31 January 2019

Siapa Kita Selepas Mati?



Tenung gambar di atas ini dan jawab soalan ini.. 


1) Di mana duit yg membuat kamu menunjuk merasa diri hebat?



2) Di mana cantik rupa yg membuat kamu bangga dan sombong?



3) Di mana kereta mewah yg membuat kamu berlagak?



4) Di mana sijil taraf pendidikan tinggi yg membuat kamu memaki org yg kurang ilmu pengetahuan?



5) Di mana orang yg kita anggap selama ini yg sentiasa di sisi kita?



6) Secantik manakah rupa kita di dalam kubur?



7) Di mana harga kekayaan yg diperolehi dengan cara menjatuhkan orang lain?



Ada baiknya bila kita kaya di dunia, ada baiknya bila rupa kita cantik tetapi biarlah sifat berperikemanusiaan itu sentiasa menjadi keutamaan di dalam hidup kita...



Janganlah memperlekeh menghina menjatuhkan orang lain kerana inginkan kekayaan semata-mata. Kerana di tanah kubur org kaya dan miskin tiada bezanya apabila semua taraf, rupa dan kekayaan menjadi sama rata. Ketika itu hanya dosa dan pahala di dunia yg akan berbeza.



Tubuh badan kita selepas mati:



3 hari selepas mati kuku mulai tertanggal.


4 hari selepas mati rambut tertanggal dari kepala dan seluruh badan tertanggal rambut dan bulu.


5 hari selepas mati anggota dalaman dan luaran yg membawa kita ke arah dosa mulai mereput.


6 hari selepas mati kulit mulai mereput.


60 hari tiada yg tinggal melainkan tulang sahaja.



Jadi:

Mengapa terlalu bangga?

Mengapa terlalu riak?

Mengapa terlalu sombong?

Mengapa terlalu pentingkan diri?

Mengapa terlalu dengki?

Mengapa terlalu kejam?



Adakah kamu berfikir diri kamu itu adalah milik kamu sendiri? 

Tidak..kerana akhirnya badan kamu sendiri juga tidak akan menjadi milik kamu.

Kesimpulannya apa salahnya kita merendah diri? 

Apa salahnya kita menyebarkan kasih sesama manusia?



Kita hidup di atas takdir Nya. 



Kongsikan ini dan bersama kita sebarkan kasih dan kesedaran sesama kita agar sentiasa bersyukur atas kehendak dan takdir yg sudah ditentukan oleh Nya.

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


Kursus Pembentukan Imej Profesional @ ILD Perak


Habis je bercuti di Port Dickson, ABM terus bersiap untuk ke ILD Perak untuk berkursus. Belum pernah lagi la ABM ke sana pada hari cuti... eh ada. Masa induksi haritu. Tapi, sekali tu je la. 

Biasa la, kalau ke ILD, tak sah kalau tak singgah makan kat Tapah. Memang kena dinner kat sana pun sebab tiada dinner di ILD. Ahaks! 

Hari pertama, memang kami diajar banyak tentang pembentukan imej profesional. Baru ABM tahu yang selama ini, attire yang ABM kenakan untuk bekerja, rupanya hanyalah pakaian kasual. Banyak ABM nak kena ubah ni. Hukhuk. 


Sebahagian daripada peserta yang hadir. Tukang ambik gambar itu adalah penceramah kami, Puan Fara. Pustakawan dari UiTM Jengka, Pahang. 


Saje buat muka comel masa ni. Sekali ada orang photobomb pulak. Uhuk uhuk. 

Maka ini menjawab soalan la ke mana ABM menghilang hampir seminggu ni. Alahh alahh alahhh. Nanti ABM belanja #LaguKartun ek? Hikhok. 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


31/365


30 hari sudah berlalu sejak ABM bertukar jabatan. Bertukar pejabat. Bertukar lokasi jabal rummat. Macam-macam yang ABM belajar. Dari sistem, kepada polisi. Daripada sikap, kepada perangai rakan sekerja. Daripada peel bos, hingga peel pelajar. 

Bukanlah semuanya serba baru buat ABM, kerana di pejabat lama juga, suasana tidak jauh berbeza. Namun mungkin disebabkan saiz library di sini lebih besar dan statusnya sebagai perpustakaan utama, tekanan tu lebih sikit. 

Masa ABM mula-mula masuk ke sini, pelajar semuanya dalam mood peperiksaan jadi kesibukannya tidaklah terlalu ketara. Kita tunggu je nanti bila pelajar masuk kembali bulan depan. 

Konvo pula bulan 3 atau bulan 4 nanti. Pasti kami akan lebih sibuk sebab masa tu la jumpa peel yang lebih dahsyat, bak kata senior kat sini. Kata mereka, ABM harus bersedia fizikal dan mental. Ada masa sebulan lebih lagi untuk ABM bersiap siaga. Macam nak berperang pula. 

