24 May 2022

Kejar!


Impian itu , satu perkara yang memang kau niat dalam hati untuk gapai.

Memang kau akan usaha sekerasnya untuk capai meski orang cakap ianya mustahil, tak masuk akal.

Kau tetap usaha sebab kau tahu kau mampu.

Kau tak berhenti dek mulut orang.
Kau tak jatuh dek tolakan orang.

Dan kau tak berundur dek hinaan orang.

Kau tahu kau boleh.
Kau tahu diri kau mampu.

Kawan, ingat. .
Impian itu mesti kau kecapi.
Andai ianya separuh jalan, ianya bukan impian tetapi hanya satu angan-angan.

Kejar !

🥀☕️

22 May 2022

Be Yourself


Be honest, you may sleep better.
Be kind, you may be remembered.
Be humble, you may be wrong.
Be forgiving, you may feel lighter.
Be generous, world may reciprocate.
Be optimistic, you may do a lot more.
Be self-aware, you may be seen more.
Be yourself, you will be much happier.

❤️☕️

Good Morning.

21 May 2022

Bangunlah.....


Saat diri hilang arah tanpa tujuan,
Saat diri resah dipagut penyesalan,
Saat diri tersungkur jatuh kerana ujian,

Bangunlah mencari TuhanMu; kerana hanya Dialah yang bisa menjadi penyelesai kepada segala kekusutan yang melanda fikiranmu. Saat kau lemah, dia ada untuk menguatkan dan membangkitkan. 

Usah menjauh, tetapi mendekatlah kepada Tuhan. Kerana Allah terlalu nantikan hamba persis kamu. Yang sedang terkontang kanting hilang punca. Jadi - bangunlah mengadukan segala cerita kepadaNya. Sungguh! Kau kan ketemu jalan dan ketenangan. 

🥀☕️ 

20 May 2022

Teguh Berjalan Di Atas Batu Ujian


Keyakinan yang cukup tinggi bahawa Allah tak akan sia-siakan kita membuatkan kita teguh berjalan atas batu-batu ujian. 

Batu-batu yang keras. Besarnya menghempap. Kecilnya tajam melukakan. Luka kecil dan besar. Kadang berdarah sekejap, ada juga yang berdarah lama. 

Ada pula luka ujian yang dah semakin pulih, luka kembali. Tak kurang ada luka yang baru nak kering, ditusuk berdarah semula. Ada luka yang dahulunya kecil, sekarang makin membesar dan mendalam tikamannya. 

Begitu pun ujian yang kita terima, semuanya untuk membina keyakinan kita bahawa Allah itu ada. Dia yang mahukan kita berdepan dengan ujian itu. Itu cara Tuhan bercakap dengan kita. 

Nak bandingkan ujian kita dengan para Nabi, lebih berat ujian mereka. Inilah cara Tuhan ‘santuni’ mereka, dengan ujian yang maha berat. Supaya yang diuji mengambil pengajaran hidup bahawa kita perlu bergantung segala harapan cuma dengan Dia. 

Sampai nanti hati yang penuh luka ujian ini kita serah sepenuhnya kepada Dia. Kita pulangkan semula hati dengan kesan luka yang kita jahit sendiri, kita ubati sendiri. 

Tanpa ada rengus dan dendam. Namun yang cuma ada adalah senyum tanda kita redha atas setiap ujian. 

Kawan-kawan, bercakaplah pada diri sendiri;

“Allah kan ada.”

𝗍𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀 - 𝗄𝖺𝗆𝗎 𝗆𝖺𝗆𝗉𝗎😉

🥀☕️

Selamat pagi.

19 May 2022

Yaa Rahiim...


Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya.

Jika sesekali kita diuji ;
Jangan pernah merasa terbeban. Tetapi tetaplah mengucap rasa syukur kita padaNya atas nikmat lain yang masih lagi Allah berikan.

🥀☕️

Selamat pagi.

18 May 2022

"Hey, You."


"Jangan bangga dengan keadaan kita yang sekarang. Alhamdulillah, Allah memilih kita untuk berada dalam jalan kekasih-Nya. Tetapi, itu bukan lesen untuk kita mempertikai kebaikan dan keburukan orang lain. Hati-hati dengan rasa bangga diri"

❤️✨

Selamat pagi.

17 May 2022

(2:153)


"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta (menolong) orang-orang yang sabar."

(Al Baqarah: 153)

#quran
♥️☕️

Selamat pagi.

16 May 2022

Open House Keluarga Abi Rahim

 


Siapa yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur hujung minggu yang lepas? Tahniah! Kerana anda telah kembali kepada norma lama sebelum COVID menjengah nagara. 


La, lupa ke? Memang kalau musim raya dan musim rumah terbuka, jalan raya di sekitar ibu kota lebih sesak daripada biasa. Tak tahu kota-kota lain di Malaysia, tapi kalau bukak Google Maps dan pin location KL tu, memanjang la merah kalau hujung minggu. 


Hahahaha. 


Sebut pasal rumah terbuka, ramai yang ambil kesempatan menganjurkan rumah terbuka memandangkan kelonggaran SOP yang diumumkan sebelum hari raya haritu. Banyak juga jemputan yang aku terpaksa tolak sebab tuntutan kerja. Tapi, jemputan rumah terbuka nan satu ni memang tak boleh nak tolak. 


"Kalau tak datang boleh ke?" 

