25 June 2022

Limited Edition



Tak semua benda harus dipaparkan pada dunia. Cuba jadi yang limited edition.

Cukup dengan pesanan. Jaga harga diri. Orang yang dihormati tu, bila kita tengok dia, muka dia nampak tenang, terpancar kesolehan dan bila dia berbicara, lidahnya menuturkan seribu satu ilmu.

Bukan yang punya beribu likers dan followers tapi membawa konten yang merapu.

Maafkan salah silap diri ini atas teguran.

Secebis kata inilah yang termampu untuk mencantas duri kemungkaran.

🥀☕️

Selamat pagi.

23 June 2022

Paling Bahaya


Perasaan yang paling bahaya adalah iri hati. Emosi yang melahirkan kebencian. 

Tak boleh tengok orang lain lebih walau pun sikit. Bukan ke siapa siapa, kadang ke adik beradik pun tak boleh lebih daripada dia. Tak tenteram hidup dia. 

Jiran yang tak ada kena mengena pun dia tak boleh kalah. Sibuk lah dia nak menangkan diri sendiri. 

Begitulah sikap orang yang ada iri hati. Lama kelamaan dia sendiri yang akan membunuh kebahagiaan dalam hidup. 

Maka sebab itu, tak perlu berlumba dengan orang lain. Tenang sahaja dengan rezeki yang Allah beri. Hidup ikut kemampuan diri. 

🥀☕️ 

Selamat pagi.

17 June 2022

Chess


Hidup ,

Macam main chess .
Ada orang umpama king , ada umpama knight , ada juga orang umpama pawn .

Tapi , when the game is over , semua buah catur disimpan dalam kotak . Dan kotak ditutup .

🥀☕️ 

Selamat pagi.

16 June 2022

Bersabar Dalalm Berdoa


"BERSABAR DALAM BERDOA."

● Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda :

● Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.

● Lalu baginda ditanya oleh seseorang : Apa maksudnya meminta dicepatkan...? Jawab baginda : Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya : Aku telah berdoa, Aku telah berdoa tetapi Aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa. (HR Muslim).

❤️✨

Selamat pagi.

14 June 2022

Kaca Yang Sudah Retak


Kaca yang sudah retak, takkan sama kedudukannya kalau kita baiki sesempurna mungkin sekalipun. 

Begitu juga dengan hati, sekali ia retak. Kau takkan bisa ketemu hati dia yang dulu. 

Tampak dia sudah sembuh, tapi tak semudah yang kau fikirkan. 

Luaran mungkin sembuh, tetapi tidak di dalamnya. 

Jadi hati-hati dengan hati. 

🥀☕️ 

Selamat pagi.

13 June 2022

Review Buku : Tumbuk Rusuk - Pengkisahan Dari Tirai Besi

 



'Tumbuk Rusuk' adalah kiasan halus bagi perbuatan memberi rasuah. Demikian berseni orang kita dalam mengolah perbuatan jelek sehingga menjadi sebuah peribahasa. Mungkin ini satu petanda bahawa budaya rasuah ini sudah sekian lama berakar dalam amasyarakat sehingga terbit istila yang dibuat secara berkias. 


Zaman berubah namun sikap dan tabiat buruk kekal membusuk. Kita hanya mengetahui kesalahan rasuah ini melalui dada akhbar, media sosial atau penghakiman di mahkamah. Sungguhpun demikian, tidak ramai yang memahami latar belakang dan susur galur perbuatan ini terjadi - asal punca sehingga menjadi budaya yang bejat. 


Ia bukan sekadar kisah benar malah ditulis dari hatim penuh drama dan ibrah. Tidak semua faham dan tahu bahawa rasuah itu sesuatu yang jijik dan keji. Apa lagi melaluinya, yang dirasai hanya kenikmatan sementara tetapi penyesalan yang berkekalan. Hanya setelah dibongkar akan segala sisi buruknya barulah ia membuka mata yang selama ini dianggap kenikmatan, sebenarnya adalah kesengsaraan. Ia bukan cerita rekaan mahupun mitos. Ia adalah kisah benar yang dinukilkan dengan penuh keinsafan. 


