22 November 2018

Hunus parang sebab tak puas hati markah SKT?



Hunus parang sebab tak puas hati markah SKT?

Pada yang belum tahu, SKT tu bermaksud Sasaran Kerja Tahunan. Ia adalah sebahagian daripada Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang wajib disediakan oleh kakitangan kerajaan pada hujung tahun.

Laporan perlu disediakan bagi menilai prestasi staf itu sendiri. Selain itu, ia juga menentukan kesesuaian dan kelayak untuk kenaikan pangkat, pemangkuan pinjaman dan pertukaran sementara, juga untuk pergerakan gaji tahunan. Itu yang orang nampak sebenarnya. Hehehe.

Markah diberikan kepada staf bersesuaian dengan prestasi staf tersebut sepanjang tahun tersebut. Jika 'perform', markah tinggi akan diberikan dan begitu juga sebaliknya.

Namun bercakap memang semudah ABC. Ada juga staf yang tidak puas hati apabila markah SKT tidak memuaskan hatinya. Pada mereka, mereka sudah melakukan yang terbaik. Padahal, markah diberikan dari banyak aspek. Kehadiran, keberadaan, semangat kerjasama, komitmen san sebagainya.

Namun, bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. Ada orang marah bila dapat markah SKT rendah. Sedangkan dalam masa yang sama, mereka tidak berikan prestasi yang memuaskan.

Walaupun alasan telah diberikan, dia masih tidak berpuas hati. Walhal, markah yang diberikan bukannya rendah sangat. Dan sikap staf itu sendiri yang sukar menerima teguran orang lain membawa kepada kes hunus pedang.... eh, parang.

Jadi, jangan terkejut la kalau hujung-hujung tahun macam ni ada kes-kes mengarut macam ni. Korang kena faham satu benda. Markah SKT, kalau kurang dari 80, akan ada masalah dalam pergerakan gaji. Mungkin sebab itu yang dia mengamuk tu.

Sepatutnya, kita jadikan markah SKT ni sebagai kayu ukur untuk kita perbaiki diri kita. Mana yang kurang tu kita tambahbaik dan perbaiki. Mana yang dah okey tu, kekalkan dan jagalah ia sebaiknya. Tak payah sampai nak hunus parang segala. Daripada eolk 80 markah, terus jadi 50 markah. Lagi haru! 


13 August 2018

Warisan Bangsa



Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



Semoga semangat kebangsaan dan semangat patriotisme yang disemai tidak terkubur selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan. Biarlah ia kekal hingga ke akhir usia. Aamiin... 


02 July 2018

"Biasalah, budak-budak."



"Biasalah, budak-budak."

Selalu dengar perkataan ni, kan?

Perkataan ni kembali viral dan popular bila musim raya kali ni. Namun ia datang bersama cerita yang kurang enak.

Secara umumnya, ia tentang anak-anak yang buas tahap Nauzubillah dan ibu bapanya yang bersikap seakan menghalalkan tindakan anak mereka, sehingga terjadi kemusnahan dan menyusahlan orang lain.

Kes anak rendam kucing sehingga mati.
Kes anak langgar tv plasma 2 bulan baru beli.
Dan yang terkini,
Kes anak-anak bagi makan ikan di kolam sampai habis isi. Sampai ikan tu mati.

Dan semua ini berlaku semasa kunjungan mereka dan keluarga mereka ke rumah terbuka, beraya di rumah sanak saudara dan sahabat handai.

Hari raya, gais. Hari yang sepatutnya kita bermaafan sesama.

Tapi kalau jadi macam ni, aku tak rasa tuan rumah akan memaafkan. Silap-silap, perang dingin 13 tahun.

Kita? Hanya mampu berhuhu.

Aku rasa kita perlu renung dan hayati balik adab berkunjung ke rumah orang lain. Jangan salahgunakan ayat "buatlah macam rumah sendiri." tu untuk kita benarkan anak-anak jadi macam badut sarkis.

Dan jangan salahgunakan ayat "biasalah, budak-budak."

09 June 2018

Jangan Sombong. Kenapa?



No automatic alt text available.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai gunung ganang.

