31 March 2021

Pengomen Tegar Mac 2021 - Bloglist April 2021

 


31 Mac 2021. Kebiasaaan di hari terakhir setiap bulan, saya akan semak semula Top Commentator saya. 

Dan mereka yang bertuah bulan ini ialah...



Tahniah bagi yang tersenarai. Seronok tengok ramai yang blogwalking ke blog saya yang biasa-biasa saja ni. Dengan itu, saya masukkan anda semua dalam bloglist pertama saya. 



Macam biasa la. Tak muat bila screen shot. Aci la tu... 


Saya rasa, saya nak bagi hadiah pada bulan Julai nanti, bagi mereka yang kekal dalam senarai Top Commentator dari Januari hingga Jun 2021. Hadiahnya? Nanti la saya fikirkan. Huhuhu. 


Akhir kata dari saya... 




Wordless Wednesday | 31 Mac 2021


 
Kan? 


Kisah Ikan mencari Air


 

Kisah Ikan mencari Air


Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.


"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.


“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”


Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan air itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.


Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”


Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya Si Katak.


Si Ikan bertanyakan hal yg sama kepada Si Katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air ?”


Katak pun tertawa dan menjawab , “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.


"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kpd kehidupannya.


Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.


Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita terkadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.


Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit,


Kita merasakan nikmat kaya, setelah kita jatuh miskin,


Kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dgn kita tiada,


Seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.


Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”

( Ibrahim, ayat 34)

30 March 2021

Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com

 





Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2021 di MiaLiana.com bermula pada 11.00 pagi 30/3/2021 sehingga 11.00 pagi 31/3/2021. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2021.

** jom support Mia Liana....




ALHAMDULILLAH

 


ALHAMDULILLAH 


ALHAMDULILLAH,

KITA masih mampu MANDI sendiri SEBELUM orang MANDIKAN KITA..


ALHAMDULILLAH,

KITA masih mampu pergi ke masjid sendiri SEBELUM orang mengangkat KITA ke masjid..


ALHAMDULILLAH,

KITA masih mampu SOLAT BERJEMA'AH SEBELUM JEMA'AH yang solatkan KITA..


ALHAMDULILLAH,

KITA masih mampu SOLAT di BELAKANG IMAM SEBELUM KITA diSOLATkan di HADAPAN IMAM..


ALHAMDULILLAH,

KITA masih mampu memBACA YASIN SEBELUM orang memBACAkan YASIN untuk KITA..


ALHAMDULILLAH,

KITA masih mampu menZIARAHI KUBUR SEBELUM orang menZIARAHI KITA di KUBUR..


ALHAMDULILLAH,

KITA masih ada kesempatan untuk tinggalkan DUNIA sebelum KITA meninggal dunia


ALHAMDULILLAH,

KITA masih boleh menghitung diri sendiri sebelum KITA dihitung dan dihisab nanti.


ALHAMDULILLAH,

Kita masih mampu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Review Buku | Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen


 

Alexander Zulkarnaeen, punya dua watak berbeza di kampung, juga di bandar. Dia memiliki segalanya berkat usaha gigih dan titik peluh sendiri namun hidupnya terpinggir apabila pulang ke kampung. Namanya tiada di hati abang-abang yang lain dek kerana kisah hitam yang pernah dilakukannya ketika waktu remaja dahulu. Sindiran dan cemuhan memang makanannya sejak detik hitam itu berlaku. Lalu pada mereka semua, dia hanya menampilkan diri sebagai anak muda biasa yang tidak punya apa untuk dibanggakan.


Namun, hatinya juga diketuk cinta! Cinta yang hadir tak disangka-sangka. Semuanya gara-gara janji pada sang ibu yang perlu ditepati. Janji mahu membawa menantunya menjelang 31 Disember. Dek kerana tidak pernah bercinta, diaturnya jadual pertemuan jodoh selama sebulan semata-mata kerana mahu mencari calon isteri buat diri sendiri. Dan di antara mereka semua, dia bertekad memilih empunya nama Intan Nawrah. Bagaimana denyutan cinta di antara mereka berdua bermula? Dapatkah Intan Nawrah mengisi kekosongan hati Alexander Zulkarnaeen, juga menambat hati anggota keluarga mertua yang lain?

Saya pinjam buku ni dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam.

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG


 KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG


1. TIDAK MEMBENCI

Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.


2. TIDAK MERUNGUT

Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.


3. BERSEDERHANA

Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.


4. BERSANGKA BAIK

Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.


5. SELALU  SENYUM

Senyumlah walaupun hati terluka.


6. SELALU  MEMBERI

Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..


7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA

Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...


8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI

Jangan berdengki dengan kejayaan teman2 anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingatlah segala

amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal kebajikan orang yang berhasad dengki....

..



29 March 2021

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


 6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain.


Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda.


Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :


1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


2. Melancarkan peredaran darah

jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.


3. Meningkatkan kesuburan

kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


4. Mengurangkan risiko darah tinggi, untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.


5. Mengurangkan tekanan serta tenang. Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.


6. Meningkatkan sel darah putih

mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


InshaAllah jika kita istiqamah mandi sebelum subuh, tubuh badan kita akan sihat kerana telah mengamalkan sunnah nabi.


Aamiin...



Dengar Lagu | Baginda Muhammad - Dawai


Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad Waala 'Alihi Saidina Muhammad. 
 