Bulan Januari ni pun memang tak ke mana-mana untuk training ESQ, memandangkan memang tiada training Public yang diadakan di Selangor. Bulan depan baru ada. Anda nak tahu apa pasal ESQ? Boleh klik SINI

Berita sedih yang ABM terima bulan ini, apabila bos lama ABM masa ABM kerja di Ampang dulu, dimasukkan ke wad ICU Hospital Putrajaya. Sampai sekarang dia masih tidak sedarkan diri. Doktor terpaksa tidurkan dia sebab kalau dia dalam keadaan sedar, banyak benda yang dia fikir, di mana keadaan itu akan menjejaskan kesihatannya. 

Apapun, 31/365. Hari esok dan akan datang, pasti lebih mencabar. Moga Allah sentiasa berikan ABM dan orang sekeliling petunjuk, semoga kami terus berada di jalanNya yang benar. Aamiin Yaa Mujiib. 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


30 January 2019

Review Buku : Dreamcatcher Oleh Maya Adira




Dua insan, bersatu atas ikatan pernikahan yang diatur keluarga. Amni, mudah menerima dan mudah menyinta. Sedangkan Khalid, menutup pintu hatinya demi sebuah kisah dan sebuah rahsia yang takkan dia buka. 

Walaupun diperlakukan tidak sepatutnya seperti seorang isteri, Amni masih menjalankan tanggungjawabnya. Tekadnya, selagi talak belum terlafaz, selagi itu dia akan terus berjuang mendapatkan cinta Khalid sehingga habis nafas. 

Keadaan menjadi kecoh apabila Syafiqa, yang sememangnya menyimpan rasa terhadap Khalid, mengambil kesempatan di atas kepincangan rumahtangga yang dialami mereka. Sampai satu tahap, rasa yang ada pada Syafiqa bukan lagi cinta. Tapi obsesi yang membara. 

Apa rahsia yang Khalid simpan, sehingga dia begitu ego untuk mengakui cintanya pada Amni? Apakah Amni akan dapat mendakap cinta Khalid, tanpa menumpahkan air mata? (Memang tak la, kan?) Bagaimanakah obsesi Syafiqa akhirnya akan memakan dirinya sendiri?

Ops, terbagi spoiler pulak. Uhuk uhuk. 

Overall, cerita ni best. Latar tempat di Terengganu, jauh dari KL. Memang ABM suka. Memang tak rugi la baca novel ini. 

ABM baca di PNM Reader. Boleh cari di sana. 


Oh ya. Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


Bercuti Ke Port Dickson! Yeay!


Pada hujung minggu yang lalu, ABM bersama keluarga spiritual ABM mengambil kesempatan bercuti di tempat yang paling best... pantai! 

ABM memang suka pantai pun. Dan salah seorang kawan ABM yang bekerja di salah sebuah syarikat gergasi di negara, yang mempunyai banyak rumah rehat di sekitar Port Dickson telah mengusulkan cadangan untuk bercuti di kawasan tersebut. Pucuk dicita ulam mendatang. ABM terus setuju! 

ABM dan yang lain bertolak dari Shah Alam pada pukul 12 tengah malam hari Jumaat, selepas waktu bekerja. Kami menyusul kawan tersebut yang kebetulan, menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 26 di sana. 

Dah gerak tengah malam, pastinya sampai tengah pagi. Jadi bila sampai, kami tidur dulu. Esoknya, terjun laut! 


Ini sikit je ni. Ada yang masih belum sampai masa ni. 


Dah puas main air laut, main tanam-tanam pula. Seronok sebenarnya tanam badan dengan pasir pantai ni. Salah satu terapi juga. Namun ABM belum berkesempatan mencuba. Ya la, baru nak cuba, matahari dah tegak di kepala! 


Percutian kami lebih dari sekadar mandi manda di pantai. Di waktu petang, kami bergotong royong berBBQ di sebelah malam. Kerjasama yang sangat hebat terjalin di sini terutamanya apabila hujan lebat. Api padam weyh! 


Oh ya, rambutan itu untuk dimakan begitu sahaja ya. Siapa yang nak makan rambutan bakar? *pandang langit* 


Kawasan kami berBBQ dan makan-makan di sebelah malam. Ada yang duduk atas kerusi, ada yang duduk di atas rumput beralaskan tikar. Santai! 


Inilah kawan ABM yang sambut aniberseri tu. Kami buat kejutan padanya dengan menghadiahkan sebiji kek yang sangat sedap untuk mereka berdua. 

Pahal dengan mic tu? Haaa..... habis je ucapan, diorang berkaraoke. Seronok! 



Esok paginya, adik-adik riang ini merhiking ke Bukit Putih, tidak jauh dari situ. Nak tengok matahari terbit katanya. ABM malas, so ABM hanya menikmati matahari terbit di tepi pantai. Lagi best! 



Cantik, kan?



Pastilah kami bergambar beramai-ramai sebelum pulang. Semuanya seronok dan terhibur dengan percutian kali ini. Ya, ia dirancang di saat akhir. Namun saat itulah yang indah, kan?

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


#WordlessWednesday - Ikan



Lemah betul ABM bila baca ni. Uhuk uhuk. 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI