18 December 2020

INTERMITTENT FASTING : MY JOURNEY

 


Dari haritu nak share tentang Intermittent Fasting kat blog. Tapi sentiasa terhalang dengan pelbagai perkara. Salah satunya, mental. Ye la, bukan semua orang mampu, mahu dan suka dengan apa yang kita buat, ye tak? 

Tiber. 

Tapi hari ni nak share juga. Lantak la. 

Sebelum anda meneruskan pembacaan, saya nak buat penafian. Apa yang saya akan kongsikan ini adalah apa yang saya buat. Dan belum tentu apa yang saya buat ni, sesuai dibuat oleh orang lain. Badan kita berbeza, kan? 

Ok, mari mula cerita. 

Saya mulakan Intermittent Fasting (IF) ni bermula tahun 2019. Masa tu, nampak juga la penurunan berat badan. 5kg dalam masa 20 hari. Masa tu, saya buat sekali dengan puasa sunat. Nak pula, saya kerja di syif petang minggu tu. Jadi ia agak membantu. 

Seminggu tu saya berpuasa 20 jam sehari. Berhenti makan jam 12 tengah malam dan makan jam 8 malam. Berbuka puasa sunat dengan air kosong sebelum makan setengah jam kemudian. 

Lepas tu, saya berpuasa 16 jam sehari. Berhenti makan pada jam 4.30 petang dan makan jam 8.30 pagi esoknya. Berat badan masa tu kejap pangkal 7, kejap pangkal 8. Berat kan? 

Tapi masa tu, saya tak jaga makan. Saya makan je apa yang ada. Nasi? Jangan cakaplah. Favourite kot. Setiap hari makan. 

Sampailah masa PKP. Saya duduk di rumah bonda. IF ke laut, berat badan pun naik dengan jayanya. Bersambung pula ke hari raya, memang raya betul-betul la. 

Sekali.... zass!!!! berat badan hampir capai pangkal 9. What????? 

Baju pun dah banyak yang mengecut. Susah nak cari baju. Tapi duit tak ada nak beli baru. Kalau nak beli baju kat Lazada, selalu tak ada saiz. Huwaaa....... 

Jadi, bulan Julai 2020, saya tekad mulakan semula IF ni. Mula dengan 18 jam. Berhenti makan jam 2.30 petang dan makan 8.30 pagi esoknya. 

Bila dah mampu, saya awalkan tutup IF. 12.30 tengah hari. Jadilah 20 jam. Tapi bila buat macam tu, dalam pukul 10 lebih dah tak rasa nak makan dah. Jadi 10.30 pagi dah tutup IF. Jadilah 22 jam. 

Bila dah buat 22 jam, rasa sebu pula bila makan banyak dalam tempoh 2 jam tu. Jadi hanya makan sekali dalam tempoh tu. Alang-alang macam tu, terus la buat OMAD (One Meal A Day). Seronoknya buat OMAD ni, kita dah tak payah nak fikir nak makan apa dah lepas tu. Hahahaha 

Terus dapat 23 jam. Kadang tu lebih sikit. Sebab saya makan pun dalam setengah jam je. Dah kenyang. Ha gitu. 

Bila saya start buat OMAD, saya mula memasak. Ala, yang simple-simple je. Dah satu penjimatan kat situ. Kandungan garam dalam makanan pun kita dapat kurangkan. Tak gitu? 

Berat badan? Saya berjaya elakkan berat badan saya daripada mencapai angka 9. Alhamdulilah. Dah banyak inchloss. Ramai yang puji, badan dah kurus. 

Namun BMI masih obes, gais. 

Bulan 10, saya dah mula puasa sunat Isnin dan Khamis. Berbuka dengan air kosong sebelum sambung IF sampai esoknya. Dapatlah 27 jam IF. Pertama kali buat, gigil juga. Kali kedua, dah biasa. Uhuk Uhuk. 

