoga Segala Urusan kita DipermudahkanNya....Agar Sentiasa Dalam Kebaikan supaya hati senantiasa Tenang


Senantiasa Bersyukur Dengan Apa Yang Ada Buruk Dan Baik Itu adalah Ketentuan Allah....Kitalah Jua Yang Memilihnya.


Ingatlah Amal Yang Baik Akan Membawa Ke Syurga

Amalan Buruk Menempah Neraka.....


Sesungguhnya Hanyalah Iman, Amal Dan Juga Taqwa

Menjadi Bekal Dalam Hidup Kita....


Ilmu Pelita Menerangi segala Kegelapan....

Dari Ilmulah Datangnya segala Amalan baik mahupun buruk...

Dan di tangan mu jua lah pilihan untuk mu memilih SYURGA ataupun NERAKA...


Mahu hidup tenang dan bahagia?


Mahu sembuh dari penyakit hati? 


Mahu ada perubahan dalam diri? 


Mahu segala dipermudahkan tak kira dunia mahupun akhirat? 


Datangilah Allah swt dengan penuh keyakinan...

Hanya Dia lah yang mampu untuk mengubah semua itu....

Tetapi mengapa masih ada keraguan dalam pertemuan dengan-Nya....


Selalulah ingat Allah sentiasa ADA...

Selalulah bersangka baik dengan Tuhan mu...


Nak belajar hidup dengan tenang....


Selalu belajar diam dari banyaknya bicara.

Selalu belajar sabar dari sifat kemarahan.

Selalu belajar mengalah dari sifat egois.

Selalu belajar kuat ketika diuji.

Selalu belajar bersangka baik ketika fitnah bertamu..


Hidup Adalah BELAJAR.......


Belajar Bersyukur Meski tak Cukup,

Belajar Ikhlas Meski Tak Rela,

Belajar Taat Meski Berat,

Belajar Memahami Meski Tak Sehati,

Belajar Sabar Meski Terbebani,

Belajar Setia Meski Tergoda,

Belajar Memberi Meski Tak Seberapa,

Belajar Mengasihi Meski Disakiti,

Belajar Tenang Meski Gelisah,

Belajar Percaya Meski Susah,


Belajar dan Terus Belajar...

Belajar sampai pada akhirnya Allah yang menyempurnakan..

Aamiin!!


Janganlah pernah menyerah....teruslah berjuang......

Hidup bukanlah satu tujuan...melainkan perjalanan.....Nikmatilah..........


Hidup adalah anugerah....Terimalah....


Hidup adalah keindahan...Bersyukurlah....


Belajar hidup untuk BERSYUKUR.....


Bahagialah dengan apa yang engkau peroleh,

Menerima apa adanya pemberian Allah,

Tinggalkanlah mimpi yang tidak sesuai dengan yang engkau usahakan dan di luar kemampuan....


Jadikanlah KEGEMBIRAAN sebagai wujud SYUKUR...


Jadikan SENYUMAN mu benteng KESABARAN...


Jadikan DOA sebagai KEKUATAN untuk hadapi hari² yang mendatang...


Jadikan ZIKIR sebagai makanan kekuatan batin mu..


Jadikan DIAM  di waktu engkau DI UJI...


Ajar hati supaya IBADAH mu senantiasa dalam KEIKHLASAN.


Ajar diri Dan HIDUP senantiasa dalam KETAATAN.


Ya Allah...


Dengan rahmat-Mu luruskanlah hati kami agar lurus agama ini, perbaiki niat hati ini agar ikhlas selalu menyertai dan tetapkanlah iman di hati kami... Aamiin ya Allah....


SEMOGA BERMANFAAT 🥰



Adab dan Sunnah | 7 Mei 2021

 


Abu Qatadah رضي الله عنه berkata bahawa Nabi ‎ﷺ bersabda,


"Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid, janganlah duduk lebih dahulu sebelum solat dua rakaat."


Hadis Riwayat Bukhari

3 perkara yg mungkin sering kita lupa 😥

 



1) Sedekah walau sempit

Sedekah di saat susah amalan yg paling mulia. Tak semua mampu buat teman². Jika kau boleh buat, kau hebat. Percayalah.

Makin banyak kau memberi, tak akan mengurangi harta yg kau miliki, bahkan berlipat ganda nikmat yg datang. Yakin dengan janji Allah. 


