السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
kami memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu Ya Allah semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana Engkaulah Tuhan Yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya 'Alim ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dari masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu.
Ya Allah takdirkanlah yg baik2
utk diri kami, jgnlah Engkau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui. Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya Allah.
Ya Allah sejahterakanlah kami dgn kesihatan yg baik supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu.
Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah. Ampunkanlah dosa kedua2 ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mengalir dlm diri kami Engkau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh membawa ke syurgaMu Ya Allah Ya Rahman.
Pd setiap keringat yg mengalir pd tubuh ayah kami dlm mencari rezeki kpd keluarga kami Engkau gantikan dgn keampunan yg membawanya ke syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak mampu kami membalasnya. Justeru itu kurniakanlah kpd kedua2 ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2, ketua2 kami yg masih hidup dan yg terlebih dahulu pergi dahulu meninggalkan kami ke alam barzah, golongkanlah mereka dlm golongan orang2 yg Engkau redhai. Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju barzahMu, maka Engkau ambillah kami dlm keadaan yg baik2 dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah.
Kurniakanlah kpd kami ya Allah, jiwa yg tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Engkau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkan keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dgn sakit, maka Engkau sembuhkan lah Ya Allah, agar mereka dpt beribadah bersama-sama kami.
Ya Allah jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti, sesungguhnya Engkau Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi.
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lagi diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu utk kami semakin dekat dgnMu. Jgnlah Engkau jadikan kami dpd golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya, jadikanlah kehidupan kami ini sbg tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sbg ketenangan kpd kami dari segala kejahatan,g Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang.
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua-dua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua2 ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami , jiran tetangga kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Ya Allah lindungilah kami dari angin merah, lindungi kami dari darah hitam (stroke) dan penyakit berat.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!