Sejujurnya, saya dah boleh agak benda ini akan terjadi. Untuk mengelakkan kekeliruan, tempoh PKP diselarikan seluruh Malaysia kecuali Sawarak.
Saya hanya mampu tersenyum. Kes 3000++ sekarang ini membuatkan saya hanya mampu menurut arahan. Tidak pulang ke rumah bonda kerana harus merentas daerah. Bekerja dari rumah. Keluar hanya ke kedai runcit daam lingkungan 1km sahaja (walaupun kerajaan benarkan lingkungan 10km).
Be safe. Be careful. Kita jaga kita.
ABM, hari ni lebih 4000 kes :(
ReplyDeleteaduhai...
ni hasil dari swab test ramai2 la ni.
sorang positif, abis semua kontak rapat kena swab kan :(