2) Senyum walau tengah sedih

Senyum itu adalah sedekah. Senyuman adalah kebajikan dan kebaikan yang paling mudah untuk dilakukan. Ia menggambarkan kebersihan dan keperibadian insan yang memberi senyuman.


Sahabat bernama Jabir berkata: "Setiap kali aku bertemu dengan Nabi Muhammad SAW, aku sentiasa melihat senyuman pada bibirnya."


3) Bersangka baik pada Allah walau dalam kesulitan

Walau seberat apa pun ujian yg dilalui, ingatlah semuaNya atas izin ilahi. Mungkin harini nak pergi kerja pastu tiba2 kereta rosak. Yg rosak itu hanyalah asbab. Ujian tanda Allah sayang kerana kau mampu 🥰


Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman:


“Aku Allah, menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Jika dia menyangka baik kepada Aku, maka baginya kebaikan sangka baiknya kepada Aku dan jika dia menyangka dengan sangkaan buruk kepada-Ku, maka baginya sangkaan buruknya kepada-Ku.”


(HR Ibnu Hibban)


3 perkara ini jugak yg akan mengubah hidupmu. InshaAllah🥰🤲🏻



06 May 2021

MUKMIN YANG DIKAGUMI




Daripada Shuhaib RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda :


“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”


(HR Muslim No: 5318)

Status: Hadis Sahih


PENGAJARAN:


1.  Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan setiap musibah yang berlaku keatas dirinya.


2.  Mukmin yang sempurna sentiasa bersyukur diatas  setiap  kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara:


a.  Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri 

b.  Cinta kepada Allah 

c.  Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah

d.  Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut 

e.  Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah. 


3.  Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan redha.  Contoh musibah wabah Covid 19 yang membuatkan setiap kita terpaksa kuarantin di dalam rumah dalam tempoh yang agak lama. Dengan kesabaran ini semoga kita  dapat meningkatkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.


4.  Ibnu Qayyim menyatakan, sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur.


5.  Seorang yang tidak beriman, hatinya sentiasa keluh kesah, jiwanya selalu meronta dan terseksa apabila ditimpa musibah seperti wabak Covid 19 ini. Hati dipenuhi perasaan dukacita dan kemarahan. Tidak redha malah cuba menyalahkan orang lain sebagai penyebab virus ini berkembang. Kita lupa bahawa sebelum ini telah banyak nikmat yang dianugerahkan kepada kita yang tidak disyukuri. 


6.  Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin. Namun amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan  dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.


SEMOGA BERMANFAAT 🥰



JUTAWAN TANPA WANG



Sebuah ladang kurma di Arab Saudi di kota Al-Qassim mempunyai lebih dari 200,000 pokok kurma dan diwakafkan untuk jalan Allah oleh orang terkaya Arab Saudi – Sulaiman Al Rajhi.


Terdapat 45 jenis kurma di kebun ini, pengeluaran tahunan adalah 10,000 tan buah kurma. Ladang ini adalah wakaf terbesar di bumi.


Pendapatan dari kebun ini digunakan untuk membina masjid di negara-negara lain, untuk kerja amal dan untuk iftar di masjid Makkah dan Madinah.


Sulaiman al-Rajhi lahir dalam kemiskinan. Ketika dibangku sekolah, satu hari sekolahnya merancang lawatan sambil belajar dengan kos 1 riyal. 


Tetapi orangtuanya tidak mampu berikannya 1 riyal. Beliau menangis kerana mungkin tidak dapat menyertai lawatan. 


Dalam peperiksaan suku tahunannya, beliau meraih kedudukan pertama di kelasnya dan seorang guru Palestin memberinya 1 riyal sebagai hadiah. Beliau menyertai program lawatan sekolah dengan 1 riyal ini.


Selepas menamatkan pendidikannya, beliau mulakan kerjayanya sebagai usahawan muda dengan penuh dedikasi dan kerja keras. 


Allah memberkati usahanya. Dalam jangka waktu yang singkat, rangkaian banknya yang disebut 'Al-Rajhi' tersebar di seluruh Arab Saudi.


Sulaiman al-Rajhi pergi mencari gurunya yang sudah pencen dalam keadaan miskin kini, Rajhi membawa guru Palestinnya dengan kereta dan memberitahunya, "Saya berhutang dengan Cikgu. "


Guru itu berkata, bagaimana mungkin memberi hutang sedangkan dia miskin, Rajhi mengingatkan gurunya bahawa bertahun-tahun yang lalu gurunya memberikan 1 riyal sebagai hadiah. 