Kini kisah dan pengalaman dibukukan, ditulis dengan gaya bahsa yang kemas berbaur penulisan sebuah penghakiman. Maklum saja, penulis telah bergelut lama dalam bidang perundangan. Pengalaman terpenjara di dalam tembok batu tidak menghilangkan jiwa dan seni penulisan seorang ahli perundangan.


Membaca buku ini akan membuka dimensi baru bahawa segalanya adalah sementara, terjebak dengan 'Tumbuk Rusuk' adalah sebuah kesengsaraan perit yang perlu diperbetulkan, Buat diri penulia ia adalah 'dosa', dalam masa yang sama adalah penawar buat menyembuh luka memulihkan penyakit yang kini sudah menjadi budaya. 


Review saya : Melihatkan pada tajuknya sahaja, saya sudah teruja. Kerana pada mulanya saya ingatkan buku ini merangkumi beberapa kisah dari kes rasuah. Namun sangkaan saya meleset sama sekali. Rupanya buku ini menceritakan pengalaman dari penulisnya sendiri. Banyak benda baru yang saya belajar dari buku ini. 


Buku ini saya pinjam dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. 




Doaku Hari Ini


Semoga hari ini ada keajaiban buat kita semua..
Semoga yang sakit cepat sembuh..
Semoga hati-hati yang suram kembali ceria..
Kisah semalam biarlah berlalu..
Lalui hari ini dengan semangat baru..
Tidak lengkap hidup ini jika tidak diuji.
Sayangnya Allah pada kita supaya tidak terus leka.

Bismillah. 

Selamat pagi.

11 June 2022

Seperti Lebah


Seekor lebah yang kecil, bila dia fikir utk hasilkan madu yang akan memberikan kesembuhan & kebaikan, maka Allah akan berikan dia ilham utk cari bunga yg cantik, harum dan ada pati madu....

Apa lagi jika seorang manusia yg ada fikir utk berikan kebaikan kpd orang ramai, Allah juga akan berikan dia ilham yg baik-baik kpd dia...."

- Syeikh Maulana Saad al-Kandahlawi -

Selamat pagi.

10 June 2022

Itulah Rezeki


Dalam kehidupan ini, ada yang kita mahu sukar untuk kita mendapatkannya, apa kita tak mahu kadang datang tanpa diundang.

Itulah rezeki dan nikmat yang kadang kita dapat, kadang banyak kadang sedikit kadang tiada langsung.

Rezeki bukanlah hanya wang ringgit semata-mata.Badan kita yang sihat, hati kita yang tenang, kawan-kawan yang sentiasa ada, keluarga bahagia, itu juga rezeki.

Amat banyak cabang rezeki ini, kadang kita hanya nampak yang satu saja, kita lupa Allah beri nikmat dari segi yang lain.

Bersyukurlah..
ALHAMDULILLAH..

09 June 2022

Review Buku : Anak Malaya Di Republik Turki





Seringkali, kebanyakan rakyat Malaysia hanya disajikan dengan kisah-kisah Turki daripada satu persepsi sahaja. Khususnya tentang zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyahnya dan penulisannya tumbuh pesat bagai cendawan. 


Jarang sekali kedengaran tentang bumi Turki dari sudut yang berbeza seperti yang diceritakan oleh anak muda ini. Melanjutkan pelajarannya di sebuah kota yang bernama Izmir. Satu kota di mana kedudukan lokasinya terletak berhadapan dengan Greece dan Lautan Ege merentangi keduanya. 


Kesan daripada kedudukan geografi seperti inj juga barangkali telah mencorak kehidupan sosial yang begitu kontradiksi sekali berbanding penduduk Turki di kota yang lain. 


Rata-rata penduduk Izmir mengimani fahaman sekular dan memilih gaya hidup moden barat. Kota Izmir juga telah menjadi tempat transit untuk pelarian-pelarian Syria sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Pulau Chios yang terletak di Greece.


Kehidupan penulis di kota Izmir begitu warna warni sekali. Dikelilingi oleh teman-teman yang berlatar belakangkan agama, budaya dan bangsa yang berbeza. Gaya hidup yang berbeza seperti meneguk alkohol sebagai minuman harian adalah misalannya. Bagaimanapun, penulis masih mampu mengimbangi kehidupan di Izmir. 


