Sesungguhnya kita semua dituntut untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa berbuat kebaikkan didalam kehidupan....
Namun kita dilarang sama sekali untuk merasa yg diri kita ini sudah baik atau sempurna dan memandang org lain lebih rendah dan hina dari kita.
Apa yg harus kita rasakan ialah apabila melihat org yang lebih muda dari kita maka katakanlah dia lebih mulia dari ku kerana dosanya sedikit berbanding dengan yang lebih tua darinya.
Jika bertemu org yang lebih tua pula katakan dia lebih mulia dariku kerana pahalanya lebih bnyk berbanding dengan ku .
Jika bertemu org jahil pula katakn dia berbuat dosa dalam keadaan jahil sementara aku berbuat dosa dlm keadaan mengetahui maka dia juga lebih mulia dariku.
Ini kerana kita tidak pasti bagaimanakah pengakhiran hidup kita ini husnul khatimah atau su' ul khatimah.
Ingat sahabat dalam apa keadaaan kita ini sebagai hamba Allah bukan seperti makhluk Allah yang lain, kita di beri amanah untuk untuk menjalani kehidupan sementara di dunia ini sebagai hamba Allah dan khalifah.
Jom audit diri dan lihat aktiviti kita setiap saat kearah ketaatan atau kemaksiatan.
Janganlah Kita menzalimi diri dan tidak melakukan tanggung jawab sebagai hamba dan berjalan di muka bumi dengan sombong dan angkuh.
Semoga kita sentiasa berfikir apakah kita ini bersyukur atau kufur. Jom kita sama2 betulkan akidah dan keimanan kita dengan amalan menurut perintah Allah dan hindarkan dari maksiat.
Semoga kita sering menangis dan bertaubat....
Semoga kita sentiasa mencari ilmu bukan berita....
Semoga kita sering Melihat diri bukan melihat orang....
Semoga kita sentiasa Menjaga hati kita dari riak, takabbur, dan hasad dengki.....
Jom kita zikir, baca Quran, tadabbur Quran, jaga solat dan bayangkan yang Allah itu sedang melihat kita dan ingat lah malaikat itu sentiasa mencatat setiap amalan kita.
Semoga kita beramal dengan ilmu dan fahami hikmah setiap amalan supaya kita sampai ke tahap merasa hampir dengan Allah.
InsyaAllah Allah sampaikan hajat kita dan di pelihara hati supaya suka berbuat baik.
Semoga kita sentiasa mendapat pahala dan rahmat dalam setiap kebaikan yang dilakukan.
Semoga kita termasuk golongan beruntung yang mendapat pahala.
Semoga kita mengikhlaskan diri dalam apa amalan dan bagi yang bekerja jom kita kerja untuk melaksanakan tujuan hidup.
Jom jaga akhirat kita dan insyaAllah urusan dunia kita di pelihara Allah. Bantuan Allah akan selesaikan kemelut kehidupan kita. Jom basahkan lidah dengan zikrulllah dan hati sentiasa bersama Allah walau tubuh fizikal kita bersama dengan manusia.
Ingatlah walau Sekalipun dia pelaku " maksiat " , tidak semestinya dia PENGHUNI NERAKA . Sekalipun dia " ahli " ibadah , tidak bermakna dia PENGHUNI SYURGA .. hanya Allah yg mengetahui .. kita sebagai hambaNYA , sentiasa lah berbuat baik :)
Sesungguhnya Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
Sabda Rasulullah SAW :
“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh redha Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.
Ya Allah semoga kami semua tergolong dalm golongan husnul khatimah.Aamiin....
takkan rugi org yg buat kebaikan sama ada utk diri snediri atau org lain
ReplyDeleteya buat baik ramai sayang ... kan
ReplyDeleteGreat sharing. Selamat beramal
ReplyDeletebetul...aminn ya rabbal alamin
ReplyDeletesemoga kita sentiasa beringat dah sentiasa terpelihara
ReplyDelete