07 April 2021

Jangan bangga dengan keadaan kita yang sekarang...

 


Jangan bangga dengan keadaan kita yang sekarang...


Alhamdulillah Allah memilih kita untuk berada dalam jalan kekasih-Nya...


Tetapi itu bukan lesen untuk kita mempertikai kebaikan dan keburukan orang lain. 


Hati-hati dengan rasa bangga diri.


Bila terlihat seseorang melakukan kebaikan berdoalah supaya kita turut mendapat manfaat daripada kebaikan orang itu...


Jika terlihat keburukan seseorang beristighfarlah  dan berdoalah supaya Allah mengampunkan seluruh Umat Muhammad s.a.w kerana pada hakikatnya,


Keburukan yang kita lihat itu, sebenarnya adalah diri kita sendiri.


Ketahuilah bahawa setiap apa yang berada dalam dunia ini adalah cerminan hakikat diri kita. 


Jika kita lihat sesuatu itu baik, bermakna diri kita berada dalam kebaikan.


Begitu jugalah sebaliknya.


Ingat kebaikan kita adalah kerana Allah yang menganugerahkannya dan menutup aib kita.


Jangan memandang hina pada orang lain.


Hanya dalam sehela nafas atau sekelip mata sahaja Allah boleh menterbalikkan keadaan kita.


Hidayah yang dianugerahkan kepada kita boleh ditarik begitu sahaja dan mereka yang kita pandang hina kerana keburukan mereka dengan mudah Allah boleh mengangkat martabatnya dengan setinggi-tinggi maqam.


Berdoalah untuk seluruh Umat Muhammad s.a.w dan bantu-membantulah dalam kebaikan.

7 comments:

  1. Bangga dan riak ni bahaya sebab boleh terjadi dalam diam. Nauzubillah

    ReplyDelete
  2. Tak ada apa pada diri nak dibanggakan. Huhu. Cuma bersyukur dengan rahmat dan nikmat Allah bagi

    ReplyDelete
  3. Kita yang sekarang bukan selamanya begini.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian dan nasihat...

    ReplyDelete
  5. tak kemana pun nak bangga sbb smuanya tak kekal

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!