16 February 2019

Hujung Minggu di Kuala Selangor. Seronok! Rasa Macam Nak Repeat!


Seminggu ABM tak update blog, kerana kekangan waktu. Banyak kerja yang perlu ABM selesaikan, di sebalik banyak aktiviti yang ingin ABM kongsikan bersama pembaca. 

Better late than never, kan? 

Hari ini, ABM ingin berkongsi tentang pengalaman ABM bersama rakan-rakan ke Bukit Melawati, Kuala Selangor. Kami ke sana atas jemputan rakan ABM yang tinggal tidak jauh dari situ. Kami bertolak dari Puchong Perdana, kerana salah seorang rakan kami ada program di sana pada sebelah pagi. Jadi kami bergerak di sebelah petang, menjelang waktu senja. 


Gambar ini diambil ketika dalam perjalanan ke sana. Matahari cantik, kan? 

Kami sampai di sana lebih kurang jam 6 petang. Kami solat Asar secara qasar sebelum keluar semula untuk ke Bukit Melawati. 


Lihat siapa yang menanti kami. Hai kawan!


Ni ha orangnya yang ada program di Puchong Perdana tu. Aktif menjadi sukarelawan. Masih bujang, dan sedang mencari. Jika mahu, sila PM. 

ABM? Kbai. 


Kami 4 orang. Cukup korum! 


Masa kami sampai, matahari sudah mahu mengundurkan diri. Senja pun mula melabuhkan tirai. Orang ramai telah mula pulang. Kami pula yang sampai lambat. Hikhik. 

Cantik sunset di sini. 

Menurut sejarah, di sinilah tentera Belanda bertempur melawan Sultan Ibrahim dalam usaha mereka menawan Selangor suatu ketika dahulu. Ya, usaha mereka berjaya. Namun setahun kemudian, kota ini ditawan kembali oleh Sultan Ibrahim. 

Banyak lagi kisah kota ini yang ramai anak muda tidak ambil pusing. Sesuatu yang sangat rugi kerana tiada mereka, maka tiada kita. 


Kami. Tengok tu, selamba je ABM lepas kaki. Hihi.

Perjalanan diteruskan dengan meneroka satu lagi tarikan di Kuala Selangor ini iaitu kelip-kelip di Kampung Kuantan. Tidak jauh dari sini, ia dibuka dari jam 7.30 hingga 10.30 malam. Jadi kami ambil kesempatan ini untuk solat dan makan dahulu sebelum meneruskan perjalanan. 


Nasi goreng paprik. Sirap bandung. Okey la tu. Kiranya ABM tak IF la hari tu. Lapar siot. Hahaha 


Untuk merasai pengalaman melihat kelip-kelip ini, ada perlu mendapatkan perkhidmatan bot yang disewa dengan kadar RM50 sekali jalan. Bot tersebut boleh muat sehingga 4 orang dalam satu-satu masa. Namun jika anda ingin 'dating' (?) boleh je berdua. Tak ada masalah pun. 




Muka-muka excited nak tengok kelip-kelip. Huhuhu 





Seronok betul! Rasa macam nak repeat! 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI