31 May 2019

Buang Straw dan Mood Republik


Hati terdetik ingin meluahkan sesuatu pada hari ini.

Pertama, pasal penggunaan straw plastik. Kedua, pasal Mood Republik.

Wow! Panas betul kedua-dua isu ini ek? Ye la. Isu ini, terutamanya isu straw, memang popular sepanjang bulan Ramadan ni.

Salut kepada mereka yang membawa bekas sendiri, botol minuman sendiri untuk membeli juadah di bazar Ramadan. Saya akui, ada beberapa orang di kalangan kawan saya yang mengamalkan Go Green sebagai gaya hidup mereka. Sedikit sebanyak, ia mempengaruhi saya untuk menjalani gaya hidup seperti mereka.

Ya, saya tak marah. Malah saya menyokong walaupun saya belum lagi mengikuti seratus peratus gaya hidup sebegitu.

Bekas tupperware pun baru beli satu. Straw besi pun baru beli minggu lepas. Slow-slow, eh?

Namun, apa yang membuatkan saya triggered pagi ini ialah apabila saya buka Twitter, ada satu video di mana ada orang ingin mengamalkan gaya hidup sebegini. Ya, saya tak marah. Cara dia buat tu yang saya marah.

Kau taknak guna straw plastik. Kenapa kau ambik straw tu at the first place? Tu satu.
Kau buang straw tu ke hutan, untuk digantikan dengan straw besi. Itu dah apahal doh?

Ha, kan dah keluar bahasa rempit. Hahahaha

Nak amalkan, amalkan betul-betul. Jangan kau setakat 'amalkan' di sosial media je. Buat video macam tu. Buat kena kecam je. Siapa yang malu?

Saya ada RT video tersebut. Boleh tengok di Twitter saya.

Okey, dah habis bebel pasal straw. Sekarang nak bebel pasal Mood Republik pulak.

Dari dulu lagi saya memang tak berapa berkenan dengan konsep Mood Republik buat event. Buat orang tunggu sampai bersesak-sesak bagai, taburkan duit dan orang ramai berebut-rebutkan duit tu, juga suasana yang kurang mesra pengguna.

Jujur. Saya tak pernah ke event macam tu. Hanya sekadar memerhati di media sosial. Itu sahaja. Namun lama-kelamaan, keluhan dan rungutan daripada mereka yang pernah terlibat dengan event sebegitu mula beredar di media sosial.

Macam-macam la. Macam-macam. Sampai dah tak larat nak ingat.

Yang kelakarnya, setiap tahun rungutan yang hampir sama. Apa mereka ni tak ambil iktibar? Tak perhalusi teguran demi teguran yang dibuat?

Saya yakin lepas ni mereka mungkin akan block saya daripada semua media sosial mereka. Tak kisah pun. Saya tetap akan boleh baca segala rungutan, keluhan mereka ini, selagi mereka berasakan mereka teraniaya dan perlukan pembelaan.

Banyak pula saya bebel hari Jumaat ni. Dah la. Stop dulu. Nanti kalau ada bahan lagi saya bebel lagi. Eh.

27 May 2019

ESQ FOR MAHASISWA : DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN


MEMBANGUN JIWA YG KENTAL BAKAL PEMIMPIN MASA DEPAN NEGARA
ESQ FOR MAHASISWA SPECIAL RAMADHAN 2019



TINGGAL 2 HARI LAGI.. 🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
Alhamdulillah kesempatan bulan ramadhan yg mulia ini.. Kami dari ESQ membuka peluang yg jarang2 kami lakukan khusus untuk para belia SISWA/SISWI istimewa di bulan yg penuh berkah ini..
Pengisian training selama 2 hari yg penuh makna bagaimana untuk kita menerokai potensi diri serta memahami jelas STRONG WHY bagi seseorang pelajar yg kelak akan masuk ke alam pekerjaan dan kehidupan yg lebih mencabar..
Oleh itu bagi anda yang berminat dan mahu mengetahui program ini secara lengkap boleh sertakan nama anak2/rakan2/belia2/Siswa&Siswi di link group di bawah..
Jom kita isi Ramadhan tahun ini bersama ESQ:
. 
INFO PROGRAM
📆 29-30 May 2019
🕐 8.30AM - 7.00PM
📍Dewan Amazing Hall, Office ESQ di MSQ (Metropolitan Square) Damansara Perdana. 
👨🏻‍💼Facilitator : Pak Fir & Abam Fadh

PERHATIAN!
. 
#1. Program hanya untuk yg berumur 18-21thn
#2. Peserta Terhad 40 pendaftar terawal sahaja
#3. Peserta harus commit hadir penuh Program sehingga selesai. 
#4. Program 2 hari ini BERBAYAR

Harga untuk Program ini adalah:-
💎Include Berbuka (RM 420/pax)
💎Without Berbuka (RM380/pax)

Sila klik link di bawah untuk pembayaran:-