Selepas 2 hari training ESQ Next Chapter, berat badan saya turun 2kg dalam masa sehari. Saya terkejut! Sebab dalam tempoh 2 hari training, saya masih buat OMAD. Makan sebelum program bermula. Dan ya. Banyak tenaga dalaman keluar. Nama pun training Intermediate kan. 


Lepas tu, PKPB Klang diikuti PKPB Selangor. Saya masih teruskan IF. Sengaja saya pilih hari Isnin dan Khamis sebagai hari bekerja di pejabat. Dan hari Jumaat, di mana hanya hari itu saya bawak bekal. 

Selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara, saya mula bekerja di rumah selama hampir 4 minggu. Sebulan la. Agak tertekan, tapi saya tak mahu ia menguasai diri. Sebaliknya, saya melihat ia sebagai peluang untuk saya meneruskan IF saya. 

Di rumah, saya buat jadual BDR saya sendiri. Dan saya tetapkan 10 pagi setiap hari (Kecuali Isnin dan Khamis) sebagai waktu memasak saya. Dan saya akan memasak selepas solat dhuha. 

Dan kerana itu, setiap Selasa dan Jumaat, saya selalu terlebih waktu IF sehingga 29 jam! Itu adalah tempoh berpuasa paling panjang yang saya pernah buat sejak saya mengamalkan IF. 

Kemudian saya kembali bekerja di pejabat secara bergilir pada setiap Selasa dan Jumaat. Pada mulanya saya rasa ia agak mencabar untuk saya dari segi persiapan makanan di waktu pagi. Namun semuanya berjalan lancar Alhamdulilah. 

Itu journey saya. Bagaimana dengan berat badan? Adakah mengalami perubahan? 

Ya. 

Bermula Jun 2020 di mana berat badan saya 89kg, saya mengalami perubahan berat badan di mana 

Julai 2020 - 85 kg 
Ogos 2020 - 83.7 kg
September 2020 - 82.4 kg
Oktober 2020 - 77.1 kg 
November 2020 - 74.1 kg 
16 Disember 2020 - 72.8 kg

Pernah capai 70.9 kg pada 8 Disember namun kerana training bersama kawan-kawan, saya hanya IF 12 jam pada hari pertama dan tidak membuat IF pada hari kedua. Maka berat badan saya pun naik dengan jayanya. 

It's okay. Berat naik itu biasa dalam proses menurunkan berat badan. Nanti dia turun la balik. Hahahahaha 



Makanan saya pada hari Isnin dan Khamis. Biasanya sebelum itu saya akan berpuasa 18 jam. 


Makanan saya pada hari Selasa dan Jumaat. 


Makanan saya pada hari Rabu dan Sabtu. 

Hari Ahad? Saya cheat day. Makan apa saja yang saya inginkan secara terkawal. So selalunya saya order makanan dari FoodPanda atau GrabFood. 


Contoh Cheat Day saya. Sate! 


Saiz badan saya pada Jun 2020. 


Saiz badan saya pada Disember 2020. 

Saya telah menurunkan berat badan sebanyak 17 kg dalam masa 6 bulan. Mungkin pada orang lain, jumlah itu kecil. Tapi masa saya, jumlah itu besar. Kerana saya tak pernah terfikir untuk sampai ke tahap ini. 

Alhamdulilah. 





2 comments:

  1. Tahniah, kerana berjaya buat IF, dalam masa panjang. Saya cuma mampu buat 16-18 jam saja. Memang berat badan boleh turun. Baguslah, sebab Adinda Baizura ada cheat day. Bila kita amalkan IF, saya rasa ada hari badan macam kurang kalori. Mungkin sebab saya kerja kuat, berkebun dan angkat barang berat, jadi light headed sikit. So, perlu cheat day. Makanan bukan musuh. Makanan adalah minyak untuk bagi kita gerak. So, kipidap, Adinda Baizura. ^_^

    ReplyDelete
  2. Tahniah banyak betul beza tu.. Mental kena kuat nak buat IF ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!