Maha Benar Allah Dengam Segala FirmanNya."

Surah Al Israa' ayat 37

08 June 2018

Daun





Tinta Sufi:
Daun.
Kalau dimakan ulat, menjadi sutera.
Kalau dimakan lembu, menjadi daging.

Nasihat.
Kalau jatuhnya di atas hati yang putih, menjadi penawar yang berguna.
Kalau jatuhnya di atas hati yang hitam, menjadi racun yang berbisa.
Musibah.
Kalau menimpa hati yang bersih, menjadi asbab muhasabah.
Kalau menimpa hati yang kotor,
menjadi asbab resah gelisah.
Begitulah.
Benda yang sama.
Sumber yang sama.
Hasilnya menjadi lain-lain.
Tak perlu tengok orang lain.
Tengok diri kita.
Bila diberi nasihat, apa khabar hati dan jiwa?
Tunduk mengangguk taat atau benci meronta-ronta?

Bila ditimpa musibah, kita bagaimana?
Mengamuk dan resah gelisah atau redha terima takdir-Nya?
Sungguh semuanya berbalik pada titik yang sama;
Hati.
Kalau Allah ada di hati kita,
Apa pun yang diterima, indah belaka.

والله اعلم.


Jumaat mubarakah

#

06 June 2018

{FAMILIA}





{FAMILIA}

Sebahagian kecil daripada keluarga spiritualku. .
.
.
.
.
Aku bukan seperti mereka yang bisa memberi melalui kata-kata.

Namun aku punya tenaga yang bisa kuguna hingga akhir masa.
Dan itulah saham dan hartaku di dunia.
Yang akan kugadai demi meraih cintaNya.
Dalam usaha untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
.
.
.

Doakan aku. Doakan kami.
Doakanlah semoga kami di dalam gambar ini
Sentiasa mampu dan mahu memberi
Sehingga nafas terhenti. .
.
.
aamiin.
#esq165malaysia
#esqtraining
#mcb
#sc2
#komplekstabunghaji
#weekend
#adindabaizuramazlan

14 May 2018

Cerita Minggu Pilihanraya Mei 2018



Sebenarnya minggu lepas ada upload video aktiviti minggu sebelumnya di Youtube. 

Tapi kena block sebab guna lagu copyright. Tu la, siapa suruh pakai satu lagu je sepanjang video? Kan dah kena. Hahaha

Jadi, minggu ni ada upload video aktiviti minggu lepas. So enjoy ya! 




07 May 2018

Sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ini?





Sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ini?

Kadangkala kita berasa diri kita kosong, tanpa ada sebab yang kukuh.

Sehingga kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang kita telah lakukan sebentar tadi sehingga kita terasa sebegitu kosong.

Ini kerana kita belum temui lagi kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar.

Kita lupa apa tujuan kita hidup iaitu untuk beribadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Apa sahaja yang kita rasa samada bahagia atau sengsara, kuncinya adalah dengan kembali kepada ALLAH.

Akhirnya kita akan temui apa yang kita cari selama ini apabila hati kita diikat pada tali ALLAH.

Kita memerlukan ALLAH dalam hidup kita sedangkan ALLAH tidak memerlukan sesiapa.

Siapa kita tanpa Tuhan yang mencipta?

Di mana kita layaknya jika ALLAH tiada di hati?

05 May 2018

ESQ Sabah : 28-30 April 2018



Hujung minggu lepas, aku ke Sabah bersama team ESQ untuk untuk menjayakan training Personal Transformation Program di Kota Kinabalu. Excited pun iye juga namun dalam masa yang sama sedikit sedih sebab tak dapat join MCB Sc2 di Bangi. Tapi, tak apalah, kan? Sebab kat sini pun best juga. 

Setiap moment indah di sana terpatri dalam 3 video yang berbeza. Nak tahu? Jom tengok video ni ramai-ramai. 

*senyum* 





Enjoy? 

Buat mereka yang berada di Sabah, program seterusnya iaitu ESQ Parenting akan diadakan di Klagan Hotel, KK pada 26 Mei 2018. Bulan puasa? Jangan risau. Tawaran khas hanya untuk training kali ini sahaja iaitu iftar bersama trainer ESQ. 

