02 July 2021

UJIAN MENDEKATKAN DIRI..

 

UJIAN MENDEKATKAN DIRI..


Setiap perkara yang datang itu merupakan ujian Allah terhadap hamba-hambaNya, tidak kiralah perkara itu baik atau buruk ujian itu tanda Allah sayang hambaNya itu dan ujian untuk hamba-hambaNya berbeza-beza setiap satu dan ujian yang dialami itu, 


Janganlah sedih dan terkilan dengan ujian dari Tuhan. Ini semua adalah jalan untuk mendidik hawa nafsumu yang jahat. 


Jalan ini juga adalah untuk mendekatkan dirimu kepada Tuhanmu. 


Inilah kasih sayang Allah kepadamu, agar kamu terus merasa lemah, berhajat, fakir dan tunduk pada Allah swt yang Maha Perkasa dan Maha Agung. 


Tanpa ujian ini, nafsu dalam dirimu tidak akan menyedari bahawa dirimu sedang berada dalam kesombongan, keangkuhan, kehebatan dan takabur


Bagi merasai sifat kehambaan, nafas yang sentiasa bersyukur dan hati yang sentiasa mencari cinta Allah adalah penawar untuk dirimu tenang dengan ujian hidup..


ALLAH SWT tahu kita mampu untuk melaluinya dan sepatutnya kita  bersyukur kerana ujian itu juga merupakan peringatan bahawasanya ALLAH Lah tempat kita bergantung dan Dialah Maha Berkuasa terhadap sesuatu



1 comment:

  1. Diuji dengan kesenangan dan nikmat adakala lagi susah dari diuji dengan kesusahan

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!