02 July 2018

"Biasalah, budak-budak."



"Biasalah, budak-budak."

Selalu dengar perkataan ni, kan?

Perkataan ni kembali viral dan popular bila musim raya kali ni. Namun ia datang bersama cerita yang kurang enak.

Secara umumnya, ia tentang anak-anak yang buas tahap Nauzubillah dan ibu bapanya yang bersikap seakan menghalalkan tindakan anak mereka, sehingga terjadi kemusnahan dan menyusahlan orang lain.

Kes anak rendam kucing sehingga mati.
Kes anak langgar tv plasma 2 bulan baru beli.
Dan yang terkini,
Kes anak-anak bagi makan ikan di kolam sampai habis isi. Sampai ikan tu mati.

Dan semua ini berlaku semasa kunjungan mereka dan keluarga mereka ke rumah terbuka, beraya di rumah sanak saudara dan sahabat handai.

Hari raya, gais. Hari yang sepatutnya kita bermaafan sesama.

Tapi kalau jadi macam ni, aku tak rasa tuan rumah akan memaafkan. Silap-silap, perang dingin 13 tahun.

Kita? Hanya mampu berhuhu.

Aku rasa kita perlu renung dan hayati balik adab berkunjung ke rumah orang lain. Jangan salahgunakan ayat "buatlah macam rumah sendiri." tu untuk kita benarkan anak-anak jadi macam badut sarkis.

Dan jangan salahgunakan ayat "biasalah, budak-budak."