08 June 2021

Indahkah Pujaan?

 

Parasmu indah menggoda jutaan kumbang. Bila dipuji kau sengih senyum bangga kerana merasa diri terlalu cantik. 

Berselfie sana sini memperagakan wajahmu dan segala pakaianmu yang cantik-cantik.


Namun— ada sesuatu yang kau terlupa duhai hawa. Cantikmu itu tak pernah ada harga di mata penduduk langit jika tiada maruah diri. 

Auratmu harus terjaga bukan dijaja. 


Tutupilah segala pakaianmu dengan pakaian malu. Bukan mendedah sana sini seolah tidak ada harga diri. Moga kau baik dipandangan Allah. 



1 comment:

  1. Diuji dengan kecantikan bukan mudah. Saya bersyukur dikurniakan rupa yang biasa-biasa agar terhindar dari sifat takbur

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!