11 July 2021

ISTIQAMAH

 

ISTIQAMAH ni bukan satu perkara yang mudah.


Nak kekal dalam perubahan memang bukan satu perkara yang simple.


Sebab, iman ni turun naik dan akan sentiasa turun naik.


Dari awal kita hidup sampai kita mati, kita akan di uji. Syaitan takkan putus asa nak sesatkan kita dan tenggelamkan kita dalam dosa sehingga kita lemas.


Kerana itu, sampai kita mati kita kena bertempur dan berperang dengan nasfu.


Persoalannya, macamana nak istiqamah?


KUNCI istiqamah adalah niat kita berubah itu jelas, terang dan suci, semata-mata kerana Allah.


Bukan berubah kerana nak famous, bukan untuk nak kaya, bukan sebab nak followers, bukan sebab awek atau pakwe, bukan untuk nak kahwin, bukan untuk nak di sanjung dan di puji, bukan kerana terpaksa.


Tapi kerana Allah!


Orang yang ikhlas, Allah akan hadiahkan kepadanya ISTIQAMAH.


Namun, istiqamah yang saya maksudkan bukanlah istiqamah dalam kebaikan. Kerana susah untuk kita kekalkan kebaikan kita 100%, kerana pasti ada masa turun dan naik.


Tapi, istiqamah yang saya maksudkan ialah ISTIQAMAH DALAM BERTAUBAT!


Walau kita sering jatuh, walau kita sering tersunggur, walau kita selalu gagal, dan berkali-kali hanyut, jangan putus asa untuk taubat, taubat, taubat, dan taubat.


Ingat.. 


"Yang di katakan istiqamah itu bukanlah istiqamah dalam kebaikan. Tetapi, istiqamah dalam bertaubat!"



1 comment:

  1. Betul tu, kena sentiasa renew taubat sebab manusia tak pernah berhenti buat dosa

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!