29 September 2020

Setelah 10 Hari...


Dah 10 hari tak jenguk blog. Sibuk sangat ke? 

Sibuk la juga. Hakhak. 

Ada training ESQ in-house, kemudian ambil cuti untuk rehatkan badan. Memang biasanya begitu. Kalau tak, masuk kerja nanti badan jadi lemau macam kangkung rebus. Hahaha. Tak nak la macam tu. Saya ni staf berdedikasi tau! 

Ah gitchu. 

Kemudian kerja dan kerja yang tak pernah habis. Namun aku bersyukur. Kerana di zaman pandemik ini, yang mana kadar pengangguran agak tinggi, aku masih ada kerja. Alhamdulilah. 

Tersentak seketika apabila banyak mall di Kuala Lumpur mencatatkan kes COVID-19. Berasa prihatin (dan panik juga sekejap) sebab masa cuti tu, aku ke Avenue K untuk makan sushi dan jalan-jalan sekitar KLCC. Alhamdulilah tak ada apa-apa yang buruk terjadi. 

Korang pula? Buat apa tu?



 

2 comments:

norhidana said...

hujung minggu memang elakkan ke tempat shopping complex atau pasaraya yang sesak, banyak memerap di rumah akak nih

Misya said...

Sibuk juga. hehe. moga kita semua dijauhkan dari wabak COvid19. Today is the last day to join my GA! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html