Best kan?

Mahu daftar? Lawati Facebook ESQ Sabah 165 untuk maklumat lanjut. 

02 May 2018

Baik Baik...





Baik, baik, aku akan menghadap Dia
Menyerahkan diri dan segala dosa
Tapi jangan tentang lagi aku
Nanti darahku jadi beku

Jangan lagi kau bercerita
Sudah tercacar semua di muka
Nanah meleleh dari muka
Sambil berjalan kau usap juga

Bersuara tiap kau melangkah
Mengerang tiap kau memandang
Menetes dari suasana kau datang
Sembarang kau merebah

Mengganggu dalam mimpiku
Menghempas aku di bumi keras
Di bibirku terasa pedas
Mengaum di telingaku

Baik, baik, aku akan menghadap Dia
Menyerahkan diri dan segala dosa
Tapi jangan tentang lagi aku
Nanti darahku jadi beku

~ Chairil Anwar

05 April 2018

AKU INGIN MENJADI ORANG KUAT ITU.



AKU INGIN MENJADI ORANG KUAT ITU.



Orang kuat itu
Bukanlah yang mampu 
Menahan bulldozer
Mangangkat 5 kerusi dalam satu masa
Menarik kenderaan lebih besar darinya

Orang kuat itu
Yang mampu menahan amarah 
Kala situasi semakin mencengkam
Tika orang terus mengasak
Dan bila dunia tak lagi memihak padanya

Dunia kau di mana?
Di hati?
Atau di tangan?

Bila dunia di tangan
Kau takkan tergugat
Dengan apa jua halangan

Insya Allah


29 March 2018

DIAMOND IN YOU


.
Kau cantik
Kau menarik
Kau memang da bomb la
.
Eh, macam lirik lagu
.



Mahalkan dirimu, sayangku
Jangan kau pijak maruahmu sendiri
Pada mereka yang tak sudi
Yang pada akhir hari
Kau yang merana nanti
.
Airmatamu terlalu mahal untuk dunia
Jiwamu terlalu berharga untuk kau siakan kerana isinya
Hatimu bukan milikmu tapi milik yang Maha Esa
.
Kau pun tahu, kan?
.
Melemah seketika
Tak mengapa
.
Tapi jangan melemah lama
.
Kerana sang Mukmin itu
Kuat semangatnya
.
Hidup kita juga tidak lama
.
.
.
Bangkit yea, sayangku?

22 March 2018

Seronok sangat





Seronok sangat.
Bila kita cakap kita sedikit penat,
Tapi orang persoal apa yang kita buat.

Nanti bila tiba detik dan saat
Kamu, kamu, kamu akan ternganga tak hengat
Bila tengok apa yang aku buat
Yang sampai letih dan penat

Orang yang sibuk buat kerja tu dia tak banyak cakap. Dia biarkan kejayaan yang jadi jurucakap dia.
Saat itu lebih manis sebenarnya.

Kbai

18 March 2018

KAU DAH KENAPA?



Kau mahu orang faham kau,
Kau sendiri tak nak faham orang. 

Kau mahu orang selalu dengan kau,
Kau sendiri hilang entah ke mana. 

Kau mahu orang setia dengan kau,
Kau sendiri tak faham apa maksud setia.

Kau mahu orang selalu memberi pada kau,
Kau sendiri, ada pernah memberi? 

Kau mahu orang sayang kau sorang je,
Kau sendiri rimas dengan kehadiran dia, 

Satu je soalan aku,

KAU DAH KENAPA?

15 March 2018

Mereka Boleh, Kenapa Kita Tidak?



Pagi tadi saya ada share sesuatu di Twitter. Nak tahu apa dia?










Ramai sebenarnya yang kurang daya fizikal seperti lelaki ini. Ada yang menerima 'anugerah' seperti ini sejak dilahirkan. Ada juga yang mendapatkannya setelah kemalangan atau ditimpa bencana alam.

Namun apa yang pasti, mereka bangkit dari kejatuhan dan menjadi somebody. Sedangkan kita yang satu ketika dahulu memperkecilkan mereka, masih berada di tempat yang sama.

Tak malu ke?