Setengah tahun telah kita hadapi di tahun 2020 ini. Banyak dugaan, banyak cabaran.
Bermula dengan jangkitan kes COVID-19 dengan peningkatan yang begitu ketara disusuli dengan perintah berkurung dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di beberapa negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Namun kita menghadapi dugaan ini dengan penuh tenang dan tabah. Walaupun ada yang berdegil, yang enggan mengikut SOP dan juga dengan selamba melanggar peraturan, namun sebahagian besar rakyat kita mematuhi arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Berbeza di negara-negara lain, mereka membantah arahan itu atas alasan melanggar hak asasi manusia, yang pada akhirnya mengakibatkan peningkatan kes yang begitu ketara, sehingga 'mengalahkan' negara pertama yang mendapat jangkitan awal pandemik itu.
Ya, hak asasi manusia kadangkala membunuh manusia itu sendiri.
Sesuatu arahan dan peraturan yang dilaksanakan, tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan manusia. Bukan bermaksud untuk mengurung atau menyekat manusia. Jika ada yang berfikiran sebegitu, sila la terjun ke lombong. Gurau je.
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan lebih banyak kelonggaran dibuka dan lebih banyak sektor dibuka. Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat bermula 15 Julai 2020 dan 22 Julai 2020.
Teruskan mengamalkan norma baharu dan teruskan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kita telah sampai ke tahap ini, di mana hanya 1 kes yang dicatatkan semalam, 1 Julai 2020. Kita mampu lakukannya.
Kan?
Terkejut part terjun lombong hahaha
ReplyDeleteStay safe!