26 November 2020

ENAM PESAN IMAM AL-GHAZALI


ENAM PESAN IMAM AL-GHAZALI

1. Apabila berjumpa kanak kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka telah beribadah lebih lama daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, janganlah anggap kita mulia. tetapi katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia kafir selamanya.

Marilah kita bersama- sama menanamkan sifat tawaduk dalam diri kita kerana ia tidak sedikit pun mengurangkan atau menghina harga diri kita.

Allah memuji hambaNya yang bertawaduk dan mengangkat darjat mereka.



 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!