Guru itu  tersenyum dan berkata “Jadi kamu ingin mengembalikan satu riyal itu kepada saya?"


Rajhi memberhentikan keretanya di hadapan sebuah banglo dan terdapat sebuah kereta mahal dihadapannya.


Rajhi memberitahu gurunya bahawa banglo dan kereta itu adalah milik cikgu itu sekarang.


Cikgu itu menitiskan airmata dan berkata pemberian ini terlalu mewah baginya.


Rajhi mengatakan bahawa kegembiraannya ketika menerima 1 riyal dulu lebih dari kegembiraan cikgu pada hari ini.


Pada tahun 2010 Sulaiman al-Rajhi memanggil anak-anak, isteri dan orang tersayang dan membahagikan harta kekayaannya di antara mereka dan mewakafkan yang lain.


Pada ketika ini, nilai wakaf Sulaiman Al-Rajhi lebih dari 60 billlion riyal.


Ladangnya disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai hasil usahawan yang terbesar.


Majalah Forbes telah menamakan beliau sebagai salah satu daripada 20 dermawan terhebat di dunia. 


Kebanyakkan masjid-masjid di kota Arab Saudi adalah hasil keluarga Al-Rajhi, dengan pusat dakwah, badan amal al-Quran, dan lain-lain.


Dalam temu bual beliau berkata: “Setelah kamu meninggalkan kehidupan ini, satu-satunya pelaburan yang penting adalah bekalan kamu bawa untuk kehidupan yang lain. "


“Saya berusia lapan puluhan! Apa lagi yang saya perlukan? Wakaf membayar bil saya, memberi saya penginapan, makanan, perubatan dan pengangkutan."


Seorang jutawan tanpa wang! 


"Bagaimana rasanya?".


Dia tersenyum dan berkata, “Saya merasa ringan! Saya berasa bebas! Saya merasa seperti burung ... dan ketika Allah memanggil saya, saya dapat menjawab panggilanNya tanpa ikatan harta!"


Semoga kisah inpirasi ini memberi pengajaran buat kita semua.



05 May 2021

Dihina Kerana Masa Silam?


 Jangan pernah menilai seseorang dari kisah silamnya.. siapa tahu bahawa masa depannya lebih baik daripada kisah silamnya dan lebih baik daripada orang lain.. 


Allah jadikan manusia semua sama je.. cuma amalan yang membezakan mereka.. tidak perlu untuk menjadi yang terbaik.. cukup sekadar menjadi baik.. semua manusia tidak sempurna.. 


Jangan sedih apabila kita berada dibawah kerana masih ada orang lain di bawah kita.. jangan bangga jika kita berada di atas kerana masih ada orang lain yang lebih atas daripada kita..


jangan sombong,

jangan angkuh,

jangan ujub,


kerana kita semua adalah pendosa.

kerana kita juga adalah manusia yang sering lalai dan terleka dengan dunia serta seisinya,


Sesungguhnya kita bukan siapa2.


Keluar dari tempat yang dianggap hina,

Dicipta dari air yang dianggap jijik dan kotor,

Kita semua sama disisiNya,

Kecuali taqwa yang membezakan kita.


Taubatlah dari dosa2 yang lalu...

Allah sentiasa menerima taubat hambaNya yang bersungguh ingin kembali kepadaNya.....


Allah tidak pandang banyaknya dosa2 yang kita bawa kepadaNya,tetapi Allah hairan kenapa kita tak mahu kembali bertaubat padaNya, sedangkan Allah itu sentiasa ada untuk kita, ada untuk menerima kita yang serba jahil dan hina ini.


Janganlah kita menilai orang berdasarkan kisah silamnya,

kerana orang yang jahil diwaktu silamnya tidak mustahil boleh menjadi hamba yang taat pada akhirnya.


Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam,

sentiasa ada waktu untuk kita menjadi lebih baik,

belum terlambat untuk kita berubah jadi hamba yang terbaik,


Jangan memuggu maut menjemput kita,

kerana dunia ini sifatnya sementara,akhiratlah kekal selamanya.


Bersederhanalah dengan dunia,

Buat yang terbaik untuk yang jauh disana,

Berubah jadi hambaNya yang sebenarnya,

agar Allah memandang kita dengan rahmat kasih sayangNya.


