30 December 2021

Jawatan Kosong - Guru Tahfiz Perempuan

 



Dipanjangkan hebahan jawatan kosong bagi mereka yang berkelayakan dan berminat. Sila hubungi nombor yang tertera di poster untuk maklumat lanjut. 





29 December 2021

Waspada penyakit Ketika Banjir


 

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir.

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Banjir yang berlaku akan menyebabkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit.

Langkah awal pencegahan haruslah diambil sebelum berlakunya rebakan penyakit berjangkit terutama di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir. Amalkan kebersihan diri dan kawasan sekeliling demi kepentingan kesihatan dan keselamatan semua pihak.

Pilihan di tangan anda!





24 December 2021

Seminggu Berlalu...

 

Hari ni hari ketujuh selepas banjir yang melanda Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan kawasan-kawasan lain di negeri Selangor. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. Sehingga hari ini, masih ada mangsa yang belum dapat diselamatkan. Kematian juga telah mencapai 34 orang dah dijangka meningkat apabila air telah mula surut. 


Ada bencana, ada mangsa. Macam tu juga dengan bencana banjir ni. Bencana? No words can describe this situation now. Nak kata bencana, macam berat sangat. Nak kata musibah, macam kasar sangat. Ha cenggitulah. 


Dan seringkali itu jugalah, bila perkara sebegini berlaku, kita akan nampak true colours of orang-orang di sekeliling kita. Ada yang betul-betul ikhlas di sisi kita, bantu kita bangkit dari kejatuhan, bantu kita dari belakang saat kita diuji. 


Ada juga yang menangguk di air keruh. Ramai. Memang ramai. Yang cuba curi kereta mereka-mereka yang tersadai la, yang bawak lari oven la. Yang ambil kredit atas usaha dan kerja orang lain la. Yang songlap barang-barang bantuan di PPS la. Itu belum masuk scammer yang kutip duit atas alasan bantu mangsa banjir, tapi akhirnya masuk poket sendiri. 


Musibah ini baru berlaku seminggu. Dan macam-macam yang terjadi. 


Di pihak yang lain, ada juga ceritanya. Dikecam kerana lambat bertindak, eh malah dia persoalkan pula yang mengecam tu. Kita faham, kita juga manusia. Tak lepas dari melakukan kesilapan. Namun, kesilapan yang dilakukan pada kali kedua bukan lagi dikatakan kesilapan. Itu dipanggil kebodohan. 


Dan apabila kesilapan sudah terlihat jelas, apa salahnya untuk kau minta maaf? Eh siap buat Press Conference, nak buat justifikasi atas apa yang kau dah buat. Bukankah itu membuatkan kau lebih kelihatan bodoh? 


Maka benarlah. Kita selalu, dan akan selalu diuji dengan apa yang kita percaya. Renung-renungkanlah.