09 June 2022

Review Buku : Anak Malaya Di Republik Turki





Seringkali, kebanyakan rakyat Malaysia hanya disajikan dengan kisah-kisah Turki daripada satu persepsi sahaja. Khususnya tentang zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyahnya dan penulisannya tumbuh pesat bagai cendawan. 


Jarang sekali kedengaran tentang bumi Turki dari sudut yang berbeza seperti yang diceritakan oleh anak muda ini. Melanjutkan pelajarannya di sebuah kota yang bernama Izmir. Satu kota di mana kedudukan lokasinya terletak berhadapan dengan Greece dan Lautan Ege merentangi keduanya. 


Kesan daripada kedudukan geografi seperti inj juga barangkali telah mencorak kehidupan sosial yang begitu kontradiksi sekali berbanding penduduk Turki di kota yang lain. 


Rata-rata penduduk Izmir mengimani fahaman sekular dan memilih gaya hidup moden barat. Kota Izmir juga telah menjadi tempat transit untuk pelarian-pelarian Syria sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Pulau Chios yang terletak di Greece.


Kehidupan penulis di kota Izmir begitu warna warni sekali. Dikelilingi oleh teman-teman yang berlatar belakangkan agama, budaya dan bangsa yang berbeza. Gaya hidup yang berbeza seperti meneguk alkohol sebagai minuman harian adalah misalannya. Bagaimanapun, penulis masih mampu mengimbangi kehidupan di Izmir. 


Pengorbanan dan usaha penulis seperti yang dinukilkan telah banyak mengubah persepsi dan pandangan hidup masyarakat di Izmir. Sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang menjadikan bendera Malaysia sebagai hiasan di kedainya. Pelarian-pelarian Syria yang menumpang di Izmir pula mengibarkan bendera Malaysia sambil melaungkan, “Bendera ini mengubati luka kami!” 


Kisah pengalaman penulis menjawab persoalan keTuhanan juga membuka ruang fikir wanita muda dari Itali, Eleonara. Dari gadis yang berfahaman Atheist kepada cahaya Islam. 


Review saya : Kisahnya memang cukup menarik untuk dibaca. Namun kesalahan tatabahasa dan tanda baca yang bagi saya terlalu banyak dan berulangkali mencacatkan mood membaca buku ini. Saya kira pihak yang berkenaan boleh melakukan sesuatu dengan perkara ini.


Buku ini saya pinjam di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. 





4 comments:

  1. masalah tata bahasa masih bisa dimaafkan. yang penting menarik ceritanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak. Sekiranya tidak ditegur sekarang mungkin karyanya selepas ini banyak kesalahan. Memberi kesan kepada banyak pihak.

      Delete
  2. Yelah turki antara negara islam yang terlalu moden dan liberal.... bila baca buku yg banyak kesalahan tatabahasa memang boleh buat hilang mood.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!