Terima kasih ya Allah....


💚 Ingat jangan melihat seseorang dari Masa Lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasulullah S.A.W pun kini terbaring disebelah Makam Beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab...


💜 Jangan menilai seseorang dari Kisah Silamnya. Kerana seseorang yang pernah berperang melawan Agama ALLAH pun akhirnya menjadi Pedang ALLAH (Saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.


💚 Jangan menilai orang dari Rupanya. Kerana Rasulullah S.A.W melihat Si Pendek tak menawan iaitu Sahabat beliau Saidina Julaybib R.A dikejar-kejar oleh Para Bidadari Syurga.


💜 Jangan memandang orang dari Status dan Hartanya. Kerana Sepatu emas fir'aun pun berada di Neraka, sedangkan Sandal Lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di Syurga

     

Subhanallah....


Semoga ALLAH S.W.T memberikan kita Petunjuk dan Hidayah-NYA agar disetiap Ilmu yang kita miliki dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan Rahmat ALLAH S.W.T... 



Wordless Wednesday | 5 Mei 2021

 





Semuanya Tidak Akan Sia-Sia


 ○  Nasihat ini membuat kita memiliki daya tahan yang lebih terhadap hal-hal yang tidak dinginkan terjadi pada diri kita.


○  Pada dasarnya, apapun :

○  Penderitaan.

○  Kesulitan.

○  Kesusahan. 


○  Pengorbanan yang dijalani semata-mata demi Allah maka Allah tidak akan menyia- nyiakannya alias Allah akan mengganjarnya.



04 May 2021

Senang Atau Tidak?


 ◇  Abu Musa al-Asy’ari r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda :


◇  Barangsiapa senang untuk bertemu dengan Allah.


◇  Maka Allah juga senang untuk bertemu dengannya.


◇  Dan barangsiapa tidak senang untuk bertemu dengan Allah.


◇  Maka Allah juga tidak senang untuk bertemu dengannya.


(HR Bukhari Hadits Sahih).



Jangan Menangguh Untuk Bersedekah

 



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا قَالَ: أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيْحٌ شَحِيْحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الْحُلُقُومَ قُلْتَ: لِفُلاَنٍ كَذَا وَلِفُلاَنٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلاَنِِ 


Daripada Abu Hurairah RA dia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya; “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”. Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan ketika itu kamu berasa kedekut (kikir) dan  takut menjadi miskin dan berangan-angan untuk menjadi orang kaya. Oleh itu, janganlah kamu menunda-nunda untuk bersedekah sehingga ruh sampai di kerongkongmu, maka kamu baru berkata, "Ini untuk si fulan dan itu untuk si fulan, padahal harta itu sudah menjadi milik si fulan." (HR Bukhari no: 2748) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Sedekah yang paling besar pahalanya ialah ketika kita sihat dan berasa sayang dengan harta tersebut malah kita bimbang harta akan berkurang apabila bersedekah dan kita pula berhasrat dengan mengumpul harta itu akan menjadi kaya.


2.  Bersedekah jangan ditunda kerana bimbang kematian menjemput kita


3.  Segera bersedekah, jangan tunggu nyawa sampai dihalkum. Bila kita mati, harta yang ditinggalkan akan menjadi harta waris untuk difaraidkan, bukan milik kita. Bila ia menjadi hak orang lain, ia tidak mendatangkan manfaat kepada si mati.


4.  Bagi yang ada lebihan harta, mari kita menyumbang kepada yang memerlukan antaranya kepada mereka yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.



03 May 2021

Tinggalkan Sesuatu Yang Tidak Bermanfaat

 



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ


Daripada Abu Hurairah RA dia berkata : Rasulullah  SAW bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya (Sunan Tirmidzi No: 2239 )  Status: Hadis Sahih


Pengajaran


1.  Termasuk sifat orang Muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia dan bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara.


2.  Termasuk sifat seorang Muslim adalah menjauhkan diri dari perkara yang tidak bermanfaat baginya, perbuatan yang sia-sia, serta dosa dan maksiat.


3.  Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah sia-sia dan merupakan tanda kelemahan iman contohnya banyak tidur, asyik dengan bermain game serta menonton video hiburan.


4.  Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.  Kerana waktu yang berlalu tidak akan kembali. Gunakan waktu seperti membaca al-Quran, membaca bahan bermanfaat, menulis bagi menghasilkan artikel yang boleh dikongsikan, mengajar anak-anak di rumah dan sebagainya.


5.  Jadilah orang bermanfaat kepada orang lain. Hadis Rasulullah SAW


خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ


Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban  No:  2/48)


6.  Gunakan kesempatan di waktu PKP dan PKPB ini bermanfaat walaupun tidak boleh merentas negeri. Contohi Pak Hamka ketika dipenjara beliau berjaya menghasilkan Tafsir al-Azhar. Syed Qutb ketika dipenjara mampu menghasilkan Tafsir fi Zilal. Mari kita hasilkan sesuatu yang bermanfaat sepanjang fasa PKP ini.


Jom tinggalkan sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat pada kita, keluarga, masyarakat, agama dan negara.



Dengar Lagu | Alyah - Thank You Allah (feat. Cat Farish & Ustaz Haris)

Sedap lagu ni. Sayu je dengar. Sentuhan Cat Farish tidak pernah mengecewakan. Jom dengar. :) 


 



Wahai hati yang gundah...

 

Bismillahirrahmanirrahim


Wahai hati yang gundah, bersabarlah.. simpan saja kegelisahan dalam senyum meski terasa sumbang semoga menguatkan dalam menempuh hari hari yang mendatang..


Wahai hati yang resah,belajarlah bersabar.. Yakinlah ALLAH mempunyai rahsia yg indah untuk mengganti setiap titis airmata yg jatuh disujud malammu..


Wahai hati yang gelisah ,teruslah bersabar.. teguhlah dalam do'a dan luruslah dijalan-Nya,kebahagiaan menunggumu di depan sana..


Wahai hati yang lemah ,janganlah ­ berhenti bersabar.. teruslah mencari cahaya cinta-Nya agar bisa membasuh hatimu dan membersihkanmu dari kehinaan..


Kemana lagi ingin kau berlari?

Kemana lagi kau ingin bersembunyi?

Hanya ALLAH sebaik-baik tempat mengadu....

Hanya ALLAH sekuat-kuat tempat bersandar...

Hanya ALLAH setulus-tulusnya...


Pendengar alam segenap kelembutan hati....pasrahkan semua pada-Nya,semoga ­ ALLAH menyinari hati dengan pancaran cahaya kasih-Nya,agar hati kembali terang menatap masa yang lalu dan bernoda...


Dalam kesungguhan do'a,bersimpuhlah,semoga ALLAH mengabulkan do'a kita....


Aamiin ­ ya rabbal'alamiin



02 May 2021

JANGAN PERNAH MENYERAH



Tak ada ujian atau cubaan yang tak dapat dipikul.


Yakinlah.... Ketika masalah, ujian, cubaan yang datang kepada kita, pasti kita dapat mengharunginya... Itu pasti sudah dijamin...Siapa yang menjamin hal itu? Allahlah yang menjamin...Dengar firmanNya:


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al Baqarah 286).


Jadi, bila masalah datang. Berhenti sejenak, buka mata, kuatkan hati, dan katakan pada diri kita: "AKU PASTI DAPAT MENGHARUNGINYA...!”.


Orang yang beriman dan berakal sihat tidak memiliki kata "PUTUS ASA" dalam kamus hidupnya. Kerana Allah telah berfirman :

 

“Laa Taqnatu mirrahmatillah “ 

Janganlah pernah berputus asa dari Rahmat Allah (Az Zumar ayat 53)


Lihatlah, bumi bagian mana yang tak tersentuh oleh rahmat-Nya?



Doaku Hari Ini | 2 Mei 2021

 


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui Ya Allah, bukakanlah, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan hari-hari selanjutnya ...


Ya Allah, jaminlah keselamatan, kesehatan, keamanan, kedamaian, ketentraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..

 

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki Mu untuk kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..


Ya Allah, ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..


Ya Allah, perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian², berita² dan pengalaman² yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..


Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun.. 


Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa² kami, wujudkanlah harapan² kami,


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن



01 May 2021

Tujuan Hidup


 ●  Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa.


●  Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.


●  Tujuan hidup kita.


●  Menjadi Hamba yang taat dan patuh kepadaNya.


●  Dan sentiasa bersyukur atas limpahan Rahmat dan Kasih SayangNya.