28 February 2021

Cheat Day | Double S


Hari Ahad. Memang sinonim dengan hari tipu. Alah, cheat day. Hahaha.

Dan disebabkan itu, saya memasang niat untuk menikmati sushi. Kali terakhir, Oktober tahun lepas. Memang saya pasang niat, kalau saya capai target dalam penurunan berat badan, saya nak makan sushi. 

Tambahan, saya berpuasa sunat 3 hari berturut-turut. Puasa hari putih. Jadi hari terakhir, saya buat IF lebih 29 jam. Saya rancang nak 'berbuka' dengan sushi.

Namun rancangan memang lebih mudah dari pelaksanaan. Sampai kat Sushi King awal pula. Stafnya beritahu, servis dine-in akan dibuka pada jam 11.30 pagi.

Haduh. Mana nak lepak ni? Dah la sorang.

Sudahnya masuk ke Secret Recipe yang terletak bersebelahan. Hahaha. 

Tak apalah. Alas perut dulu. Nanti boleh makan sushi. Sebelah kedai je haa.

Alas perut?

Mushroom soup.

Iced lemon tea. Plain water. Air suam la.

Anda percaya saya makan ini sahaja?

Ya. Terima kasih sebab tak percayakan saya. Hahaha.

Main dish katanya. Nasi goreng dengan sate. Dan ya. Rasa banyak pula portion dia ni.

Rasa banyak pun, licin juga. Hehehe. 

Dah habis, saya teruskan makan di Sushi King. Mungkin sebab dah kenyang, dan saya pun memang plan nak merasa sepinggan dua. Terlupa pula nak ambil gambar. Teruja sangat!

*Senyum*

Pengomen Tegar Februari 2021 = Bloglist Mac 2021


 

Hari terakhir bulan Februari 2021. Masanya untuk menyemak semula Bloglist Pertama saya. 

Dan satu-satunya kriteria bagi mengisi slot dalam bloglist ini ialah menjadi Top Commentator bagi bulan ini. 

Ada yang masih kekal. Alhamdulilah. Ada yang naik dari bloglist kedua. Alhamdulilah. Tahniah. Ada juga yang terus masuk carta. Alhamdulilah. 



Tahniah kepada semua saya ucapkan. Dan ya, bloglist juga saya sudah kemaskini. 



Macam biasalah. Tak muat dalam gambar Insya Allah, semuanya ada. 


Moga kita sama-sama menyokong antara satu sama lain dalam dunia blogging ini. 


Tahniah dan... 


Ujian...


 Ujian itu datang setiap hari. Ujian itu datang tanpa henti. Ujian itu datang tanpa tapi. 


Sama ada ia datang terus pada kita, atau ia akan datang melalui orang lain. Tidak kira kita kenal atau sebaliknya. 


Dan kita akan diuji dengan apa yang kita percaya.


Kita percaya cinta manusia itu membahagiakan kita, maka kita akan diuji dengan cinta manusia. 


Kita percaya idola itu banyak kebaikannya, maka kita akan diuji dengan terujinya idola. 


Kita percaya wang dan harta membawa senyuman bahagia, maka kita diuji dengan hilangnya semua.


Kita diuji dengan ilmu di dada, maka kita akan diuji dengan ilmu yang kita ada. 


Pernah?


Maka, lakukan semuanya sederhana sahaja. 

Kerana jika kau melampaui batas yang ada, 

Mungkin hanya kebodohan yang menjadi cerita. 

Atau mungkin aib yang selama ini tidak terlihat dek mata.


Sekian.




27 February 2021

Filem Korea | SF8 : Blink



Biasalah. Weekend. Tengah berpuasa pula tu. Jadi tak banyak yang dilakukan di rumah. Nak keluar pun, tak ada keperluan lagi. Jadi tengok la filem Korea. 


Durasi hanya 50 minit. Tapi kisah yang sangat menarik. Pelakonnya juga boleh tahan. Eh?






Ji Woo, who lost her parents in an autonomous car accident in childhood, is a detective who believes in her senses and abilities, rather than the artificial intelligence that works from typed commands. However, Ji Woo misses a suspect and is forced to receive a new recruit, none other than an artificial intelligence presence, Seo Nang, implanted in her brain. Ji Woo has to solve a murder case with the help of Seo Nang, but that's not as easy as it sounds. Can Ji Woo and Seo Nang make a dream team and catch the criminal? 

Best cerita ni. Simple je walaupun bawak tema kepolisan dan teknologi. Juga kemanusiaan. Ada masa, jom la tengok. 



Lepas Cakap Itu Bagus?


 Kata² yang kasar hanya memperlihatkan diri kita yang tak pandai menghormati orang lain. Memberikan pendapat dibenarkan walaupun kita di pihak yang benar bukan alasan kita mengeluarkan kata-kata yang kasar sehingga membuat orang yang mendengarnya berkecil hati.


Ada caranya, kalau kita kata kita ini sememangnya seorang yang ' lepas cakap' bukankah kita diajar 'masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kambing menguak'?


Ada batas dan adabnya.

Kalau pun orang itu salah, tegurlah secara berhemah.

Kelantangan itu bukan hebat.

Kelantangan itu akan membuat orang menyampah.


Berhati-hatilah..

Kadang ramai orang tak sedar.




26 February 2021

Kenangan...


Jari jemarimu yang mulus menari-nari menghasilkan aksara yang tiada siapapun menduga apa disebalik yang di layangkan itu..


Moga termuntahnya disini, sedikit lega didalam hati merahmu itu.


Simpan kenangan yang mengusik jiwa, senyumlah kerana engkau masih lagi diizin bernafas disini..


Kenangan yang lalu, ia telah pergi..

Perginya merobek jiwa suatu masa lalu. Hari ini engkau jadi seorang manusia yang kuat


Terima kasih diri



Gambar tahun lepas ni. Seba tu pipi terkeluar sikit. Huhu. 

~Bila Borong Facemask Macam Nak Meniaga~


Bila facemask sekarang dah jadi keperluan bila nak keluar rumah, dan kau simpan stok facemask macam nak meniaga...

Yes gais. Saya bukan seorang yang boros yea. (angkat kening). Masa mula-mula PKPB dilaksanakan pada Mei 2020, saya mula beli facemask sekotak-sekotak. Saya simpan sekotak di rumah dan sekotak lagi di pejabat. 

Tapi saya jarang guna sebab saya ada facemask kain. Bila DG Tan Sri Hisham nasihat untuk tidak guna facemask kain, saya guna la facemask yang saya beli tu. Jadi tambah la stok. 

Lepas tu nampak facemask berwarna warni, beli la ikut warna aura harian. Pakai yang itu sajalah sepanjang tempoh PKPP, berselang seli dengan facemask sedia ada. 

Dan tiba-tiba, PKPB balik. 2 bulan pertama, memang bekerja di rumah 100%. Jadi tak guna facemask sangat. 

Sehinggalah Januari lepas, bila saya perasan yang stok saya mulai menipis. Haduh! Agak cemas di situ. Terus saya beli facemask di Lazada. Nak tahu berapa kotak saya beli?

5 kotak. What???

Harini baru perasan, macam banyak pula stok facemask saya. Hakhak.

7 kotak total yea. Belum masuk yang dalam plastik lagi.

Ni yang dalam plastik. Banyak la juga.

Jadi saya ambil langkah untuk organise balik stok facemask ni. Sebab kalau dibiarkan, memang bersepah bilik dibuatnya. Facemask dalam plastik disusun kembali. Facemask dalam kotak dikeluarkan sikit dan dimasukkan dalam plastik. Selebihnya, masuk dalam kotak besar.

Oh ya, kotak besar tu asalnya kotak barang yang saya beli di Lazada beberapa hari lepas. Sebab agak besar, saya simpan facemask dalam tu. 

Ni yang saya stanby untuk digunakan setiap hari. Disusun mengikut warna aura harian dari kiri hingga ke kanan. Walaupun tak ikut warna sepatutnya, kira halallah tu. Hahaha.

Sekarang adalah masa untuk berbisik pada telinga sendiri : "Sudah-sudahlah tu borong facemask. Habiskan apa yang ada. Jangan boros."

Hahaha.

Kelebihan Berselawat


 

BANYAK SELAWAT, ALLAH AKAN CUKUPKAN KEPERLUAN & MENGAMPUNKAN DOSA-DOSAMU


Dari Ubai bin Kaab radiallahu anhu katanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin membanyakkan berselawat kepadamu. Dari itu, berapa banyakkah dari doaku perlu aku jadikan untuk berselawat kepadamu?” Rasulullah ﷺ menjawab: Terserah kepadamu.”