"Datang je la. Ngader." 


Kau rase? 



Istimewanya rumah terbuka ni, rendang kerang hanya pada Aidilfitri. Tapi tu la, dia pergi bakar line dengan hantar gambar rendang kerang yang dah nak habis. Cis! 



Sebahagian daripada jemputan rumah terbuka Abi dan Mama. Masa gambar ni diambil, saya baru sampai. Tak sempat masuk frame! 


Tak apa, there's always next time, kan?



Tada! 



Tada! La, yang aku pandang sane tu dah kenapa? Ada jodoh ke? Hahahaha 



Kalau tak photobomb tak sah! 


Semoga ukhwah yang terjalin ini kekal hingga ke syurga. Insya Allah. 




15 May 2022

Rasa Gagal?


Rasa gagal ?

Tenang. Istighfar. Jangan terburu buru. Duduk dan fikir apa yang patut kita lakukan lagi. Kalau rasa semua benda dah buat tapi masih ada yang kurang maka mintalah pada Allah untuk tegur kita dan mintalah jalan keluar daripada apa yang tersembunyi dengan kesabaran.

🥀☕️ 

Selamat pagi.

14 May 2022

Rasa Baik?

Jangan pernah merasakan diri kita baik, kita hebat, kita tiada salah dan silap.Kita hanya nampak salah dan buruk orang tanpa kita sedar manusia ini tiada yang sempurna.

Hanya orang yang ego saja yang rasa dirinya benar, enggan mengaku kelemahan diri, keras hati meminta maaf dan memaafkan.

Ingat..
Kita nampak buruknya sikap orang dan orang tidak tahu Allah tutup aib-aib kita sehinggakan kita nampak baik dan sempurna.

Hakikatnya tidak begitu.
Sedarlah..

Selamat pagi.

13 May 2022

Syukur...


Seringkali kita hanya melihat satu waktu saat kita sakit dan melupakan 99 kali saat kita sehat. Kapan saja kita kehilangan rasa syukur, maka kita akan kehilangan sifat iman kita." 

- Sheikh Kamaluddin Ahmed -

Selamat pagi.

12 May 2022

Ujian...


Orang cantik, diuji dengan kecantikannya.
Orang pandai, diuji dengan kepandaiannya,
Orang alim, diuji dengan kealimannya.

Kita semua adalah diuji, cuma kita sedar atau tidak. Kalau kita sedar, kita akan sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan.

❤️✨

Selamat pagi.

11 May 2022

Tak Nampak?

Ada masa kita akan memandang jelik pada seseorang kerana tak nampak dia buat banyak amalan soleh. 

Sebabnya amalnya tak tercatat oleh akak naqibah atau abang usrah kita. 

Tak diketahui oleh presiden persatuan atau kelab. 

Facebook, instagram, twitter, tiktok dan segala media sosialnya juga senyap sunyi macam rumah kosong berhantu.

Tapi kita lupa dan sememangnya kita lupa bahawa yang mencatat amalan kita adalah malaikat dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Tentunya bukan kita menanti dia di akhirat kelak untuk menghisab amalannya. Kita akan bawa amalan masing-masing. 

Bertaqwalah.

Sumber : Telegram Hafiz Johar 

Selamat pagi.

10 May 2022

Menunggu Sempurna...


Dalam hidup ni kalau nak tunggu sempurna baru nak buat, memang tak akan jadi apa-apa. 

Nak solat tak perlu tunggu pandai khusyuk baru nak solat. Nak sedekah tak perlu tunggu dah kaya baru nak memberi. 

Nak bagi nasihat tak perlu tunggu jadi ustaz ustazah dulu. Nak bagi, bagi je lah. 

Mudah-mudahan pesanan yang kita bagi akan jadi nasihat untuk diri kita juga. 

🥀☕️ 

Selamat pagi.

09 May 2022

ACTIVE YOUR MIND 🌷


ACTIVE YOUR MIND 🌷 

#terapipagi 
#motivasi 

(إِذَا تُتۡلَىٰ عَلَیۡهِمۡ ءَایَـٰتُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ خَرُّوا۟ سُجَّدࣰا وَبُكِیࣰّا ۩)

Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. [Surah Maryam 58] 

Ketika berada pada satu keadaan yang memaksa untuk menangis, menangislah. Jangan tahan. Bahkan jika tak menangis kita akan sakit. Menangis tak selalunya menunjukkan kelemahan. Itu silap. Terkadang keadaan memaksa juga untuk mengalirkan juga air mata kita. 

Sehingga ada pendapat dan kajian saintifik menceritakan tentang banyaknya kelebihan dan manfaat daripada tangisan.

Tangisan yang paling baik ialah tangisan takutkan Allah. Takutkan azab-azab Allah. Takut tidak memperoleh rahmat dan kasih sayang Allah. Itulah tangisan yang terbaik. Kita sebagai muslim sangat digalakkan untuk menangis kerana takutkan Allah.

Selamat pagi.

08 May 2022

Boleh Curiga?


Curiga memang tidak boleh.
Tapi sekali ini, curigalah...

Curiga dengan hati yang merasa
Berhasil dalam Ramadhan

Jika boleh memilih antara dua
Ahli ibadah yang telah beramal
Dengan ahli maksiat yang berusaha taubat

Maka, lebih aman memilih yang kedua

Ust. Nasrullah - Magnet Rezeki

Selamat pagi.