28 July 2020

YANG KITA TAK PILIH...



Dalam hidup ini, ada bahagian yang kita pilih, dan ada bahagian yang kita tak pilih.

Yang kita tak pilih? Keturunan kita, paras rupa kita, keluarga yang lahirkan kita, dan contoh lain, jodoh kita.

Kita kahwin elok semuanya, kita dah ikut semua yang sebetulnya, tapi pasangan kita buat hal, dia khianat kita, dia tinggalkan kita. Itu kita tak pilih.

Allah suruh kita jaga kesihatan. Kita bersenam, jaga pemakanan, buat semuanya terbaik, tapi jatuh sakit juga kita akhirnya. Kita tak pilih. 

Dan percayalah, semua yang kita tak pilih ini.

Allah tak pernah menyalahkan kita.

Malah, diberi pahala sekiranya kita bersabar dengan ujian ini.

Atas sebab itu, apa yang kita tak pilih ini, jangan susah hati.

Allah pasti menguruskan urusan kita.

6 comments:

aienienka said...

nangis pulak baca saat hati cuba menidakkan perancangan Allah. Thanks ABM bagi kata semangat. ^^

norhidana said...

sentiasa redha dengan segala ketentuan nya

Cik TK said...

Allah ingin uji kita, adakah kita boleh bersabar, tabah dan kuat hadapi dugaanNya. Apa yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya.

mambin said...

betul tu :')

Siti Yang Menaip said...

yang kita x pilih tu hakikatnya Allah dah beri yang terbaik seadaanya. insyallah apa yang Dia atur itu adalah yang sebaiknya..

Kak Wawa said...

betul tu.