Aku pun berkata: “Adakah satu perempat darinya?” Rasulullah ﷺ menjawab: “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.”


Aku berkata: “Adakah separuh daripadanya?” Baginda menjawab: “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.


Aku berkata: “Adakah dua pertiga?” Baginda menjawab: “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.”


Aku pun berkata: “(Jika begitu) aku jadikan semua doaku untuk berselawat kepadamu.” Baginda bersabda: “Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginanmu dan diampuni semua dosamu.”


(HR at-Tirmizi, Sahih)




25 February 2021

Mereka Datang Untuk Melatih Apa?


 

ESQ New Chapter akan berlangsung pada 27-28 Februari 2021. Klik SINI untuk join.



3 Jenis Sombong


SOMBONG itu ada 3 jenis..??


1. Sombong terhadap Allah swt

;  iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.


2. Sombong terhadap Rasul

;  tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.


3. Sombong terhadap makhluk

;  iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.


Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ


لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ


"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)


Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.


Siapa yang lebih buruk?


"Yang manakah yang lebih baik, seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tapi amat baik sikapnya kepada sesama manusia?"


"Subhanallah, kedua-duanya baik", ujar si alim sambil tersenyum.


"Mengapa boleh begitu?"


"Kerana orang yang tekun beribadah itu nanti mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia disebabkan ibadahnya. Manakala orang yang baik perilakunya itu, boleh jadi nanti akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya."


"Jadi siapa yang lebih buruk?" desak si pemuda.


"Kita, anakku", ujar beliau.


"Kitalah yang selayak disebut buruk kerana gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri."


Sambungnya lagi, "Sedangkan kelak, kita akan dihadapkan pada Allah dan dipersoal tentang diri kita, bukan tentang orang lain."



26 Tanda Sifat Sombong


TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. 


Terdapat 26 tanda-tanda sifat sombong iaitu : 


1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya. 


2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.


3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.


4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.


5. Memandang hina kepada golongan bawahan. 


6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan. 


7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain. 


8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain. 


9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya. 


10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya. 


11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf. 


12. Dia suka dihormati. 


13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar. 


14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu. 


15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang. 


16. Kurang menghormati pemberian orang.


17. Suka mencerita kelebihan diri.


18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain. 


19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.


20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja. 


21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.


22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang. 


23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya. 


24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan. 


25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain. 


26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.


SEMOGA BERMANFAAT 🥰


•══◎◎♡◎◎══•


 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 

 

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر




24 February 2021

Esok 13 Rejab. Jom Puasa!



Esok Khamis 13 Rejab. Hari yang disunatkan berpuasa. Puasa sunat hari Khamis dan puasa sunat Hari Putih. 

********************************************************

Kelebihan Puasa Isnin Dan Khamis


Ada banyak kelebihan melakukan amalan puasa pada hari Isnin dan Khamis, diantaranya adalah:


Isnin dan Khamis merupakan hari amalan manusia diperiksa

Ia adalah sunnah Nabi Rasulullah SAW dan mengamalkannya pasti mendapat ganjaran yang besar.

Terbukanya pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis.  "Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis, maka akan diampunkan semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan apa-apa, kecuali seseorang yang diantaranya berlaku permusuhan. Lalu dikatakan "Tiadalah pengampunan terhadap kedua-duanya orang ini hingga mereka berdamai" (Hadis Riwayat Muslim)

"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat" Sabda baginda Rasullah SAW lagi : "Perut besar itu adalah sarang penyakit & banyak makan itu adalah punca segala penyakit".

Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia nikmat Allah yang tidak terhingga.

Mendidik nafsu amarah (yang lebih banyak mengajak kearah keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah & seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah ALLAH SWT.

Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka.

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki & lain-lain lagi.

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.

Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam satu riwayat maksudnya : "Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya & teranglah hatinya".


Niat puasa isnin dan khamis adalah seperti dibawah;



نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى


Nawaitu Sauma Yaumal Itsnaini Sunnatan Lillahi Taa’ala


Sahaja saya berniat puasa hari isnin, sunnah kerana Allah ta’ala. 



نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى


Nawaitu Sauma Yaumal khomiisi Sunnatan Lillahi Taa’ala


Sahaja saya berniat puasa hari Khamis, sunnah kerana Allah ta’ala.



Semoga perkongsian di atas bermanfat bagi kita semua terutamanya mereka yang ingin dan telah melaksanakan ibadah puasa sunat Isnin dan Khamis.


 Sumber : JAKIM dan Internet


***********************************************************


Apakah yang dimaksudkan dengan “puasa hari putih” atau ayyamul bidh ini?


Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah.


Kenapa dinamakan Ayyamul Bidh?

Ia dipanggil Ayyamul Bidh (Hari Putih) kerana pada pada malam-malam tersebut adalah waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.


Pada tarikh ini, kita disunatkan berpuasa sebagai tambahan kepada amal ibadah yang lain.


Dari Abu Dzar, Rasulullah bersabda:



 

Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).”


— Hadis riwayat Tirmizi dan an-Nasa’ie

Nota

Dikecualikan puasa pada 13 Dzulhijjah kerana tarikh itu sebahagian daripada Hari Tasyriq. (Berpuasa pada hari tersebut diharamkan).


Sebaliknya ia diganti pada 16 Dzulhijjah.


*Pada 9 Dzulhijjah disunatkan untuk Puasa Hari Arafah


Nota untuk kaum hawa:


Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa.


Kita boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan.



 

Lafaz Niat Puasa Hari Putih

Lafaz niat bagi puasa hari putih adalah seperti berikut:


niat puasa ayyamul bidh

 Nawaitu sauma ayyaamal bidh sunnatan lillahi ta’ala 


Maksudnya:


Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala.


Nota

Jika anda terlupa berniat di malam hari atau sebelum subuh tidak menjadi masalah asalkan anda sempat berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat tidak makan dan minum atau tidak didahului dengan perkara yang boleh membatalkan puasa.


Fadhilat & Kelebihan Puasa Ayyamul Bidh

1.Diriwayatkan bahawa puasa Ayyamul Bidh mempunyai kelebihan pahala yang sama seperti orang yang melakukan puasa sepanjang tahun.

Puasa pada 3 hari tiap bulannya merupakan serupa puasa sepanjang tahun.”


— Hadis riwayat Bukhari :1979

Perkara ini juga disokong dengan riwayat lain:


Berpuasa tiga hari setiap bulan sama dengan berpuasa sepanjang tahun dan hari-hari putih itu adalah tanggal 13, 14 dan 15.”


— Hadis riwayat an-Nasai’e

2.Dalam riwayat Abu Hurairah pula, disebutkan:

Kekasihku (Rasulullah) mewasiatkan padaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati yakni berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat dhuha, mengerjakan solat witir sebelum tidur.”


Hadis Riwayat Bukhari

3.Terbukti baik untuk kesihatan secara saintifik untuk mengelakkan kanser dan meningkat sistem imun badan.


*******************************************




Jom puasa!




Peliharalah Hati


 

ESQ New Chapter pada 27-28 Februari 2021. Klik SINI untuk join.



Wordless Wednesday : Trust






Orang Yang Tidak Bersyukur


 

Orang Yang Tidak Bersyukur


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ 


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.” HR. Abu Daud dan dishahihkan di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, 1/702.


Pengajaran:


1.  Orang yang tidak berterima kasih di atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna, ia tidak bersyukur kepada Allah di atas limpah nikmat yang diperolehi.


2.  Al-Khaththaby berkata; barangsiapa kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah Ta’ala dan tidak bersyukur kepada-Nya.


3.  Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain terhadapnya.  Lihat kitab Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby, 5/ 157-158.


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  مَنْ أُعْطِىَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ بِهِ فَمَنْ أَثْنَى بِهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ.


Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sungguh ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sungguh ia telah kufur.” HR. Abu Daud dan dishahihkan dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, no. 617.


4.  Cara membalas kebaikan dan pemberian orang lain:


a.  Membalas pemberian tersebut

b.  Memuji orang tersebut

c.  Mengucapkan Jazakallah khairan kepada orang tersebut

d.  Mendoakan orang tersebut


Ayuh berterima kasih kepada manusia dan bersyukur kepada Allah.