π³ Mulakan langkah pertama dengan ikhlas dan perbanyakkan berdoa agar setiap langkah yang seteruskan tidak tergelincir dari jalanan yang diperintahkan oleh Allah swt untuk kita melangkah diatasnya iaitu Islam.(hr)
π³ Langkah dan niat kemana hendak dituju adalah seiring, hanya Allah yang mengetahui niat kita, langkah juga adalah strategi, namun kita pastinya tidak mengetahui apa yang akan berlaku dimasa mendatang kerana Allah swt adalah Rabb sebaik- baik perancang.(hr)
π³ Berpegang dan berpautlah dengan tali Allah swt agar langkah kita menjadi kuat dan sentiasalah bersama Ulama dan jamaah islamiyyah agar ada orang yang dapat memimpin, menarik dan memegang tangan kita diwaktu kita hampir tergelincir.
π³ Niat dan azam adalah perinsip, tsabat dijalan Allah adalah dengan pertolonganNya, doa dan tawakal sebagai kekuatan untuk beriltizam dan istiqamah supaya sampai kepenghujungnya dengan selamat.
π³ Langkah terakhir bermula dari langkah pertama, jika tersilap langkah, patah semula dan jika terjatuh, bangun semula untuk memulakan langkah yang baru kerana Allah swt Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
π³ Jangan Takabbur diwaktu melangkah, kerana bumi yang kita langkah dan kaki yang melangkah adalah milik Allah swt, Allah swt adalah penentu segalanya, sebelum melangkah pastikan jalannya selamat dan tiadalah jalan yang paling selamat untuk dilalui kecuali Islam.(hr)
π³ Mulakan langkah dengan nama Allah swt, Al Qur'an adalah penunjuk jalan, Nabi saw adalah pemandunya, pastikan kita sentiasa melihat petunjuk arah yang terkandung didalam Al Qur'an dan jangan sesekali melepaskan tangan dari pimpinan Nabi saw, kelak nanti kita tergelincir kedalam neraka.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!