Rasulullah SAW Enggan Solatkan Jenazah
عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تُوُفِّيَ يَوْمَ خَيْبَرَ فَذَكَرُوا ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ فَتَغَيَّرَتْ وُجُوهُ النَّاسِ لِذَلِكَ فَقَالَ إِنَّ صَاحِبَكُمْ غَلَّ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَفَتَّشْنَا مَتَاعَهُ فَوَجَدْنَا خَرَزًا مِنْ خَرَزِ يَهُودَ لَا يُسَاوِي دِرْهَمَيْنِ
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani bahawa seorang sahabat Nabi SAW meninggal dunia pada hari peperangan Khaibar. Kemudian sahabat memberitahu hal tersebut kepada Rasulullah SAW. Lalu baginda bersabda: "Solatkan sahabat kamu itu!". Maka berubah wajah para sahabat kerana mendengar sabda tersebut. Lalu baginda menegaskan: "Sesungguhnya sahabat kalian telah berbuat khianat di jalan Allah." Kemudian kami segera memeriksa barang-barangnya, dan kami menjumpai perhiasan milik orang Yahudi yang harganya tidak sampai dua dirham. (HR Abu Daud No: 2335) Sanad Tsiqah
Pengajaran:
1. Setiap harta yang kita miliki perlu dipastikan bersih dan halal hasil dari sumber yang benar dan baik.
2. Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah sahabat yang mengambil harta yang bukan haknya walaupun nilainya kecil (tidak sampai 2 dirham atau lebih kurang RM 2.00).
3. Perbuatan ghulul iaitu mengambil harta yang berkaitan dengan hak orang lain atau dengan cara menzalimi orang lain seperti rasuah, mencuri, harta rompakan, menipu atau sebarang sumber yang haram.
4. Menurut al-Nasafi, ghulul adalah apabila seseorang mengambil sesuatu dengan sembunyi-sembunyi ( ‘Abd Allah bin Ahmad, Tafsir al-Nasafi, h.191). Dengan kata lain segala macam bentuk pangambilan dan penyimpangan harta, seperti rasuah, penipuan, manipulasi dan mencuri, termasuk perbuatan ghulûl. Kalimah ghulul secara umum digunakan untuk setiap pengambilan harta oleh seseorang secara khianat, atau tidak dibenarkan dalam tugas yang diamanahkan kepadanya.
5. Larangan mengambil harta yang bukan hak ini walaupun nilainya kecil sehingga menyebabkan Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan, enggan mendoakan untuk pengampunan dan keselamatan untuk jenazah tersebut menunjukkan baginda sangat marah dengan perbuatan itu.
6. Jika nilai harta yang sekecil itu Rasulullah SAW tidak mahu menyembahyangkan jenazah tersebut apa lagi kalau jumlah yang lebih besar.
Jauhi mengambil harta dengan cara yang batil seperti rasuah.
semua kena jaga
ReplyDeleteAllah... tq ingatkan...!!
ReplyDeleteAllah.. terima kasih atas peringatan dan teguran ini..
ReplyDelete