03 April 2021

Kebaikan Dalam Hidup

 


Sesungguhnya kita semua dituntut untuk melakukan kebaikan dan sentiasa berbuat kebaikan didalam kehidupan....


Namun kita dilarang sama sekali untuk merasa yg diri kita ini sudah baik atau sempurna dan memandang org lain lebih rendah dan hina dari kita.


Apa yang harus kita rasakan ialah apabila melihat org yang lebih muda dari kita maka katakanlah dia lebih mulia daripadaku kerana dosanya sedikit berbanding dengan yang lebih tua darinya.


Jika bertemu org yang lebih tua pula katakan dia lebih mulia dariku kerana pahalanya lebih bnyk berbanding dengan ku.


Jika bertemu org jahil pula katakan dia berbuat dosa dalam keadaan jahil sementara aku berbuat dosa dalam keadaan mengetahui maka dia juga lebih mulia dariku.


Ini kerana kita tidak pasti bagaimanakah pengakhiran hidup kita ini husnul khatimah atau su' ul khatimah.


Ingat sahabat dalam apa keadaan kita ini sebagai hamba Allah bukan seperti makhluk Allah yang lain, kita di beri amanah untuk untuk menjalani kehidupan sementara di dunia ini sebagai hamba Allah dan khalifah.


Jom audit diri dan lihat aktiviti kita setiap saat kerah ketaatan atau kemaksiatan. 


Janganlah Kita menzalimi diri dan tidak melakukan tanggung jawab sebagai hamba dan berjalan di muka bumi dengan sombong dan angkuh. 


Semoga kita sentiasa berfikir apakah kita ini bersyukur atau kufur.


Jom kita sama2 betulkan akidah dan keimanan kita dengan amalan menurut perintah Allah dan hindarkan dari maksiat. 


🏻 Semoga kita sering menangis dan bertaubat....

🏻 Semoga kita sentiasa mencari ilmu bukan berita....

🏻Semoga kita sering Melihat diri bukan melihat orang....

🏻 Semoga kita sentiasa Menjaga hati kita dari riak, takabbur, dan hasad dengki.....


Jom kita zikir, baca Quran,  tadabbur Quran, jaga solat dan bayangkan yang Allah itu sedang melihat kita dan ingat lah malaikat itu sentiasa mencatat setiap amalan kita. 


Semoga kita beramal dengan ilmu dan fahami hikmah setiap amalan supaya kita sampai ke tahap merasa hampir dengan Allah.


Insya Allah Allah sampaikan hajat kita dan di pelihara hati supaya suka berbuat baik. 


Semoga kita sentiasa mendapat pahala dan rahmat dalam setiap kebaikan yang dilakukan.


Semoga kita termasuk golongan beruntung yang mendapat pahala.


Semoga kita mengikhlaskan diri dalam apa amalan dan bagi yang bekerja jom kita kerja untuk melaksanakan tujuan hidup.

3 comments:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!