30 June 2020

Doaku Hari Ini



Ya Allah, tolonglah aku untuk senantiasa berzikir (mengingatiMu), mensyukuri (segala nikmat)Mu, dan beribadah dengan baik kepadamu.

Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tidak ada yang patut disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang telah menciptakanku, dan aku adalah hamba-Mu dan diatas ikatan janji-Mu yang aku jalankan semampuku, aku berlindung kepada-Mu dari segala keburukan perbuatanku, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu kepada diriku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka Ampunilah aku, Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau

Ya Allah, wahai Dzat Yang Maha Kuasa untuk menyelamatkan hamba-Nya dari segala bala' bencana, selamatkanlah kami dan keluarga kami dari bala bencana yg akan menimpa kami sebelum bala' bencana itu turun dari langit, 

Ya Allah, wahai Dzat Yang Maha mengetahui segala apa yg akan turun, selamatkanlah kami dan keluarga kami dari kejahatan yg akan turun, sehingga tidak turun.

Ya Allah, wahai Dzat Yang Maha mengetahui segala apa yg akan terjadi, selamatkanlah kami dan keluarga kami dari kejahatan yg akan terjadi, sehingga tidak terjadi.

Ya Allah sesungguhnya aku hadapi pagi hari yang Kau berikan ini dengan kenikmatan serta Kebaikan ('afiyah) dan tertutup rapi, maka sempurnakanlah nikmat-Mu untukku, serta Kebaikan ('afiyah) di Dunia dan Akhirat'.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Ya الله berilah kami rahmat Mu Ya الله , letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya الله dan hindarlah kami dari azab api neraka.

Ya الله, Engkau muliakanlah kami dan ampunlah segala salah dan silap kami.

Ya الله perkukuhkanlah iman kami dan terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.

Ya الله sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.

Ya الله masukkan kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat.

Ya الله , Ya Tuhan kami, berilah kami taufik dan hidayahMu supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Ya الله tambahkanlah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya الله kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya الله peringatkan
kami apa yang kami lupa.

Ya الله sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak dan iman kami.

Ya الله kami memohon Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

Ya الله Ya Ghaffar Ampunilah dosa dosa dan kesalahan kami dan dosa ibubapa kami. Dosa seluruh ahli keluarga kami disayangi, Dosa saudara2 kami, sahabat2 kami, jiran2 kami dan seluruh umat islam dimana mereka berada . Sungguh jika tiada ampun dari-MU, niscaya kami termasuk golongan orang yang merugi..

Rabbanaa aatina fiddun-yaa hasanah, wafil aakhirati hasanataw waqinaa 'adzaabannaar..

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin


11 June 2020

Golongan Yang Dinaungi Di Akhirat





عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ فَاجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ 

Daripada Abu Sa'id RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh (golongan) yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain kecuali naunganNya; pemimpin adil, pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Allah, orang yang hatinya terikat dengan masjid bila ia keluar meninggalkannya hingga ia kembali lagi, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul kerana itu dan berpisah kerana itu, orang yang mengingat Allah saat menyendiri lalu kedua matanya berlinang, lelaki yang diajak oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan (melakukan kejahatan) lalu ia berkata: Aku takut Allah, seseorang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya." (Sunan Tirmidzi No: 2313) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah di Padang Mahsyar. Tujuh golongan orang yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat:

1.  Pemimpin yang adil

2.  Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah

3.  Orang yang hatinya sentiasa tertambat ke masjid

4.  Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana kecintaan kepada Allah.

5.  Orang yang mengingat Allah ketika bersendirian lalu berlinangan air matanya

6.  Lelaki yang diajak oleh wanita kaya dan cantik melakukan kejahatan,  lalu ia enggan dan berkata berkata: Aku takut Allah

7.  Seseorang yang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Berusahalah menjadi orang yang mendapat naungan dan RAHMAT Allah di hari Kiamat. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.

Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan di hari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini.




10 June 2020

Hari pertama PKPP



Hari pertama PKPP. 

Pagi-pagi lagi, bila aku buka mata, semak Whatsapp Status. Aku tengok kawan aku dah terbang ke Kuantan dengan kereta merahnya. Sejam kemudian, dia dah sampai. Laju! 

Masuk kerja, aku tengok makin banyak kedai memulakan operasi. Alhamdulilah. 

Bukak Twitter, tengok diorang meraikan PKPP dengan pelbagai cara. Salah satunya, fist bump antara PDRM dan ATM tanda "we did it!" 

Ada juga yang merakam detik-detik pembukaan semula sempadan negeri yang ala-ala opening ceremony. Halah halah halah..... 

Namun SOP tetap diamalkan dengan kebiasaan baharu dan norma baharu. 

Kita boleh buat. 3 bulan kita harungi bersama. Takkan yang ini tak boleh?

PKP mengajar kita erti beryukur. Jangan sia-siakannya.




09 June 2020

Pengumuman Kes COVID 19 pada 9 Jun 2020



Ringkasan Kes COVID-19 pada 9 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan: 7
Perincian kes baharu:-
-->  6 kes import (6 WN, 0 BWN)
-->  1 kes penularan tempatan (0 WN, 1 BWN)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 8,336

Jumlah kes aktif: 1,244

Kes sembuh: 281

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,975

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 6 (1 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 117

PENGUMUMAN KHAS YAB PM- 
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulilhan atau PKPP bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020

Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3S/3C (Sesak, Sempit & Sembang Dekat)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P 
4) Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

- CPRC KKM


Jujurnya, aku gembira. Aku sujud syukur bila Dr Hisham membuat pengumuman itu. Aku hanya mampu beryukur sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT. 

Ini yang kita mahukan. Ini yang kita perlukan. Dan ini yang kita dapat. 

Terima kasih, Yaa Allah. 




Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom



Hari baru, minggu baru, entry baru, segmen baru! 

Segmen ini berbeza daripada segmen lain di mana peserta diminta untuk membuat screenshot blog berkenaan dalam entry penyertaan. 


Klik pada gambar untuk join