25 February 2019

Review Buku : Fiqh Zakat Malaysia Oleh Hasan Bahrom, Abd Halim Mohd Noor, Rawi Nordin



Kecoh sektika negara ini apabila ada pihak yang meletakkan golongan LGBT sebagai golongan riqah yang layak menerima zakat. Namun begitu, hanya sebilangan kecil yang memahami makdus sebenar istilah tersebut. 

Sebenarnya masyarakat Islam di negara ini masih ramai yang belum terdedah dengan fiqh zakat. Sedangkan sebagai seorang Muslim, ia menjadi sebahagian daripada pengetahuan yang mesti dimiliki. 

Apa yang membezakan buku Fiqh Zakat Malaysia dengan buku yang lain ialah, terdapat beberapa poin tambahan semasa yang sedikit melengkapkan buku ini seperti sistem pengurusan, perakaunan, pengauditan dan isu-isu semasa. 

Dengan ulasan secara sederhana dalam membicarakan perkara yang agak berat, idea yang hendak disampaikan dapat difahami dengan mudah oleh pembaca.