17 June 2021

"KEHIDUPAN KITA AKAN LEBIH BAIK APABILA."

 




⏺  Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma dua rakaat. 


⏺  Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya. 


⏺  Baca Al Quran walaupun cuma satu muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.


⏺  Sedekah walaupun cuma satu ringgit. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.


⏺  Tidak tidur selepas subuh. 


⏺  Tiada iri hati melihat orang lain. 


⏺  Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.


⏺  Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.


⏺  Solat sunat dhuha biarpun cuma dua rakaat kerana ia hak tubuh.


⏺  Istighfar sekurangnya 100 kali.


⏺  Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang. 


⏺  Taat ibubapa.


⏺  Solat di awal waktu. 


⏺  Hargai dengan apa yang ada.


⏺  Selamat berbahagia hingga ke Syurga! Terus bahagia.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!