11 May 2022

Tak Nampak?

Ada masa kita akan memandang jelik pada seseorang kerana tak nampak dia buat banyak amalan soleh. 

Sebabnya amalnya tak tercatat oleh akak naqibah atau abang usrah kita. 

Tak diketahui oleh presiden persatuan atau kelab. 

Facebook, instagram, twitter, tiktok dan segala media sosialnya juga senyap sunyi macam rumah kosong berhantu.

Tapi kita lupa dan sememangnya kita lupa bahawa yang mencatat amalan kita adalah malaikat dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Tentunya bukan kita menanti dia di akhirat kelak untuk menghisab amalannya. Kita akan bawa amalan masing-masing. 

Bertaqwalah.

Sumber : Telegram Hafiz Johar 

Selamat pagi.

3 comments:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!