13 February 2021

"Cukuplah bagimu MATI sebagai penasihat"

 



Rasulullah SAW bersabda :


"Cukuplah bagimu MATI

 sebagai penasihat"


(HR al-Baihaqi)


Selalulah kita ingatkan diri kita sendiri bahawa hari ini mungkin hari terakhir kita hidup di dunia ini.


Setiap hari apabila bangun dari tidur, cakaplah pada diri kita :


" wahai diri, hari ini mungkin hari terakhir aku hidup di dunia.


Oleh itu, aku tidak akan menangguhkan ucapan kasih sayangku kepada semua yang akrab denganku.


Aku tidak akan menangguhkan amal kebaikan yang telah lama aku berazam untuk lakukan.


Aku tidak akan menunggu lagi untuk meminta maaf dan memberi maaf kepada semua orang yang aku bersalah dengannya atau yang bersalah denganku."


Mudah-mudahan bila kita sentiasa ada self-talk kita yang positif di awal pagi akan mengubah hidup kita menjadi lebih positif dan berjaya di dunia dan akhirat.


Hati yang sentiasa mengingati mati adalah hati yang hidup.


7 comments:

  1. hidup kena sentiasa igt mati kan...

    ReplyDelete
  2. hidup berlandaskan agama agar mati kelak tidak sia2 :)

    ReplyDelete
  3. Mungkin hari ini kita masih bernyawa, tapi besok belum tentu. Mati juga tak syarat tua. Kematian itu pasti. Hanya Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  4. Sentiasa ingat mengingati kerana manusia mudah lupa dan alpa.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk peringatan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!