Pengorbanan dan usaha penulis seperti yang dinukilkan telah banyak mengubah persepsi dan pandangan hidup masyarakat di Izmir. Sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang menjadikan bendera Malaysia sebagai hiasan di kedainya. Pelarian-pelarian Syria yang menumpang di Izmir pula mengibarkan bendera Malaysia sambil melaungkan, “Bendera ini mengubati luka kami!” 


Kisah pengalaman penulis menjawab persoalan keTuhanan juga membuka ruang fikir wanita muda dari Itali, Eleonara. Dari gadis yang berfahaman Atheist kepada cahaya Islam. 


Review saya : Kisahnya memang cukup menarik untuk dibaca. Namun kesalahan tatabahasa dan tanda baca yang bagi saya terlalu banyak dan berulangkali mencacatkan mood membaca buku ini. Saya kira pihak yang berkenaan boleh melakukan sesuatu dengan perkara ini.


Buku ini saya pinjam di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. 





Ujian Ibarat Ubat


Ujian sifatnya memang membebankan. Pahit dan menyusahkan. Ujian macam ubat.

Maka bila kita diuji, ambil lah itu sebagai satu ubat. Ubat buat dosa-dosa yang kita dah lakukan. 

Yang kita harap semoga ujian itu nanti semuanya akan menjadi penghapusan buat dosa-dosa kita.

𝗍𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀 - 𝗄𝖺𝗆𝗎 𝗆𝖺𝗆𝗉𝗎♥️🍃

🥀☕

Selamat pagi.

08 June 2022

Tenang. Kamu Mampu


Di Dunia ini memang kau akan penat , sebab ini sekadar tempat persinggahan sementara sahaja. 

Untuk rehat dan bahagia selama lamanya, tunggulah di Syurga sana. Saat ini - kau harus semai segala baja agar mendapat hasil yang baik dan banyak di sana kelak. 

Kadangnya kita terasa lemah disebabkan lelah dengan bermacam macam perkara , buat kita mahu mengalah dan mengeluh . Adanya sampai mahu berputus asa dengan semua ini. 

Duhai - bertahanlah walau kau sudah tak mampu. Bersabarlah meskipun kau terluka.

Bahagia kan tiba masanya untukmu. 

𝗍𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀 - 𝗄𝖺𝗆𝗎 𝗆𝖺𝗆𝗉𝗎♥️🍃

🥀☕️

Selamat pagi.

07 June 2022

Doaku Hari Ini


Ya Allah luruskan hati kami agar cinta kepada kehidupan akhirat, tempat kembali kami yang pasti dan abadi.

Jauhkanlah kami daripada terpesona dengan keseronokan dan tipu daya dunia, tempat yang hanya sementara untuk kami. 

Aminn ..

❤️✨

Selamat pagi.

04 June 2022

Kita Tak Tahu...


Kita sebenarnya tidak tahu apa yang Allah telah rancangkan untuk kita.

Oleh itu, berdoalah semoga apa yang Allah kurniakan itu adalah seperti apa yang kita idamkan.

❤️✨

Selamat pagi.

03 June 2022

Bentuk Siapa Diri Kita


Orang baik meskipun difitnah dan dihina hatinya akan tetap baik. Mencaci orang dengan kata-kata kotor, tidak akan membuat orang menjadi kotor. Malah, sebaliknya mengotori diri sendiri. 

Menguatkan orang lain dengan kata-kata bijak dan motivasi, akan dapat juga menguatkan diri sendiri. Agar orang tidak berputus asa. 

Kata-kata dan perbuatan tu akan membentuk siapa kita.

Selamat pagi.

02 June 2022

Top Commentator Mei 2022 = Bloglist Jun 2022

 


Biasa la. Bulan baru, pengomen baru. Bloglist baru, dunia baru! 


Tiber. 


Terima kasih kepada mereka yang sudi meninggalkan jejak mereka di blog saya yang tidak seberapa ini. Saya sangat hargai. 



Ada nama kalian tak di situ? Kalau ada, angkat tangan! 


Dan sebagai tanda penghargaan, saya telah kemaskini bloglist utama saya dengan blog kalian yang meriah dan cantik tu. Moga lepas ni saya lebih rajin ziarah kalian. 



Biasa la, tak muat frame. Jangan risau, saya akan baca semua Insya Allah. 


Sekali lagi, tahniah dan...