13 July 2021

Doaku Hari Ini | 13 Julai 2021

 

Kepada yang dapat duduk bersama keluarga, bersyukurlah.


Kepada yang duduk asing, sorang di pusat kuarantin sebab kena covid, ahli keluarga duduk di rumah, semoga dipermudahkan.


Kepada yang bergelang selepas di swab, semoga Allah tenangkan hati untuk mengisi masa dengan amal soleh.


Kepada yang kesempitan, semoga Allah luaskan rezeki.


Kepada yang tidak dapat berjemaah di Masjid , semoga dapat berjemaah  di rumah.


Kepada yang sakit, semoga diberi kesembuhan.


Kepada yang kehilangan ahli keluarga, semoga Allah beri kesabaran.


Kepada yang rasa kosong dan jauh dari Tuhan, cari masa untuk berlamaan di tikar sejadah. Mengadulah pada Allah. Dia Maha Mendengar dan akan memberi jalan keluar.


Kepada yang sedang senang hati, ucaplah alhamdulillah. 


Setiap orang punyai masalah berbeza.


Marilah kita kembali kepada Allah. Dia mengetahui setiap hikmah jatuh bangun hidup kita.


Jangan kita berputus Asa.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!