'Tumbuk Rusuk' adalah kiasan halus bagi perbuatan memberi rasuah. Demikian berseni orang kita dalam mengolah perbuatan jelek sehingga menjadi sebuah peribahasa. Mungkin ini satu petanda bahawa budaya rasuah ini sudah sekian lama berakar dalam amasyarakat sehingga terbit istila yang dibuat secara berkias.
Zaman berubah namun sikap dan tabiat buruk kekal membusuk. Kita hanya mengetahui kesalahan rasuah ini melalui dada akhbar, media sosial atau penghakiman di mahkamah. Sungguhpun demikian, tidak ramai yang memahami latar belakang dan susur galur perbuatan ini terjadi - asal punca sehingga menjadi budaya yang bejat.
Ia bukan sekadar kisah benar malah ditulis dari hatim penuh drama dan ibrah. Tidak semua faham dan tahu bahawa rasuah itu sesuatu yang jijik dan keji. Apa lagi melaluinya, yang dirasai hanya kenikmatan sementara tetapi penyesalan yang berkekalan. Hanya setelah dibongkar akan segala sisi buruknya barulah ia membuka mata yang selama ini dianggap kenikmatan, sebenarnya adalah kesengsaraan. Ia bukan cerita rekaan mahupun mitos. Ia adalah kisah benar yang dinukilkan dengan penuh keinsafan.
Kini kisah dan pengalaman dibukukan, ditulis dengan gaya bahsa yang kemas berbaur penulisan sebuah penghakiman. Maklum saja, penulis telah bergelut lama dalam bidang perundangan. Pengalaman terpenjara di dalam tembok batu tidak menghilangkan jiwa dan seni penulisan seorang ahli perundangan.
Membaca buku ini akan membuka dimensi baru bahawa segalanya adalah sementara, terjebak dengan 'Tumbuk Rusuk' adalah sebuah kesengsaraan perit yang perlu diperbetulkan, Buat diri penulia ia adalah 'dosa', dalam masa yang sama adalah penawar buat menyembuh luka memulihkan penyakit yang kini sudah menjadi budaya.
Review saya : Melihatkan pada tajuknya sahaja, saya sudah teruja. Kerana pada mulanya saya ingatkan buku ini merangkumi beberapa kisah dari kes rasuah. Namun sangkaan saya meleset sama sekali. Rupanya buku ini menceritakan pengalaman dari penulisnya sendiri. Banyak benda baru yang saya belajar dari buku ini.
Buku ini saya pinjam dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam.
ini kisah pernah terjadi ya
ReplyDeletedari pengalaman si penulis sendiri
Menarik jalan cerita buku ni..
ReplyDeleteMenarik buku ni. Kita dapat tahu dan belajar sesuatu daripada pengalaman penulis.
ReplyDelete