17 February 2019

ESQ PTP Angkatan 109 di SACC, Shah Alam


Banyak sebenarnya yang ABM ingin kongsikan tentang apa yang berlaku seminggu dua ini. Tu yang banyak entri dalam masa sehari ni. Kalian.. tak kisah kan?

ESQ Personal Transformation Program telah diadakan pada 9 hingga 11 Februari yang lepas di SACC, Shah Alam. Lebih 450 peserta telah mendaftar dan hadir selama 3 hari bagi merasai sendiri pengalaman menghadiri program yang hebat ini. ABM sebagai salah seorang crew yang terlibat turut berbangga melihat komitmen mereka.



Khusyuknya makcik sorang ni. Tekun buat kerja! 


Sebahagian daripada mereka yang hadir. Penuh ruangan! 


Crew yang bertugas di dalam dewan. ABM bertugas di luar. Sebab tu la, tudung pun lain warna. 


Semangat betul kami apabila ke depan untuk menyanyikan Jalur Gemilang. Eh? Ada kelibat seseorang la. Weh! Itu Kak Ina! 

Seronok sungguh ABM bila dia datang untuk sama-sama jadi ATS. Dah lama menyepi, sekali datang, zasss!!! 


Salah satu aktiviti yang terdapat dalam program ini. Berbeza dengan program lain di mana peserta hanya duduk diam di atas kerusi, peserta akan dilibatkan dengan pelbagai aktiviti fizikal sesuai dengan kemampuan dan semangat mereka. 

Ingin join? Program seterusnya akan dipandu sendiri oleh pengasasnya, Dr Ary Ginanjar Agustian. Sila klik SINI untuk maklumat lanjut.



Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


16 February 2019

Hujung Minggu di Kuala Selangor. Seronok! Rasa Macam Nak Repeat!


Seminggu ABM tak update blog, kerana kekangan waktu. Banyak kerja yang perlu ABM selesaikan, di sebalik banyak aktiviti yang ingin ABM kongsikan bersama pembaca. 

Better late than never, kan? 

Hari ini, ABM ingin berkongsi tentang pengalaman ABM bersama rakan-rakan ke Bukit Melawati, Kuala Selangor. Kami ke sana atas jemputan rakan ABM yang tinggal tidak jauh dari situ. Kami bertolak dari Puchong Perdana, kerana salah seorang rakan kami ada program di sana pada sebelah pagi. Jadi kami bergerak di sebelah petang, menjelang waktu senja. 


Gambar ini diambil ketika dalam perjalanan ke sana. Matahari cantik, kan? 

Kami sampai di sana lebih kurang jam 6 petang. Kami solat Asar secara qasar sebelum keluar semula untuk ke Bukit Melawati. 


Lihat siapa yang menanti kami. Hai kawan!


Ni ha orangnya yang ada program di Puchong Perdana tu. Aktif menjadi sukarelawan. Masih bujang, dan sedang mencari. Jika mahu, sila PM. 

ABM? Kbai. 


Kami 4 orang. Cukup korum! 


Masa kami sampai, matahari sudah mahu mengundurkan diri. Senja pun mula melabuhkan tirai. Orang ramai telah mula pulang. Kami pula yang sampai lambat. Hikhik. 

Cantik sunset di sini. 

Menurut sejarah, di sinilah tentera Belanda bertempur melawan Sultan Ibrahim dalam usaha mereka menawan Selangor suatu ketika dahulu. Ya, usaha mereka berjaya. Namun setahun kemudian, kota ini ditawan kembali oleh Sultan Ibrahim. 

Banyak lagi kisah kota ini yang ramai anak muda tidak ambil pusing. Sesuatu yang sangat rugi kerana tiada mereka, maka tiada kita. 


Kami. Tengok tu, selamba je ABM lepas kaki. Hihi.

Perjalanan diteruskan dengan meneroka satu lagi tarikan di Kuala Selangor ini iaitu kelip-kelip di Kampung Kuantan. Tidak jauh dari sini, ia dibuka dari jam 7.30 hingga 10.30 malam. Jadi kami ambil kesempatan ini untuk solat dan makan dahulu sebelum meneruskan perjalanan. 


Nasi goreng paprik. Sirap bandung. Okey la tu. Kiranya ABM tak IF la hari tu. Lapar siot. Hahaha 


Untuk merasai pengalaman melihat kelip-kelip ini, ada perlu mendapatkan perkhidmatan bot yang disewa dengan kadar RM50 sekali jalan. Bot tersebut boleh muat sehingga 4 orang dalam satu-satu masa. Namun jika anda ingin 'dating' (?) boleh je berdua. Tak ada masalah pun. 




Muka-muka excited nak tengok kelip-kelip. Huhuhu 





Seronok betul! Rasa macam nak repeat! 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


08 February 2019

Bicara Hati Hari Jumaat



Semoga semua doa kita, semua bicara hati kita, didengar Allah Yaa Samii'. Aamin... 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


07 February 2019

When You Got Nothing To Do...


Pergh kemain tajuk entri bahasa Inggeris. Dalamnya masih bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu! 



Ya, ABM memang suka jadi budak-budak. Dan yang lagi best, bila ada member yang nak join. Makanya, best tu jadi dabellll..... 

Kalau anda ingat aktiviti mewarna ini hanya sesuai dilakukan oleh kanak-kanak, anda silap. Sebab, di MPH, ada je buku mewarna khas untuk orang dewasa. Bukan kerana isinya 18SX (Otak jangan kuning sangat) Namun kerana coraknya lebih mencabar. 

Dan oleh kerana ABM dan member nan seorang ini lebih suka jadi kanak-kanak, maka buku mewarna kanak-kanak la yang menjadi pilihan. 

Siapa kat sini sama macam ABM? Angkat kening! 

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


06 February 2019

#WordlessWednesday - Fall



Choose to stay, or choose to get up! 


Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


04 February 2019