3 Doa...


Selalu kan, rasa sedih, gelisah dgn masalah. Allah tak pernah menjauh 🥺

Bila tengah sedih, bila tengah bahagia. Carilah Allah dulu. Saat paling dekat dengan Allah ialah ketika sujud, amik peluang perbanyakkan mintak 3 doa ni 👇🏻


1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah


اللهم إني أسألك حسن الخاتمة


Allahumma inni as’aluka husnal khotimah


Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”


2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat


اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت


Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut


Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”


3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya


اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك


Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika


Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

.


Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, : 


"Sedekat-dekat keadaan seseorang hamba dari Tuhannya ialah di waktu ia sedang bersujud, maka perbanyakkanlah berdoa dalam sujud itu."


 (Hadis Riwayat Muslim)




28 March 2021

Pujian...


 

Selagi kita mengharap pujian 

manusia.


Selagi kita mengharap semua 

orang mencintai kita.


Selagi kita mengharap semua 

orang pandang  kita.


Selagi kita mengharap semua 

orang sokong dan kagum dengan kita.


Selagi itulah hati kita takkan puas dan TAKKAN bahagia.


Kerana apa..??



Kerana semua itu adalah satu KEMUSTAHILAN yang sangat jelas.


Kebahagiaan itu hanya apabila kita mengharapkan Redha, pujian dan kasih sayang Allah··

Walaupun kita terpaksa melalui jalan yang dipenuhi dengan kebencian dan caci maki manusia kepada kita.


Kejar Allah.


Sungguh. 

Itulah kebahagiaan dalam ketenangan. ツ

Doaku Hari Ini | 28 Mac 2021

 


‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya serta sahabat - sahabatnya  Dengan asma Allah yang tidak aku harapkan kecuali kurnia Nya. tidak aku takutkan kecuali keadilan-Nya. tidak aku percayai kecuali firman-Nya. tidak aku pegangi kecuali tali-Nya.


 KepadaMu aku berlindung wahai Pemilik Ridha dan Ampunan dari kezaliman dan permusuhan ,dari bencana zaman, dari runtunan kesedihan,dari rangkaian kemalangan,dari habisnya jangka – sebelum siap sedia, 


Aku berlindung pada-Mu ya Rabbi dari bisikan setan, Aku bernaung pada kekuasaan-Mu dari kezaliman. Terimalah apa yang ada dari shalatku & Jadikan hari esokku dan sesudahnya lebih baik dari saat ini dan hari ini. Muliakan keluargaku. Jagalah waktu jaga dan tidurku, Engkaulah Allah Penjaga Terbaik. Engkaulah Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi.


Ya Allah, aku berlepas diri pada hariku ini dan pada hari-hari sesudahnya dari kemusyrikan dan kekafiran.

Aku ikhlaskan doaku, mengharapkan ijabah-Mu.

Aku senantiasa taat mengharapkan balasan-Mu.


Limpahkan sejahtera pada Muhammad dan keluarga Muhammad serta sahabat - sahabatnya  sebaik-baiknya makhluk-Mu yang menyeru pada kebesaran-Mu. 


Muliakanlah aku dengan kemuliaan-Mu yang tidak pernah punah, jagalah diriku dengan mata-Mu yang tidak pernah tidur.


Tutuplah urusanku dengan kebergantungan pada-Mu.

Tutuplah usiaku dengan maghfirah-Mu. 


Sesungguhnya , Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang


‎         اََمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِيْن


27 March 2021

Benci Dan Sakit Hati?


 Memang kita tak boleh elak jika orang benci dan sakit hati dengan kita.Kadang benda remeh temeh pun jadi sebab rasa ketidakpuasan hati.

Berhadapan dengan orang seperti ini jangan cari siapa salah siapa betul.Kita di pihak yang benar pun nampak salah saja.

Diam, dan cubalah untuk bersabar.
Jika perangainya memang ego, sombong, susah nak terima teguran, biarkan mereka dengan anggapan mereka.Usah dilayan, kerana kita juga yang akan sakit hati.

Doakan agar dibukakan pintu hati, dilembutkan hati agar suatu hari nanti mereka menjadi 'manusia'.



Soal Jawab Tentang Puasa | Fidyah


 














Ladang Dunia...


 Dunia ini sementara sahaja.

Dunia ini ibarat ladang, di sini kita menanam, di akhirat sana kita akan menunai, segala amalan yang kita buat.


Jika baik tanamannya, baiklah hasilnya.Begitulah sebaliknya, kita tidak kekal di dunia, sampai masa akan dijemput pulang.


Maka janganlah tersesat mencari jalan pulang.Jika merasa sedemikian cepat-cepatlah mencari sinarnya kembali, bertaubat dan bermuhasabah diri.



26 March 2021

Dakwah Kerana Followers?


Kejayaan dan kepuasan dalam kita menyampaikan dakwah bukan kerana mengejar like atau followers.

Bukan juga merasa bangga melihat ahli group mencecah ratusan ribu.

Hingga menimbulkan riak dan takabbur.


Jika ini berlaku tajdid balik niat kita itu.

Adakah sekadar nak menunjuk-nunjuk.


Tapi lihat sentuhan dari dakwah kita.

Walau kita ini bukan ustaz atau ustazah tapi posting-posting kita benar-benar menyentuh hati pembaca.Dan alangkah bahagianya ada yang berhijrah menjadi lebih baik dalam kehidupannya.